Chapter 81

66 8 0
                                    


Hanya dalam masa setahun segalanya boleh berubah?

Mengapa Song Jinglan yang baik hati boleh menjadi seorang pembunuh yang berdarah dingin, bertindak dengan sangat kejam!

Bukan hanya Lin Feilu yang terkejut mendengar perkhabaran itu tetapi Lin Ting juga turut terkejut sama. Sebelum ini, Song Jinglan selalu memperlihatkan karakter seorang lelaki yang berperilaku lembut dan mudah dibuli oleh orang lain, meskipun Lin Ting tidak tergolong daripada kumpulan pembuli tersebut.

Apakah yang sedang berlaku ini hanyalah mimpi?

Mengapa setelah kembali ke kerajaan Song, Song Jinglan mampu mengalahkan kesemua musuhnya hanya dalam masa yang singkat sahaja. Mungkin apa yang ditunjukkan oleh pemuda itu semasa berada di Dalin hanyalah samaran semata mata.

Song Jinglan berjaya menaiki takhta kerajaan Song menggunakan darah sebagai taruhannya dan dia bukannya seorang pemerintah yang mudah hanyut dengan kecantikan seorang wanita seperti ayahnya. Nampaknya era kebangkitan kerajaan Song akan bermula tidak lama lagi, mungkin kerajaan mereka akan kembali digeruni seperti dahulu.

Pemuda yang menceritakan perkara itu kepada mereka tergamam seteleh melihat ekspresi Lin Feilu dan Lin Ting membuatkannya merasa bangga.

"Nampaknya kerajaan kita telah melepaskan seekor harimau kembali ke hutan!" tambah pemuda itu lagi.

"Xiaowu, jangan difikirkan lagi masalah ini, mari kita makan". Akan tetapi setelah mendengar perkhabaran tersebut selera makan Lin Feilu telah hilang.

Pada malam itu, fikiran Lin Feilu hanya terfokus mengingati Song Jinglan, iaitu malam sewaktu mereka akan berpisah. Sememangnya, malam itu dia menyedari kelainan perilaku Song Jinglan yang tidak seperti kebiasaannya namun Lin Feilu mengabaikan semua itu.

Selama beberapa tahun, dia melihat ketegangan hubungan diantara Lin Qing dan Lin Ting demi mendapatkan takhta pemerintahan. Sama ada Lin Ting mahukan gelar tersebut atau pun tidak, ia telah banyak mengorbankan nyawa dan air mata. Alangkah baiknya, jika hanya menjadi seorang putera diraja yang tidak terikat dengan sebarang permintaan yang berada di luar jangkauan. Hidup dengan menikmati kemewahan dan keamanan berkat daripada gelar putera diraja tersebut.

Tidak disangka selama ini Song Jinglan juga ingin menjadi Raja!

Selama sepuluh tahun, dia telah menjadi seorang putera tawanan di Dalin. Bagaimanakah Song Jinglan boleh mengatur strategi di kerajaan Song merentasi kejauhan jarak diantara dua kerajaan, sehingga dapat bergelar Raja disana.

Lin Feilu tidak mahu memikirkan perkara ini, kerana akan menyedari betapa mengerikan pemuda tersebut.

Adakah dia adalah orang yang sama yang sering mendengar ceritanya sambil tersenyum ataupun orang yang mengukir patung kayu untuk diberikan kepada Lin Feilu sempena hari jadinya.

Dia mengambil buku pedang Jimo yang menjadi peneman Lin Feilu dalam beberapa bulan terakhir ini.

Nampaknya masa depan diantara mereka berdua telah terkubur, mustahil Lin Di akan mengkhawinkan anak gadis kesayangannya kepada Raja Song yang terkenal dengan kekejamannya.

Malah sebagai seorang Raja, kelak Song Jinglan akan memiliki harem yang berisikan seramai tiga ribu orang wanita cantik membuatkan Lin Feilu merasa kesal, mengakibatkan dia membaling buku pedang Jimo tersebut ke sudut bilik.

Tapi tidak lama kemudian, Lin Feilu mengambil balik buku pedang tersebut dan meletakkannya kembali ke dalam simpanannya.

Akibatnya malam itu, Lin Feilu tidak dapat melelapkan matanya sehingga Lin Ting datang mengejutkannya esok pagi untuk pergi membeli pakaian baru sebagai persediaan musim sejuk yang bakal menjelang tiba.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now