Chapter 53

79 7 2
                                    

"Sedap?"

"Ya,".

"Esok saya akan bawakan awak lagi. Musim panas tidak akan lengkap tanpa menikmati ais lilin!"

"Jika esok Puteri Kelima datang kemari lagi, awak akan menggunakan pintu depan atau terbang melalui pagar seperti tadi?" soal Song Jinglan sambil tersenyum.

"Song Jinglan, saya bukannya pelajar yang malas sehingga lambat menguasai seni qigong tapi pagar Cuizhuju sangat licin!" balas Lin Feilu cuba membela dirinya.

"Nanti saya akan arahkan Tiandong untuk membersihkan lumut yang ada diatas pagar itu", balas Song Jinglan pula dengan nada yang serius.

"Song Jinglan, teknik qigong awak sangat baik, siapa yang ajar awak?"

"Seorang pakcik".

"Dia dimana?"

"Dia berada di tempat yang awak tidak boleh lihat".

Lin Feilu mengeluh perlahan kerana berbual dengan Song Jinglan seperti bermain teka teki dengannya. Terlalu banyak rahsia yang disembunyikan.

Tapi tindakan ini wajar dilakukan memandangkan dia berada di negara musuh, sekurang kurangnya dia harus mempunyi pertahanan rahsia sebagai langkah keselamatan.

"Pasti pakcik yang awak maksudkan itu merupakan seorang yang handal kerana dapat mendidik awak dengan sangat baik. Song Jinglan boleh tak, jika awak ajarkan kepada saya juga? Saya mahu menjadi seperti kamu yang boleh terbang kemana mana dengan suka hati".

"Tiada jalan pintas yang boleh diambil untuk seseorang itu menguasai sesuatu kerana ia memerlukan perlatihan yang khusus serta melelahkan tapi jika Puteri Kelima sudi.."

"Tidak perlulah, saya akan berlatih sendiri tanpa perlatihan khusus awak itu", pintas Lin Feilu.

Song Jinglan ketawa melihat reaksi Lin Feilu, dia menyarankan agar Puteri Kelima untuk berlatih dengan tekun bersama dengan Xi Guifei kerana wanita itu adalah seorang general wanita yang hebat.

Namun perbualan mereka berdua terhenti dengan kedatangan Tiandong yang mengeluh kerana jabatan dalaman istana memberikan mereka jumlah dakwat yang sedikit sahaja.

"Kenapa dengan awak?" soal Lin Feilu, sebaik melihat kedatangan Tiandong dengan wajah yang cuak.

"Dakwat untuk tuanku gunakan telah habis tapi semasa saya pergi ke jabatan dalaman istana, mereka hanya memberikan saya sisa dakwat sahaja", terang Tiandong dengan panjang lebar walaupun dia tahu Song Jinglan tidak mahu dia melaporkan kepada Puteri Kelima tentang perkara tersebut.

"Kenapa mereka bersikap seperti ini?"

"Puteri Kelima tidak perlu risau, walaupun jumlahnya sedikit tapi saya masih boleh menggunakannya untuk menulis".

Semenjak berlaku ketegangan diantara dua kerajaan, pihak jabatan dalaman istana sengaja menyusahkan hidup mereka berdua yang tinggal di Cuizhuju, Song Jinglan sudah biasa melaluinya.

Lin Feilu merasa kesal namun Song Jinglan tidak mahu menyusahkan Puteri Kelima untuk mengurus masalahnya.

"Saya akan bertemu dengan abang Jingyuan untuk menyelesaikan masalah awak".

"Huh?'

"Dia pasti akan melakukannya! Baiklah, saya akan pulang dahulu. Esok saya akan datang lagi membawakan kamu ais lilin".

Setelah Lin Feilu meninggalkan mereka berdua, Tiandong segera bertanya kepada Song Jinglan akan ais lilin yang dikatakan oleh Puteri Kelima tadi.

Namun Song Jinglan tidak menerangkan kepadanya dan menyatakan bahawa Tiandong terlalu banyak bicara.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now