Chapter 37

99 6 0
                                    

Pada waktu tengah hari seluruh warga kediaman diraja itu mengetahui bahawa Mei Guifei telah membuat baginda murka. Mengakibatkan dia dihalau keluar dari kolam air panas. Malah semasa Raja kembali semula ke dewan Zhonghe, wajahnya masam mencuka.

Walau bagaimanapun, Lin Di masih menjaga imej Mei Fei kerana tidak mendedahkan perkara yang sebenarnya.

Mustahil pula Mei Fei akan mendedahkan perkara yang menjatuhkan imejnya itu. Sebaik sahaja kembali ke tempatnya, Mei Fei menangis dengan sepenuh hati apabila mengenangkan kakinya yang berbau busuk!

Selama tujuh tahun dia tinggal di istana, Mei Fei adalah wanita yang sangat mementingkan kecantikan serta imej dirinya.

Melihat wajah cuak Raja ketika insiden itu berlaku, Mei Fei tahu amat sukar baginya untuk memulihkan semula imej dirinya seperti sedia kala.

Tindakan tersebut adalah tindakan yang paling kejam!

Kini dia bukannya wanita yang sempurna di mata Raja, membuatkan Mei Fei semakin merasa sedih.

Para pembantunya tidak mengetahui punca sebenar yang membuatkan Raja murka kepada Mei Fei lalu cuba menghiburnya seperti biasa tapi Mei Fei menghalau mereka semua keluar kerana mahu menenangkan diri.

Namun Mei Fei adalah seorang wanita yang tangguh, dia dapat bertahan hidup di istana yang penuh dengan tipu helah bukan hanya bergantung kepada rupa paras yang cantik tetapi juga berdasarkan kecerdikan pemikirannya.

Setelah menangis dengan sepuas hati, dia mula meragui perkara itu dan merasakan bahawa dirinya adalah mangsa jebakan orang lain.

Selama ini, dia sentiasa menjaga penampilan diri dengan baik dari hujung kaki ke hujung rambut, mustahil perkara memalukan itu boleh berlaku. Nama 'Mei' adalah nama pemberian Raja kepadanya setelah bagainda tertarik dengan kecantikan Mei Fei sewaktu dia mempersembahkan tarian khas buat baginda.

Menurut Raja, Mei Fei mempunyai wajah yang jauh lebih cantik daripada bunga Mei yang berada di taman istana. Tidak mungkin, dia akan merosakkan imejnya sendiri dengan tidak menjaga kebersihan kakinya.

Sebaik sahaja selesai menenangkan diri, Mei Fei mengarahkan pembantunya untuk menyiapkan air hangat kerana dia mahu membersihkan diri tapi ketika ini bau tersebut telah tiada.

Lalu dengan segera dia memeriksa kasut yang dipakainya tadi dan mendapati didalam kasut dan dibawah sarung kaki miliknya terdapat serpihan serbuk yang berwarna biru.

Tanpa membuang masa Mei Fei meletakkan kasut dan sarung kaki miliknya itu didalam air hangat dan serta merta dia dapat menghidu bau yang amat busuk sama seperti ketika dia bersama Raja pada waktu pagi tadi.

Dengan itu, Mei Fei dapat memastikan insiden yang berlaku adalah hasil jebakan mereka yang iri terhadapnya.

Orang tersebut tersangat kejam malah menurut Mei Fei lebih kejam daripada dirinya sendiri.

Perkara yang paling membuatkan Mei Fei merasa kesal ialah dia tidak dapat membersihkan namanya lagi kerana besar kemungkinan Raja tidak akan mempercayainya kerana dia tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh. Malah mungkin Raja akan menganggap dia hanya mereka cerita untuk memulihkan semula imejnya yang telah tercemar.

Namun siapakah dalang disebalik semua ini?

Diantara para gundik yang mengikuti percutian kali ini selain Xi Guifei kesemua mereka bukan tandingannya. Lagi pula helah ini memerlukan seseorang itu berada dekat dengannya.

Setelah berfikir selama beberapa waktu Mei Fei teringat, sewaktu dia dan Raja sedang tidur petang. Puteri Kelima ada datang berkunjung ke situ untuk bertemu dengan Raja.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now