Chapter 71

60 7 0
                                    


Ini adalah saatnya untuk Ruan Guifei melepaskan segala galanya. Selama ini, telah beberapa kali Lin Ting meminta ibunya melupakan keinginan mereka namun tidak pernah diendahkan.

Keserakahan inilah yang telah membawa pergi kegembiraan anaknya.

Akhirnya Lin Ting memutuskan untuk menamatkannya sendiri, melalui jalan yang telah dipilih olehnya.

Dengan kata lain, Ruan Guifeilah yang telah memaksa anaknya untuk membunuh diri.

"Saya tidak boleh melepaskan keinginan ini sekarang kerana semuanya sudah terlambat".

"Adakah Ruan Guifei tahu mengapa ayah menampar awak tadi?"

"Huh?"

"Mungkin selama ini, Ruan Guifei menyangka ayah tidak mengetahui semua perkara yang telah dilakukan oleh keluarga Ruan? sebagai seorang pemimpin, ayah pasti tidak akan membiarkan sebuah keluarga bangsawan memonopoli dalam sistem pemerintahannya!"

"Tapi.."

"Selama ini, apa tanggapan ayah terhadap perselisihan diantara dua paksi yabg terlibat? Setelah bertahun saling berlawan diantara satu sama lain, adakah Ruan Guifei tidak menyedari bahawa kuasa keluarga Ruan semakin melemah?" tambah Lin Feilu lagi.

Serta merta wajah Ruan Guifei bertukar pucat kerana selama enam tahun terakhir ini, Raja tidak pernah memberikan sebarang pendapat berkaitan masalah perebutan kuasa diantara dua paksi.

Lin Di hanyalah seorang pemerhati dari tepi, dia bersikap tunggu dan lihat lalu akan mengaut hasil dari setiap pertelingkahan yang berlaku.

Sewaktu ingin menaiki takhta, Raja telah disokong penuh oleh keluarga Ruan. Walaubagaimanapun, seiringan waktu yng terus berlalu, kuasa dan pengaruh keluarga Ruan semakin besar membuatkan Lin Di terpaksa mengambil sikap berhati hati terhadap mereka.

Tidak mungkin Raja akan membiarkannya kerana kerajaan Dalin diasaskan oleh keluarga Lin dan bukannya keluarga Ruan!

Sejak dari didalam kandungan lagi, Lin Ting sememangnya telah ditakdirkan untuk tidak boleh mewarisi takhta kerajaan. Tetapi Raja sengaja memberikan keluarga Ruan sebuah harapan yang palsu agar keluarga Ruan menunjukkan taring mereka yang sebenarnya.

Malah Raja juga sengaja membuatkan dua paksi saling bertingkah diantara satu sama lain. Kesemuanya hanyalah bertujuan untuk melemahkan kuasa keluarga Ruan. Dengan kata lain, keluarga Ruan telah termakan umpan yang ditabur oleh Raja.

Seperti kes terbaru yang berlaku iaitu masalah aula nenek moyang yang telah runtuh. Sebenarnya Raja tahu bahawa kes ini pasti didalangi oleh seseorang dan itulah yang membuatkan baginda merasa kesal kerana paksi Putera Mahkota berani mencemar aula tersebut. Tapi dalam masa yang sama, Raja hanya menutup matanya kerana ini adalah peluang yang terbaik untuk melemahkan kuasa keluarga Ruan.

Lin Feilu merasa simpati terhadap Lin Ting kerana seluruh hidupnya menjadi buah catur diantara dua keluarga.

Nampaknya keluarga diraja kelihatan megah dimata orang ramai namun sangat kejam terhadap ahli keluarganya sendiri.

Selama ini, Lin Di tahu bahawa Lin Ting mengalami keputusasaan terhadap keinginan keluarga Ruan tapi dia hanya membiarkan sahaja perkara itu demi menjatuhkan keluarga tersebut.

Maka hari ini, dia menyalahkan segala yang berlaku diatas bahu Ruan Guifei sedangkan sebenarnya Raja juga turut terlibat sama disebalik apa yang berlaku kepada Lin Ting.

Kasih sayang dalam keluarga diraja hanyalah setipis kulit bawang berbanding dengan kuasa yang perlu digenggam.

"Tentu menurut Ruan Guifei, abang Putera Mahkota adalah orang yang bertanggungjawab mahu menghancurkan keluarga Ruan tapi tanpa persetujuan ayah adakah semua yang telah dilakukan oleh abang Putera Mahkota dapat berjalan dengan lancar? Jika hanya bergantung kepada kekuatan paksi mereka, pasti sudah lama keluarga Ruan dapat memiliki apa yang kamu inginkan!"

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt