Chapter 64

71 7 0
                                    


Beberapa hari kemudian, dekri diraja perkhawinan diantara Si Miaoran dan Lin Qing akhirnya dikeluarkan oleh Lin Di.

Ketika ini, Si Miaoran berusia lima belas tahun dan pernikahan diantara mereka berdua akan dilangsungkan pada awal musim luruh, hanya berbaki enam bulan sahaja lagi membuatkan pihak istana semakin sibuk hari demi hari.

Semasa Lin Feilu berkesempatan untuk keluar dari istana, dia secara sembunyi mengunjungi Si Miaoran untuk melihat sendiri calon kakak iparnya itu.

Setelah melihatnya, Lin Feilu dapat memastikan bahawa mereka berdua merupakan calon pasangan ideal.

Sebaik sahaja kembal ke istana, Lin Feilu segera pergi bertemu dengan Lin Qing.

"Sekarang kamu sudah menjadi seorang gadis tapi kenapa kamu berperilaku seperti seorang lelaki", ucap Lin Qing yang sedang berlatih menulis kaligrafi.

"Oh..nampaknya abang Lin Qing menyukai wanita lemah lembut seperti bakal kakak ipar saya nanti".

"Kamu keluar istana lagi?"

"Saya keluar kerana ingin menolong abang Lin Qing untuk melihat dengan lebih dekat bakal kakak ipar saya itu"

"Jadi Xiaowu melantik dirinya sendiri untuk menjadi penilai bagi perkhawinan saya. Sekiranya bakal pengantin saya tidak menepati penilaian kamu maka apa akan terjadi dengan pernikahan saya?" ucap Lin Qing sambil ketawa.

Lin Feilu mengambil kuih yang terhidang diatas meja, "melalui pemerhatian saya, bakal kakak ipar  merupakan seorang gadis yang sopan santun dan pasti akan menjadi pasangan sesuai untuk abang".

"Xiaowu, awak harus mengurus kehidupan kamu terlebih dahulu kerana ayah telah memutuskan untuk mencarikan kamu pasangan! adakah awak berkenan dengan mana mana pemuda?"

Air teh yang diminum oleh Lin Feilu tersembur keluar sebaik sahaja mendengar ucapan abangnya itu.

Mujur sahaja Lin Qing merupakan seorang pemuda yang cekap membuatkannya dapat menghindar dari semburan air teh itu. "Sewaktu kecil, Xiaowu seorang kanak kanak yang comel, mengapa kamu boleh berubah menjadi seperti ini?"

"Apakah ayah benar benar ingin mencarikan saya jodoh?"

"Tentulah, disebabkan itu jika Xiaowu mempunyai lelaki yang disukai maka kamu harus mengatakannya kepada abang. Nanti saya akan menilai calon pilihan kamu, agar awak tidak tersalah pilih pasangan."

"Tidak. Saya masih muda dan belum mahu berkhawin!"

"Kami bukannya mahu awak berkhawin sekarang. Xiaowu akan memilih calon pilihan terlebih dahulu dan akan berkhawin ketika berumur lima belas tahun".

"Abang Lin Qing, saya belum mahu berkhawin dan tidak mahu bertunang dengan mana mana lelaki buat masa sekarang. Tolonglah katakan kepada ayah".

"Inilah akibatnya kerana awak terlalu lama bergaul dengan adik keempat".

"Huh?"

"Baiklah saya akan cuba sampaikan kepada ayah, sama ada ayah dapat menerimanya atau tidak, abang tidak dapat memastikannya".

"Abang Lin Qing adalah abang yang paling terbaik didunia".

Kemudian Lin Feilu menyerahkan sebuah gajet yang baru kepada abangnya.

"Apa ni?"

"Ini adalah permainan yang dinamakan sebagai yoyo. Ia boleh membantu untuk melepaskan rasa stress". Lalu Lin Feilu menunjukkan cara bermain permainan tersebut kepada Lin Qing.

Selepas itu, keduanya menghabiskan masa bersama dengan bermain yoyo sehingga waktu petang.

Disebabkan Lin Qing memohon bagi pihak Lin Feilu maka Lin Di bersetuju untuk menunda mencari calon pasangan untuknya.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Où les histoires vivent. Découvrez maintenant