Chapter 106

51 5 0
                                    


Terdapat dua sebab mengapa Lin Feilu menolak untuk bertarung dengan Yanxin. Pertama, dia tidak mahu mencemarkan nama baik gurunya jika dia kalah nanti dan sebab yang kedua pula Yanxin dapat meningkatkan teknik pedang miliknya jika ia berlawan dengan Song Jinglan.

Lin Feilu sangat memahami sikap Yanxin yang gilakan seni bela diri. Pasti dia akan segera kembali ke Dalin selepas perlawanan itu nanti.

Selepas meninggalkan Yanxin untuk bertarung dengan Song Jinglan, Lin Feilu segera kembali ke istananya lalu dia mengarahkan pembantunya membungkus kesemua hadiah yang telah ia menangi semasa pertarungan didalam ring supaya dapat diberikan kepada Yanxin.

Malah dia juga sedang bersiap untuk menulis surat agar dapat disampaikan kepada Lin Ting dan Lin Zhanyuan.

Belum sempat menulis surat tersebut, Yanxin telah pun kembali.

"Kak Yanxin, bagaimana dengan keputusan perlawanan kamu berdua?"

"Tentu sahaja dia menang tapi berlawan pedang dengannya dapat meluaskan lagi pengetahuan saya. Oleh itu, saya akan tinggal disini dengan lebih lama agar boleh mendapat tunjuk ajar darinya".

"Huh? kak Yanxin tidak akan pergi?"

"Ya".

Lin Feilu sangat gembira mendengar perkhabaran tersebut, "saya fikir kak Yanxin akan pergi meninggalkan saya dengan cepat sehinggakan saya sudah menyiapkan beberapa hadiah menarik untuk awak bawa balik".

"Hadiah apa?"

"Ini adalah baju kalis senjata, ini pula jarum seribu serangan dan ini ialah pil baihua. Kesemua barangan yang saya mahu berikan kepada awak ini, adalah merupakan hadiah yang saya menangkan sewaktu mengikuti perlawanan didalam ring".

Yanxin memerhatikan kesemua hadiah tersebut dengan tekun.

"Mengapa, adakah kak Yanxin tidak menyukai hadiah saya?"

"Bukan. Xiaowu, saya sangat berterima kasih dengan hadiah awak tapi baju kalis senjata dan jarum seribu serangan adalah khazanah berharga milik villa Cangjian. Sebelum ini, kumpulan mereka telah menghilang tanpa sebarang jejak dan menurut guru saya setiap harta villa tersebut telah pun diserahkan kepada kerajaan Song yang sangat berkuasa pada waktu itu untuk dijadikan sebagai harta kerajaan. Jadi mengapa pula ia boleh dijadikan sebagai hadiah pertarungan didalam ring?"

"Huh?"

Lin Feilu terkejut mendengar informasi yang disampaikan oleh Yanxin tapi dalam masa yang sama, hatinya berbunga bahagia kerana dia tahu pasti itu adalah perbuatan Song Jinglan yang ingin menghibur dirinya.

Bagaimana jika dia kalah dalam perlawanan tersebut, tentu khazanah berharga ini akan jatuh ke tangan orang lain, ia pasti sangat disayangkan.

Lin Feilu tidak menempatkan Yanxin di ruangan tetamu tetapi mengajaknya untuk tidur sekatil bersama dengan dirinya di istana Yong'an.

Disebabkan itu, ini adalah kali pertama pasangan diraja tersebut tidur secara berasingan setelah berkhawin tapi Song Jinglan tidak mempermasalahkannya kerana apa yang penting ialah kegembiraan dan kebahagian isterinya.

Para pembantu dan petugas istana Lin'an merasa kosong apabila tidak melihat Permaisuri datang untuk menemani Raja pada waktu malam seperti sebelumnya.

Perkara ini memberi ruang kepada Song Jinglan untuk fokus menguruskan masalah kerajaan supaya pada tahun baru nanti dia dapat berehat sambil ditemani oleh Lin Feilu.

Namun pada malam itu, Song Jinglan yang baru sahaja berniat untuk menutup matanya dikejutkan dengan kedatangan Lin Feilu secara bersembunyi.

Sebaik sahaja berbaring disebelah Song Jinglan, Lin Feilu serta merta memeluk tubuh pemuda itu dengan erat.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now