Chapter 34

90 6 0
                                    

Di kehidupan yang lalu Lin Feilu bukanlah seorang yang baik hati. Ketika melakukan kesalahan, dia tidak pernah merasa menyesal atau pun bersalah namun di penghujung hayatnya dia menerima takdirnya tanpa sebarang bantahan kerana tahu itu adalah hukuman buatnya.

Walau bagaimanapun dia tidak pernah bermain dengan nyawa manusia. Tapi secara misterius dia datang ke zaman ini untuk menebus dosa silamnya.

Malangnya di dunia baru ini, watak antagonis lebih kejam daripada diri Lin Feilu di zaman moden, nyawa manusia langsung tidak berharga demi percaturan mereka.

Apa yang berlaku kepada Jingbing adalah diluar jangkaannya. Namun perkara yang berlaku padanya malam ini memberi pelajaran yang sangat besar buat Lin Feilu. Dia harus bijak mengawal keadaan dan membalas dengan kejam setiap perbuatan mereka.

Masalah kekurangan makanan dan bahan mentah sudah selesai, kini dia harus menyelesaikan masalah harem ayahnya pula kerana ia bersangkut paut dengan kehidupannya.

Mei Fei adalah karakter yang menarik kerana setakat ini dia adalah wanita yang paling sukar untuk ditangani oleh Lin Feilu semenjak berada di Dalin.

Setakat ini, Lin Feilu tidak mempunyai bukti yang kukuh bahawa Mei Fei adalah dalang diatas apa yang berlaku pada malam ini. Oleh itu, dia harus berwaspada dan tidak bertindak terburu buru.

Hanya dengan beberapa perkataan sahaja Mei Fei boleh memindahkan kesalahan kepada ibunya yang kini sedang berada di ibu kota dan langsung tidak mengetahui apa apa.

Berhadapan dengan Mei Fei adalah merupakan satu cabaran!

Lin Di telah mengarahkan sidanya untuk menyiapkan sebuah tempat tidur bersebelahan dengannya, "tuanku, katil ini tidak terlalu kukuh, saya risau jika ia tidak dapat menampung berat untuk dua orang".

"Biarkan, Xiaowu berada dalam ketakutan, malam ini beta akan temaninya untuk tidur".

Dengan segera Lin Di membaringkan Xiaowu disebelahnya, melihat anaknya menutupi tubuhnya dengan selimut dan hanya melihatkan kepalanya sahaja, rasa kasihan Lin Di semakin bertambah.

"Xiaowu jangan takut, ayah akan menemani kamu malam ini".

"Adakah doktor sudah tiba?" tanya Raja kepada Peng Man.

"Sebentar lagi pasti doktor akan sampai memandangkan dia berada di luar kawasan pos. Jadi akan mengambil masa sikit untuk sampai kesini".

Tidak lama kemudian, doktor yang dipanggil akhirnya datang juga.

Doktor yang dipanggil datang secara tergesa gesa dan mengira akan bertemu dengan suasana yang menyeramkan kerana semasa menerima arahan untuk datang kesini, dia diberitahu bahawa Puteri Kelima menerima cubaan pembunuhan namun setelah memeriksa keadaan Lin Feilu dia akhirnya menarik nafas lega kerana Puteri Kelima hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Doktor memberikan ubat untuk mengubati suara Lin Feilu agar kembali semula serta memberikan ramuan untuk menenangkan fikiran kerana dia baru sahaja mengalami perkara yang menakutkan.

Peng Man menggesa Lin Di untuk tidur dan beristirehat namun baginda menolak saranan itu kerana mahu menjaga kesejahteraan anaknya sendiri tanpa mengharapkan orang lain.

"Ayah pergilah tidur".

Lin Di memeluk tubuh Lin Feilu sambil berkata, "ayah belum mengantuk lagi, jika Xiaowu sudah minum ubat dan tidur, ayah akan tidur juga".

Mendengar kata kata Lin Di, Lin Feilu tersenyum lebar sambil dia mengeratkan lagi pelukannya kepada Raja. Setelah itu, akhirnya Lin Feilu tertidur didalam pelukan ayahnya.

Semasa terbangun dari tidur, Lin Di telah terbangun terlebih dahulu dan sudah siap berganti pakaian. Malah walaupun kini sedang bercuti, dia tetap menguruskan masalah negara.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now