Chapter 58

83 9 0
                                    


Setelah penyelidikan tentang penyerangan harimau dilakukan, mereka langsung tidak menemui sebarang perkara yang meragukan.

Beberapa tahun terakhir ini, beberapa orang kampung terdekat pernah bertembung dengan beruang dan beberapa jenis haiwan buas yang lainnya namun kemunculan harimau di pinggiran hutan adalah pertama kali berlaku.

Hanya Ruan Guifei dan kroninya sahaja mengetahui bahawa harimau tersebut merupakan harimau peliharaan keluarga mereka.

Mereka telah merancang perkara ini dengan teliti semata mata untuk merebut takhta kerajaan yang diidamkan. Walaupun tahu, tindakan ini sangta berisiko kerana melibatkan nyawa seorang Putera Mahkota tapi demi kejayaan, segalanya sanggup dilakukan.

Harimau itu telah dipelihara oleh keluarga Ruan semenjak tiga tahun yang lalu. Melalui seorang pengintip, mereka mencuri baju milik Lin Qing dan ketika harimau itu hendak makan maka makanan tersebut akan diikatkan bersama baju yang telah dicuri supaya harimau akan mengecam aroma tubuh badan Lin Qing sebagai sumber makanan.

Tujuan mereka bukannya mahu membunuh Lin Qing tetapi hanya mahukannya menjadi cacat agar peluangnya untuk terus menjadi Putera Mahkota terbatal.

Namun malangnya, perancangan itu musnah kerana kemunculan Puteri Kelima yang meminta bantuan!

Ruan Guifei yang tidak sabar menunggu berita tentang kejadian itu serta merta memecahkan teko teh miliknya ke lantai dengan perasaan geram setelah mengetahui apa yang berlaku.

"Nampaknya, kedua dua orang ini telah menghancurkan rancangan saya!" mereka yang dimaksudkan oleh Ruan Guifei ialah Xi Guifei dan Puteri Kelima.

Selama Xi Guifei menyertai istana, mereka berdua langsung tidak mempunyai sebarang masalah kerana penyertaan Xi Guifei kedalam harem adalah disebabkan dia sudah tidak boleh menyertai tentera lagi akibat mengalami kecederaan. Lagi pula kehadirannya di istana melambangkan jaminan bahawa keluarga mereka hanya setia kepada kerajaan Dalin.

Memandangkan Xi Guifei tidak memiliki zuriat maka kuwujudannya di istana tidak menjadi ancaman kepada Permaisuri dan Ruan Guifei, walaupun dia berasal dari keluarga yang sangat berpengaruh.

Tanpa disangka, Xi Guifei yang selama ini dianggapnya sebagai tidak memberikan sebarang ancaman. Akhirnya yang telah menghancurkan segala perancangan keluarga mereka.

Pada waktu ini, bagi mengelakkan dari dicurigai Ruan Guifei dan kroninya tidak boleh mengambil sebarang tindakan kepada Lin Qing ataupun kepada Puteri Kelima dan Xi Guifei.

Malah dia harus mengirimkan beberapa barangan kepada Lin Qing sebagai tanda belasungkawa membuatkan Ruan Guifei kemurungan sepanjang hari kerana sakit hati.

Disebabkan perkara itu, Ruan Guifei melampiaskan kemarahannya kepada Xie Jieyu dengan mengarahkan wanita itu untuk berdiri dibawah terik panasnya matahari selama dua jam sehingga Xie Jieyu pengsan tidak sedarkan diri.

Mujur Xie Jieyu dan anak dalam kandungannya selamat, walaubagaimanapun perkara ini membuatkan Lin Di merasa kesal terhadap Ruan Guifei.

Namun Ruan Guifei merupakan seorang wanita yang sangat memahami sikap Lin Di sehinggakan kemarahannya dapat hilang dalam sekelip mata sahaja malah Lin Di yang memujuknya kembali.

Akhirnya sebagai rasa bersalah, Lin Di hanya mampu memberikan Xie Jieyu beberapa barangan berharga untuk menebus rasa kesengsaraan wanita itu kerana telah dihukum oleh Ruan Guifei.

Percutian musim panas pada tahun ini merupakan percutian musim panas yang paling singkat pernah dilakukan, ianya hanya memakan masa setengah bulan sahaja.

Dua hari setelah kembali ke ibu kota, Permaisuri memanggil Lin Feilu untuk bertemu dengannya di istana Changchun.

Sebelum ini, Lin Feilu tidak pernah bertemu dengan Permaisuri secara dekat dan wanita elegen ini mempunyai banyak persamaan dengan Lin Qing.

Permaisuri merupakan seseorang yang mengabdikan diri kepada buddha dan sangat berdisiplin. Mereka tidak akan mengganggu seseorang jika seseorang itu tidak mengganggu mereka terlebih dahulu.

Kedatangan Lin Feilu ke istana Changchun kerana Permaisuri ingin mengucapkan rasa terima kasihnya kerana telah menyelamatkan nyawa anaknya sewaktu dia berada didalam keadaan yang bahaya.

Menurut Permaisuri, Puteri Kelima merupakan seorang kanak kanak yang bijak kerana mampu berfikir dengan cepat ketika berada didalam situasi yang genting.

Sebagai membalas jasa Puteri Kelima, Permaisuri telah mengesyorkan Lan Zhaoyi dinaikkan gelar menjadi 'Fei'.

"Lan Zhaoyi telah melahirkan sepasang putera dan puteri yang comel. Lagi pula, apa yang berlaku kepada Xiaoliu bukanlah salah Lan Zhaoyi. Malah sekarang Maharani amat menyayangi Xiaoliu, jadi Lan Zhaoyi adalah calon yang paling sesuai untuk mengisi kekosongan gelar itu".

"Tapi jika Lan Zhaoyi dinaikkan gelarnya sekali lagi, para gundik yang lain pasti akan merasa tidak puas hati".

"Siapakah yang berani membantah keputusan yang telah dibuat oleh Tuanku. Menurut saya, dengan naiknya gelar Lan Zhaoyi maka harem istana akan menjadi semakin harmoni dan tuanku juga dapat memerintah dengan tenang tanpa gangguan".

Maka dengan senang hati, Lin Di menyetujui cadangan tersebut untuk menaikkan gelar Xiao Lan menjadi Fei seperti yang dimahukan oleh Permaisuri.

Lin Di tahu cadangan yang diberikan oleh Permaisuri itu adalah sebagai bentuk membalas jasa Puteri Kelima yang telah menyelamatkan nyawa Lin Qing, jasa yang akan sentiasa dikenang untuk selama lamanya.

Sebaik sahaja musim gugur bermula, diacara menghormati nenek moyang Lin Di mengeluarkan dekri diraja yang menyatakan kenaikan gelar Lan Zhaoyi menjadi Lan Fei salah satu daripada empat gundik utama membuatkan harem istana terkejut dengan pengumuman berita tersebut.

Hanya dalam masa setahun, Xiao Lan yng tersisih telah berubah menjadi figura penting di istana. Segala penderitaannya selama lima tahun akhirnya terbalas.

Para gundik yang lain mengetahui sebab utama Lan Fei dinaikkan gelarnya adalah atas cadangan Permaisuri yang nyata ingin membalas kebaikan Puteri Kelima yang telah menyelamatkan nyawa Putera Mahkota sewaktu serangan harimau tempoh hari.

Lan Fei telah melahirkan seorang putera yang bodoh sehingga membuatkan dia menjadi wanita yang terabai tapi nasibnya berubah kerana melahirkan seorang puteri yang bijak!

Menurut Xiao Lan, apa yang berlaku kepadanya dalam setahun ini merupakan sebuah mimpi yang tidak pernah disangka olehnya.

Pada awalnya, Lin Feilu sememangnya mahu memasang strategi supaya Xiao Lan dapat menyandang gelar Fei tapi tidak disangka gelar tersebut datang sendiri tanpa perlu diperjuangkan.

Dia harus merancang hidupnya dengan sempurna. Lin Feilu tidak mahu menjadi wanita istana yang akan terikat dengan peraturan yang ketat.

Dia harus belajar seni bela diri dengan tekun untuk bekalan dimasa hadapan. Jika Lin Qing menaiki takhta kelak pasti dia akan melayan mereka anak beranak dengan baik kerana mengenang jasanya.

Pada waktu itu, dia akan meminta kebenaran dari Lin Qing untuk merantau ke seluruh kerajaan yang ada dengan berbekalkan ilmu pertahanan diri miliknya.

Separuh masa hidupnya akan dihabiskan di istana dan separuh lagi akan dihabiskan untuk berkelana di dunia jianghu.

*dunia jianghu adalah dunia kungfu2 yang seperti terdapat dalam drama tv.


Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now