Chapter 77

60 7 0
                                    


Wanita berbaju merah itu sedang memegang pedangnya dengan erat, rambut panjangnya diikat tinggi, menampilkan aura seorang pahlawan.

Pada waktu itu, walaupun Lin Feilu telah menyapanya dengan ramah tapi wanita tersebut yang telah mendengar perbualan diantara Lin Feilu dengan Putera Pingyu mengambil langkah untuk berwaspada!

"Saya dengan orang itu bukan berasal dari kumpulan yang sama!" ucap Lin Feilu, sebaik melihat sikap wanita itu terhadapnya

"Puteri Kelima, saya adalah ayah saudara awak!"

"Diamlah orang tua!! dimana gadis berbaju kuning yang kamu tangkap semalam?"

"Saya tidak mengerti dengan apa yang Puteri Kelima maksudkan?"

"Xiao Hei, patahkan kelima jari kirinya terlebih dahulu!"

"Jangan..jangan..gadis itu dikurung didalam bilik kayu api kerana tidak mendengar kata. Baibai, cepat keluarkan gadis tersebut!"

Baibai yang merupakan pembantu serta pengawal Putera Pingyu segera mematuhi arahan itu.

Ketika dikeluarkan oleh Baibai dari bilik kayu api, Queyin tidak berhenti menangis sambil memohon untuk dilepaskan. "Cik Huang, ucap Queyin dengan penuh harapan sebaik melihat kehadiran Lin Feilu disitu.

Pada waktu ini, kemunculan Lin Feilu seperti kemunculan seorang dewi dari kayangan yang membawa seribu satu harapan buat Queyin.

"Cik Huang??" ucap Putera Pingyu, dia menganggap Lin Feilu adalah seorang gadis yang menyamar menjadi Puteri Kelima.

Lin Feilu yang tidak mahu membuang masa untuk menerangkan kepadanya segera mengeluarkan rantai jed pemberian Lin Qing, "kamu kenal dengan rantai jed ini?"

Walaupun Putera Pingyu merupakan kerabat diraja yang semakin dilupakan, tapi dia adalah salah seorang daripada pengikut paksi Putera Mahkota. Selama ini, dia selalu memberikan sumbangan dana kepada mereka, tentu sahaja dia mengenali lambang khas yang terukir di rantai jed tersebut.

"Puteri Kelima, maafkan saya kerana telah menyinggung awak. Saya tidak mengetahui bahawa gadis ini merupakan rakan awak tapi jangan risau, saya langsung tidak mengapa apakan dia. Sekarang, awak bawa balik sahabat kamu itu dan kita lupakan sahaja apa yang berlaku kerana walaubagaimanapun ,kita adalah sebuah keluarga!"

"Xiao Hei, panggil skuad bayangan khas!"

Selepas menerima arahan tersebut, Xiao Hei segera mengeluarkan wisel dari lengan bajunya dan meniup wisel dengan bunyi yang agak aneh. Tidak lama kemudian, beberapa orang berbaju ungu gelap dan memakai penutup wajah segera muncul dihalaman itu dan memberi salam hormat kepada Lin Feilu.

Kaki Putera Pingyu bergetar melihat kemunculan skuad khas bayangan tersebut. Sebagai keluarga diraja, dia sangat mengetahui akan kewujudan mereka namun tidak pernah berpeluang untuk menggunakannya.

"Pakcik kesembilan, saya akan membawa pulang sahabat saya dan awak tidak boleh menyebarkan perkara ini kepada orang ramai!"

"Tentu sahaja, jika Puteri Kelima mempunyai masa yang lapang. Kamu boleh sering berkunjung kemari dan pakcik akan melayan awak dengan sebaiknya!" ucap Putera Pingyu sambil tersenyum janggal.

Queyin tergamam setelah mengetahui identiti sebenar Cik Huang yang sangat dibenci olehnya sebelum ini. "Tuanku Puteri Kelima..saya..saya... minta maaf kerana telah menyinggung awak

"Cik Queyin, awak tidak perlu merasa khuatir akan perkara tersebut tapi Guan Xingran mungkin telah pergi".

"Huh?"

Sepanjang malam, Queyin menunggu kedatangan pemuda itu untuk menyelamatkannya kerana dia yakin tunangannya pasti mengetahui keberadaannya setelah melakukan sedikit penyelidikan. Tapi tanpa disangka, Guan Xingran langsung tidak memunculkan diri, dan dia pula diselamatkan oleh Cik Huang yang merupakan seorang puteri diraja.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now