Chapter 67

63 8 0
                                    

Akhirnya hari yang dinantikan telah pun tiba, upacara perkhawinan dilangsungkan sesuai mengikut adat dan protokol diraja.

Lin Feilu merasa kasihan melihat Si Mioaran yang terpaksa memakai mahkota burung phoenix yang berat dikepalanya sambil menaiki anak tangga yang tinggi sementara penglihatannya pula tertutup oleh hijab penutup wajah. Dia juga harus menjaga postur tubuhnya agar tetap tegak tidak menunduk.

Pada waktu tengah hari, upacara pernikahan pun selesai dan Si Miaoran dihantar ke istana Timur untuk menunggu kedatangan Lin Qing. Sementara, para tetamu mula disajikan dengan pelbagai jenis hidangan sempena perkhawinan ini.
Dianggarkan para tetamu yang datang berjumlah enam ratus orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang telah diundang khas untuk ke istana.

Mengikut tradisi Dalin, jamuan pernikahan akan berlangsung sehingga malam dan pengantin lelaki harus melayan tetamu menyebabkan Si Miaoran terpaksa menunggu Lin Qing bersendirian didalam bilik sehingga waktu yang tidak diketahui.

"Pasti kakak ipar akan merasa letih dan kelaparan", bisik Lin Feilu perlahan.

Suasana istana sangat meriah, setiap tetamu yang datang akan membawa hadiah masing masing untuk dipersembahkan kepada pasangan pengantin baru. Pada majlis itu, Lin Feilu telah bertembung pandang dengan Ran Ye namun pemuda tersebut tergesa gesa mengalihkan penglihatannya dari melihat Puteri Kelima. Peringatan Xi Xingjiang tempoh hari, nampaknya telah berkesan!

"Xi Guifei, bolehkah saya pergi bertemu dengan Puteri Mahkota?" ucap Lin Feilu meminta keizinan.

"Baiklah".

Namun Ruan Guifei yang turut berada disitu tidak mengizinkan memandangkan perlakuan tersebut tidak sopan dilakukan oleh seorang puteri diraja.

"Ini adalah kali pertama, saya mengetahui Ruan Guifei merupakan seorang yang sangat mementingkan kesopanan". Setelah menyindir Ruan Guifei, Xi Guifei sekali lagi memberikan keizinannya kepada Lin Feilu namun memperingatkannya untuk tidak membuat sebarang masalah.

Setelah mendapat keizinan, Lin Feilu segera berlalu dari situ dengan senang hati.

Tapi semasa dalam perjalanan menuju ke istana Timur, Lin Feilu telah bertembung dengan Xi Xingjiang yang sedang bermain bersama dengan beberapa orang sahabatnya.

Lin Feilu cuba untuk tidak menghiraukan Xi Xingjiang dan segera beredar dari situ tapi setelah beberapa langkah, "Xiaodouding, awak mahu kemana? beraninya kamu menyelinap keluar sedangkan majlis pernikahan Putera Mahkota belum selesai lagi".

"Xi Xingjiang, tolong jangan ganggu saya!"

"Huh?"

"Nampaknya kamu ingin melakukan perkara yang salah. Saya akan melaporkannya kepada Putera Mahkota setelah jamuan ini berakhir".

"Xi Xingjiang, kamu mengugut saya? dasar anak ayam!"

"Huh?"

"Xi Xingjiang anak ayam, anak ayam adalah Xi Xingjiang!"

"Xiaodouding, awak marahkan saya?"

"Pergi sana, jangan ganggu saya lagi".

Kemudian, Lin Feilu segera pergi meninggalkan Xi Xingjiang dengan menggunakan teknik qigongnya tapi berjaya dipintas oleh general muda itu.

"Xiaodouding, teknik qigong awak nampaknya semakin maju".

"Xi Xingjiang, percaya atau tidak jika awak terus berperangai seperti ini, maka kamu tidak akan bwrkhawin sampai bila bila!"

"Mengarut!"

"Lihat sahaja perangai awak yang menyebalkan ini, tiada seorang pun gadis yang akan menyukainya!"

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now