Chapter 85

70 7 0
                                    

Ketika para pengawal kediaman Lin Ting melihat Yan Xin datang bersama dengan Raja Qi dan kedatangan mereka itu terlihat sangat akrab, pengawal tersebut merasa agak cemas.

Namun dalam masa yang sama, mereka juga merasa hairan akan kedudukan sebenar gadis itu kerana boleh merapatkan diri dengan Raja Qi yang terkenal dengan sikapnya yang pendiam.

Manakala para pembantu lain pula merasa teruja kerana yakin gadis ini merupakan bakal menjadi isteri Raja Qi di masa hadapan. Ianya disebabkan, dia adalah satu satunya wanita yang bukan saudara terdekat Raja Qi yang pernah datang berkunjung di kediaman itu malah kedatangannya diiringi sendiri oleh beliau.

Lin Ting memberikan layanan terbaik kepada Yan Xin, "kamu tidak perlu merasa segan semasa berada disini, anggaplah kediaman ini sebagai kediaman awak sendiri!"

Tidak kira pembantu mahupun pengawal, kesemua mereka memandang Yan Xin dengan rasa ingin tahu yang menebal.

"Sebenarnya, esok saya akan meninggalkan ibu kota untuk pergi ke gunung Qin bagi bertemu awak. Memandangkan kamu telah datang kesini maka saya akan membatalkan niat tersebut dan mengarahkan pembantu peribadi saya ke istana untuk mengkhabarkan kepada Xiaowu tentang kedatangan awak ini".

Yan Xin mengangguk tanda bersetuju dengan pengaturan tersebut.

Pada keesokkan paginya, sebaik sahaja mendengar khabar itu, Lin Feilu segera keluar dari istana dan pergi ke kediaman Lin Ting agar dapat bertemu dengan Yan Xin.

"Sudah terlalu lama kita tidak berjumpa", ucap Lin Feilu dengan girang.

Kemudian Lin Feilu mengajak Yan Xin  ke restoran terbaik yang terdapat di ibu kota dan berkunjung ke kediaman Lin Jingyuan serta kediaman Lin Nianzhi. Didalam perancangannya, Lin Feilu ingin mengajak Yan Xin datang ke istana bagi bertemu dengan Lin Di.

Malah Lin Feilu juga meminta kepada Lin Ting dan Yan Xin untuk menunda perjalanan mereka sehingga dia selesai menyambut hari jadinya yang kelima belas tahun.

Bagi tidak mengecewakan adiknya, Lin Ting menyetujui permintaan itu memandangkan sambutan hari lahir yang kelima belas merupakan acara penting bagi setiap gadis.

Lin Jingyuan diberikan amanah untuk merenovasi kediaman baru Lin Feilu mengikut cita rasanya. Manakala Lin Feilu pula akan mengajak Yan Xin berkeliling ibu kota bagi mendapatkan sendiri peralatan dan barangan perabot untuk kediamannya kelak.

Lin Jingyuan turut membina sebuah taman bunga yang dilengkapi dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna warni. Turut tidak ketinggalan, dia juga telah membina sebuah mini zoo kerana mengetahui adik kelimanya sangat menyukai bunga dan haiwan peliharaan.

Bunga yang terdapat di taman itu merupakan bunga yang diambil dari pelbagai tempat tapi haiwannya pula ialah haiwan yang dipindahkan dari istana Mingyue. Perkara itu, membuatkan Lin Zhanyuan menangis kesedihan kerana dirinya bukan sahaja harus berpisah dengan Xiaowu tetapi juga dengan haiwan yang telah ia pelihara sedari kecil lagi.

Lin Zhanyuan memeluk adiknya dengan erat sambil merayu agar Xiaowu tidak berpindah dan meninggalkan dirinya bersendirian

"Saya bukannya pergi jauh tapi akan berpindah ke kediaman yang baru. Apa kata abang ikut saya, lagi pula disana terdapat pelbagai jenis bunga dan haiwan peliharaan kita juga turut dipindahkan kesana".

"Saya boleh ikut berpindah?"

"Tentulah boleh, abang setuju untuk tinggal bersama sama dengan saya di masa hadapan?"

"Tapi bagaimana dengan ibu, dia tidak ikut kita pindah sekali?"

"Ibu akan tetap tinggal disini bersama sama dengan ayah kerana mereka adalah pasangan suami isteri. Orang yang sudah berkhawin tidak boleh meninggalkan pasangan mereka.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now