Chapter 23

93 7 0
                                    


Permaisuri menjemput sami Buddha dari tokong Huguo iaitu tokong diraja  untuk memberkati istana setelah apa yang berlaku pada jamuan tersebut.

Sehubungan itu, Lin Feilu berpendapat bahawa kerajaan Dalin tidak jauh berbeza dengan kerajaan lama yang tercatit dalam sejarah sewaktu dia berada di dunia moden.

Hampir disetiap penjuru istana kedengaran bacaan mantera berserta haruman cendana yang digunakan sebagai alat sembahan untuk menenangkan jiwa dan roh.

Walaupun Permaisuri telah mengarahkan kepada sesiapa yang menyaksikan kejadian malam itu untuk melupakannya tapi tetap sahaja terdapat segelintir pembantu yang akan bercerita secara bersembunyi perihal kejadian tersebut.

Rakan gundik yang rapat dengan Jingbing sebenarnya tidak percaya bahawa Jingbing akan menjalinkan hubungan terlarang bersama dengan seorang pengawal berpangkat rendah, mereka tetap berpendirian bahawa Jingbing telah diperangkap oleh seseorang yang tidak diketahui.

Namun setelah berfikir panjang, mereka tidak dapat mengetahui siapakah dalang sebenar kejadian tersebut. Jebakan yang dibuat merupakan jebakan yang sangat kejam, jika diteliti jebakan ini lebih kepada tindakan yang akan dilakukan oleh Jingbing sendiri untuk mengenakan seseorang.

Tiada siapa yang akan menyangka bahawa ia adalah tindakan balas dari istana Mingyue kerana Lan Guiren hanyalah seorang gundik yang terabai dan tidak mempunyai sebarang kuasa selain bergantung harap kepada Xian Fei.

Semenjak kejadian itu, mungkin disebabkan rasa bersalah terhadap pengawal tersebut yang terpaksa menjadi kambing hitam, Xiao Lan semakin rajin berdoa kepada Buddha untuk memohon keampunan dan ketenangan diri.

"Ibu, tiada apa yang akan berlaku kepada kita kerana segala galanya telah pun berakhir".

"Tapi, ibu merasa tidak tenang. Siapakah orang yang telah membantu kita? adakah orang tersebut mempunyai niat yang baik atau pun sebaliknya?"

"Sama ada orang itu mempunyai niat yang baik atau pun tidak, perkara ini sudah berakhir. Tiada bukti yang dapat mengaitkan kita dengan hal tersebut, ibu jangan risau".

Sebenarnya setelah berfikir dengan tenang, Lin Feilu sudah dapat mengagak siapakah orang yang telah mengirimkan pesan kepadanya pada malam itu dan yakin bahawa orang itu tidak berniat jahat.

Mereka hidup di istana Mingyue secara terasing dan baru sahaja menjalinkan hubungan dengan orang orang dari istana lain. Oleh itu, Lin Feilu belum lagi mengenal ramai orang yang mempunyai ilmu bela diri yang hebat kerana penghantar pesanan tersebut sangat handal menggunakan qigong sehingga setiap pergerakkannya di istana tidak di kesan oleh sesiapun.

Serta merta Lin Feilu teringat akan Song Jinglan kerana putera tawanan itu mempunyai radang di tangan lebih tebal daripada Xi Xingjiang yang selalu bermain dengan senjata dan belajar ilmu mempertahankan diri di dalam kediaman general.

Song Jinglan mampu bertahan hidup selama bertahun tahun di istana ini tanpa mengalami sebarang perkara yang buruk pasti kerana mempunyai sesuatu yang dapat melindunginya diluar pengetahuan orang lain.

Cuma Lin Feilu tidak menyangka bahawa Song Jinglan sanggup menghulurkan tangan untuk menolong mereka.

Adakah pertolongan yang diberikan oleh putera tawanan tersebut disebabkan bekalan arang yang diberikan olehnya?

Lin Feilu tersenyum sendiri kerana tidak menyangka budak tampan itu merupakan seorang yang pandai membalas budi. Malah setelah membuat kebaikan Song Jinglan langsung tidak meninggalkan sebarang jejak untuknya membalas kebaikan itu.

Disebabkan oleh Ji Liang, mereka yang berada di Cuizhuju tetap mengetahui dengan jelas apa yang telah berlaku pada malam itu.

"Jadi, Jingbing masuk kedalam jebakan yang dia ciptakan sendiri? adakah tuanku membantu Puteri Kelima?" soal Tiandong ragu ragu.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now