Chapter 69

78 8 1
                                    


Setelah setengah bulan berlalu, barulah kehilangan Putera Tawanan diketahui.

Keberadaan Song Jinglan sebenarnya tidak terlalu diperhatikan oleh orang orang istana Dalin, disebabkan itulah mereka langsung tidak menyedari ketiadaannya.

Mei Yan selaku penghuni istana Leng akan diberikan makanan sebanyak tiga kali sehari. Oleh itu, kematiannya dapat diketahui hanya dalam masa beberapa jam sahaja. Berbeza dengan Song Jinglan yang harus bergantung dengan usahanya sendiri untuk mendapatkan makanan.

Cuizhuju dan penghuninya benar benar telah dilupakan!

Dikatakan bahawa seorang gundik yang baru menyertai istana bermain bersama kucingnya berhampiran Cuizhuju. Tanpa sengaja kucing itu telah berlari masuk kedalam lalu gundik tersebut mengarahkan pembantunya untuk mengetuk pintu kediaman Song Jinglan. Namun setelah beberapa waktu, penghuni Cuizhuju langsung tidak membuka pintu.

Pembantu gundik baru itu merasa tidak puas hati lalu dengan perasaan marah dia bersama dengan beberapa orang merosakkan pintu tersebut.  Namun sebaik melangkah masuk kedalam Cuizhuju, mereka merasa terkejut melihat keadaan dalaman ruangan yang dipenuhi dengan debu. Jelas dan nyata bahawa penghuninya telah lama menghilangkan diri.

Dengan segera, gundik itu melaporkan perkara ini kepada Permaisuri dan Permaisuri melaporkan pula kepada Raja.

Jika bukan kerana seekor kucing, mungkin buat selama lamanya tiada siapa yang akan menyedari kehilangan Song Jinglan.

Sebaik mengetahui perkara ini, Lin Di merasa sangat marah lalu mengarahkan pasukannya untuk menjejaki kembali Putera Tawanan itu diseluruh negara. Perlakuan Song Jinglan yang telah menyelinap keluar tanpa diketahui oleh orang ramai telah menconteng arang kepada kedaulatan Dalin.

Namun setengah bulan sudah berlalu, pastinya Song Jinglan telah pun selamat sampai ke kerajaan Song tanpa menghadapi sebarang masalah.

Memandangkan pencarian Lin Di tidak membuahkan sebarang hasil, maka baginda telah menghantar seorang wakil untuk meminta penjelasan kerajaan Song sekaligus mahukan mereka menghantar Song Jinglan semula.

Namun pada kali ini, kerajaan Song yang selalunya gentar terhadap Dalin dengan lantang membalas bahawa Putera Ketujuh iaitu Song Jinglan harus menjaga ayahnya yang sedang sakit tenat. Disebabkan itu, dia tidak boleh kembali semula ke Dalin kerana harus menunjukkan ketaatannya sebagai seorang anak!

Maka Lin Di sebagai Raja yang selalu memberikan gambaran sebagai Raja yang menghormati nenek moyang tidak boleh bersikap kejam untuk, memaksa Song Jinglan balik ke Dalin semula.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Song hanya memberikan beberapa jenis barangan yang berharga sebagai permohonan maaf dan rasa terima kasih mereka kerana Lin Di memahami situasi yang berlaku disana.

Lin Feilu yang mendengar berita itu agak terkejut kerana tidak menyangka bahawa status Song Jinglan setelah kembali ke kerajaan Song semakin meningkat walaupun telah lama menjadi Putera Tawanan di Dalin. Dia merasa lega kerana mengetahui bahawa Song Jinglan berada dalam keadaan yang baik.

Setelah beberapa waktu berlalu, beredar khabar angin yang menyatakan bahawa pernikahan Putera Mahkota dan Si Mioaran telah membawa nasib malang kepada kerajaan Dalin kerana tarikh kelahiran mereka berdua saling bertentangan diantara satu sama lain.

Ianya diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian buruk berlaku di istana seperti seorang gundik yang baru sahaja disahkan mengandung telah mengalami keguguran dengan tiba tiba setelah bertemu dengan Si Mioaran. Malah seorang sida istana yang selama ini terkenal dengan perilaku yang baik, tanpa sebab yang diketahui telah hilang kawalan diri dan menyerang orang lain dengan ganas. Akibatnya sida itu telah dipukul sehingga mati!

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now