Chapter 83

60 6 0
                                    


Keadaan ibu kota masih sama seperti setahun yang lalu, kelihatan sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ia langsung tidak terjejas dengan perang yang berlaku di wilayah bebas cukai.

Rombongan mereka kembali ke kediaman Lin Ting terlebih dahulu bagi memberi ruang kepada abangnya untuk menyiapkan diri  sebelum memasuki istana.

Sampai sahaja ke istana, Lin Feilu segera bergegas pergi ke istana Mingyue manakala Lin Ting bertemu dengan ayah mereka.

"Xiaowu!!" ucap Lin Zhanyuan sambil berlari menuju kearahnya.

"Abang rindukan saya atau rindukan monyet yang saya bawa ini?"

"Tentu sekali saya rindukan Xiaowu kerana sudah terlalu lama kita berpisah", ucapnya dengan nada yang sedih.

"Nampaknya saya juga merindukan abang!"

"Ibu telah berpesan bahawa lelaki dan wanita tidak boleh terlalu dekat tapi saya mahu memeluk Xiaowu kerana terlalu rindukannya", walaubagaimanapun pandangan matanya langsung tidak lepas dari melihat kearah monyet kecil yang berada di pelukan adiknya itu.

"Kongkang, mahukah kamu berkawan dengan abang saya. Nanti dia akan berikan awak pelbagai jenis makanan yang lazat".

Seolah olah memahami apa yang dikatakan oleh Lin Feilu, monyet tersebut segera memaut leher Lin Zhanyuan dengan lembut membuatkannya tersenyum bahagia.

Selepas itu, Lin Feilu memeluk Xiao Lan dengan erat, kedua dua mereka saling berpelukan dan menangis kegembiraan. Menurut pandangan Lan Fei, anaknya telah menjadi semakin besar dan wajahnya menjadi semakin putih berseri.

"Saya harus menyiapkan diri dan pergi bertemu dengan ayah di istananya", ucap Lin Feilu.

Sebaik sahaja tiba di istana Yangxin, pembantu yang bertugas disana menyapanya dengan ramah.

Melangkah masuk kedalam ruangan rehat, Lin Di dan Lin Ting sedang rancak berbual diantara satu sama lain.

"Ayah!"

"Xiaowu ayah yang comel akhirnya kembali", balas Lin Di sambil tersenyum lebar.

Lin Feilu segera berlari lalu memeluk ayahnya dengan erat, "dalam masa setahun, nampaknya Xiaowu sudah menjadi seorang gadis dewasa manakala ayah semakin tua".

"Ayah belum lagi tua tapi sedang berada di puncak kehidupan!"

"Xiaowu selalu membuat ayah terhibur dengan mulut manisnya. Ayah merancang untuk memberikan kamu kediaman diluar istana setelah musim bunga berakhir dan Xiaowu boleh berpindah kesana selepas sambutan hari lahir kamu nanti".

"Menurut ayah, adik keempat sangat sibuk menguruskan bakal kediaman baru kamu nanti", tambah Lin Ting pula.

Pada tahun lalu, Lin Jingyuan telah dinaikkan gelarnya menjadi Raja Jing dan dia juga sudah mempunyai kediaman sendiri di luar istana. Lin Jingyuan bakal dijodohkan dengan anak gadis kepada Menteri Kriminal yang bernama Tingyun.

Bakal ayah mertua kepada Lin Jingyuan merupakan menteri penting bagi kerajaan Dalin.

"Kalau begitu, nanti saya akan pergi bertemu dengan abang Jingyuan dan mengucapkan terima kasih kepadanya".

Selepas itu, Lin Feilu memberikan buku himpunan kejahatan yang telah ia tulis sepanjang pengembaraan mereka kepada Lin Di agar ayahnya dapat menegakkan keadilan kepada orang orang yang telah teraniaya.

Selepas mereka bertemu dengan Putera Pingyu pada tahun lalu, Lin Ting telah mengirimkan sepucuk surat kepada ayahnya berkaitan dengan salah laku yang telah dilakukan oleh pakcik kesembilan mereka itu.

Kemudian Lin Di telah mengarahkan satu penyiasatan yang menyeluruh untuk dilakukan dan ternyata apa yang dikatakan oleh Lin Ting semuanya adalah benar. Hasil siasatan mendapati bahawa Putera Pingyu memiliki kolam wine dan beratus orang gundik yang sebelum ini telah diculik secara paksa olehnya. Selain berlaku kejam dan zalim, Putera Pingyu turut menggelapkan hasil cukai dibandar Jinling.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now