Chapter 107

49 5 0
                                    

Song Jinglan memimpin kudanya mendekati pasangan adik beradik itu.

"Adik ketujuh!" ucap Lin Zhanyuan dengan teruja semasa melihat kedatangan Song Jinglan.

Oleh kerana Lin Zhanyuan tidak mempunyai ramai teman maka dia akan mengingati seseorang yang pernah bersikap baik terhadapnya. Dan salah satu daripada orang itu ialah Song Jinglan.

"Berapa kali sudah saya katakan, dia bukannya adik ketujuh!"

Sambil menunjuk dirinya sendiri, Lin Zhanyuan menegaskan, "saya enam, jadi dia tujuh!" balasnya tidak mahu mengalah.

"Adik kerujuh!"

"Abang keenam", balas Song Jinglan pula sambil tersenyum.

"Lihat, kan saya sudah kata dia adalah adik yang ketujuh", ucapnya sambil melirik kearah Lin Feilu.

"Ya, maafkan saya kerana telah tersalah".

"Xiaowu, abang akan membawa awak untuk melihat haiwan haiwan kecil peliharaan saya", sambil dia menarik tangan Lin Feilu untuk mengikuti langkah kakinya.

"Haiwan apa?"

"Ada pelbagai jenis haiwan seperti anak anjing, kucing, arnab musang, monyet dan seekor haiwan baru yang mempunyai banyak duri".

"Haiwan yang banyak duri, tentu ia adalah landak."

Lin Zhanyuan tidak mengetahui nama nama haiwan tersebut tapi jika adiknya sudah menyatakannya maka dia akan percaya dengan segala penerangan yang diberikan oleh Xiaowu.

"Ya, haiwan yang banyak duri itu pasti anak landak!"

Kediaman Lin Ting terletak dikawasan yang agak terpencil berhampiran dengan anak sungai yang mengalir dari pergunungan Qin. Kediaman tersebut memiliki pemandangan yang sangat indah.

Lin Feilu melihat seekor monyet sedang bergayut dari pokok ke pokok yang lain.

"Kongkong!!" panggilanya dengan kuat.

Gerakan monyet itu yang sedang mengejar seekor tupai terhenti apabila mendengar suara panggilan tersebut. Ia terus berlari dan naik keatas bahu Lin Feilu dengan gembira.

"Kongkong, saya sangat rindukan awak, tolong berikan salam hormat kepada suami saya Song Jinglan".

Dahulu itu adalah rutin yang sering diajarkan oleh Lin Feilu kepada monyet tersebut dan kini ia telah melupakan gerakannya dan hanya menggarukan sahaja kepalanya berulang kali.

"Kongkong, awak telah bertukar menjadi seekor monyet yang bodoh!"

Tidak mahu dikatakan bodoh, Kongkong memegang kepalanya sambil berteriak membantah ucapan tersebut.

Song Jinglan hanya mampu tersenyum melihat telatah isterinya dengan si monyet itu.

Pengawal yang menjaga kediaman Lin Ting merasa sangat teruja melihat kedatangan Puteri Kelima. Kesemua pembantu dan pengawal yang bertugas disini merupakan orang bawahan Lin Ting dari ibu kota.

Mereka segera berlari mendapatkan Lin Ting untuk melaporkan kepadanya tentang kedatangan puteri kesayangan semua orang.

Tidak lama kemudian, Lin Ting segera keluar dari dalam kediaman dengan berlari lari kecil kerana sudah tidak sabar untuk bertemu Xiaowu.

Dia cuba menahan air matanya daripada jatuh, disebabkan merasa terlalu gembira.

Namun dia cuba berlagak tenang dan profesional apabila melihat keberadaan Song Jinglan disisi adiknya.

"Abang Lin Ting, adakah awak merasa takut kepada saya?"

"Mana mungkin saya merasa takut kepada awak, kamu telah memberikan saya kejutan besar yang sangat menggembirakan. Berapa lama awak akan berada disini?"

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now