Chapter 111 (Ekstra Chapter)

53 6 0
                                    


Song Xiaosi dan Song Xiaomu memasuki pusat asuhan kanak kanak Chuntian Huahua ketika berumur tiga tahun.

Manakala pada waktu tersebut, Song Xiaolan sudah masuk ke sekolah diraja yang dikenali sebagai Taichung.

Sebelum ini, baik Dalin mahu pun kerajaan Song, tidak pernah melantik wanita untuk menyandang sebarang jawatan didalam kerajaan.

Petugas pusat asuhan kanak kanak Chuntian Huahua dimonopoli oleh golongan wanita dan mereka merupakan barisan wanita pertama yang menyandang jawatan dalam kerajaan.

Skop tugas mereka adalah untuk membimbing kanak kanak dengan penuh kasih sayang.

Mereka yang bertugas disana tidak perlu berasal dari golongan bangsawan atau pun orang kaya kerana kriteria yang diperlukan hanyalah seorang yang harus pandai membaca dan menulis serta yang paling penting ialah mesti menyayangi anak anak kecil.

Pada mulanya, cadangan pembinaan pusat asuhan kanak kanak ini dibantah oleh barisan para menteri. Namun setiap keputusan yang telah dimuktamadkan oleh Song Jinglan tidak boleh dibantah oleh sesiapa pun.

Tujuan Lin Feilu menubuhkan Chuntian Huahua bukanlah untuk menyamaratakan kedudukan diantara lelaki dan wanita didalam sistem pemerintahan tetapi untuk meningkatkan status sosial seorang wanita itu tanpa mengharapkan dukungan suami masing masing.

Hanya sahaja, pada awalnya sambutan untuk menjadi tenaga kerja di Chuntian Huahua agak tidak memberangsangkan.

Setelah bernikah secara rasmi dengan Lin Feilu, Song Jinglan telah mengarahkan gundik gundiknya dihantar kembali ke kediaman masing masing. Namun sesetengah daripada mereka memohon untuk tetap tinggal di istana kerana tidak mahu menjadi buah catur keluarga masing masing.

Oleh itu, para gundik yang masih tetap tinggal diistana telah memutuskan untuk dekat dengan Maharani dan tidak akan mengganggu kehidupan Permaisuri.

Jadi ketika Chuntian Huahua dalam perancangan untuk dibuka, Lin Feilu menawarkan kepada para gundik tersebut untuk menjadi tenaga pengajar disana dengan dirinya sendiri sebagai ketua.

Memandangkan mereka semua telah melalui kehidupan yang agak membosankan dalam beberapa tahun terakhir maka mereka semua segera bersetuju dengan tawaran tersebut.

Mantan para gundik ini menjadi golongan pertama yang menjadi tenaga kerja di Chuntian Huahua.

Namun sebelum taman asuhan kanak kanak itu dibuka secara rasmi, Lin Feilu melatih mereka terlebih dahulu untuk membiasakan diri dengan keadaan persekitaran.

Tidak disangka Chuntian Huahua menjadi tempat kesukaan kanak kanak. Malah ada antara mereka yang tidak mahu pulang setelah dijemput oleh keluarga masing masing apabila sesi pembelajaran berakhir.

Sehubungan dengan itu, rakyat jelata juga mula membuka taman asuhan kanak kanak mereka sendiri di luar istana.

Sebagai puteri kerajaan, Song Xiaosi dan Song Xiaomu menerima layanan yang paling baik daripada tenaga pengajar disana.

Puteri Song Xiaosi seorang yang comel dan bijak serta menurut kata manakala Puteri Song Xiaomu pula seorang yang pendiam, pemalu dan lembut. Wajah mereka berdua sangat seiras tetapi mempunyai perwatakan yang berbeza.

Lin Feilu juga menyedari anak anaknya mempunyai karakter yang berlainan diantara satu sama lain.

Dia tidak menyangka bahawa dirinya akan melahirkan anak anak yang comel untuk Song Jinglan.

"Xiaosi, kamu harus menjaga adik kita dengan baik semasa berada Chuntian Huahua, kerana abang risau dia akan diperbodohkan oleh orang lain disana!"

"Abang tidak perlu merasa risau kerana hanya saya sahaja yang boleh memperbodohkan orang lain".

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now