Chapter 49

96 8 0
                                    

Sebaik sahaja sambutan ulang tahun Puteri Kelima selesai, Dalin kini sedang bersiap sedia untuk menyambut kedatangan musim panas.

Oleh kerana sejak kebelakangan ini, Raja sangat sibuk dengan urusan kerajaan maka dia tidak mempunyai waktu yang banyak untuk pergi ke harem. Namun Peng Man melaporkan kepadanya bahawa sejak beberapa waktu yang lalu, Maharani memanggil para doktor untuk mengunjungi istananya.

Sebaik sahaja mendengar laporan tersebut, Raja segera meluangkan waktunya untuk melawat Maharani.

Namun semasa tiba disana, Lin Di terkejut kerana mendapati anak keenamnya juga turut berada disitu.

Kini sikap Lin Di terhadap Lin Zhanyuan sudah tidak seperti dahulu lagi. Walau tidak menyukainya tapi sekarang beliau sudah tidak membenci anaknya itu.

Lin Di memerhatikan ibunya memandang Xiaoliu yang sedang bermain bersama seekor anak anjing dengan penuh kasih sayang.

"Yuan'er, kemari sayang. Minum teh dahulu".

Mendengar panggilan daripada nendanya, Lin Zhanyuan segera berlari mendapatkan Maharani namun sebaik sahaja melihat kehadiran ayahnya disitu, dia menjadi gugup tapi tetap memberikan salam hormat seperti pesanan adiknya sebelun ini.

"Mengapa kamu datang kesini?" soal Maharani kepada Lin Di.

"Saya datang kesini kerana ingin bertemu dengan ibu".

"Ibu merasa nyaman sekali kerana setiap hari diemani oleh Yuan'er".

"Selama ini, saya tidak mengetahui bahawa ibu sangat dekat dengan Xiaoliu. Tapi beberapa hari kebelakangan ini, saya mendengar ibu memanggil beberapa orang doktor untuk datang kesini".

Maharani tersenyum mendengar kata kata anaknya itu.

Kemudian dengan penuh kasih sayang, Maharani menyeka peluh yang terdapat didahi Lin Zhanyuan lalu menyuruhnya untuk bermain semula bersama Sheng'er.

Tanpa berfikir panjang, Lin Zhanyuan segera patuh dengan arahan tersebut lantas berlari untuk mencari anak anjingnya.

"Ibu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Ibu memanggil beberapa orang doktor datang kesini, kerana ingin bertanyakan sesuatu kepada mereka".

"Huh?"

"Semasa melihat Yuan'er, ibu mengingati tentang ayah awak. Baginda memiliki ramai isteri namun tidak banyak yang dapat melahirkan zuriat buatnya, jika ada pun kesemua mereka akan melahirkan bayi pramatang dan akhirnya meninggal dunia atau pun mengalami keguguran. Dengan perhatian yang sangat teliti, kamu dapat membesar dengan sihat".

Lin Di sangat sedia maklum tentang perkara tersebut, disebabkan itulah dia lebih menyukai wanita yang baik, lemah lembut dan bijak.

"Ibu tidak perlu merasa khuatir dan tidak perlu untuk mengenang perkara silam. Lagi pula saya memiliki ramai anak dan yakin dengan keharmonian harem saya".

"Jika Lan Guiren tidak melahirkan Yuan'er secara pramatang tentu ketika ini dia akan membesar menjadi seorang putera yang tampan dan juga bijak".

Lin Di hanya tersenyum tipis mendengar kata kata ibunya.

"Ketika Lan Guiren mengandungkan Yuan'er, dia tidak menghadapi sebarang masalah. Lihat Puteri Kelima yang dilahirkan mengikut waktu yang tepat, dia membesar menjadi seorang kanak kanak yang cerdas dan bijak".

Lin Di memahami maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh Maharani. "Maksud ibu, seseorang telah menyebabkan Lan Guiren melahirkan bayi pramatang sekaligus menjadikannya anak yang bodoh".

"Ibu hanya mencurigai, sebab itulah ibu memanggil para doktor tersebut untuk bertanyakan soalan kepada mereka".

"Apa yang ibu dapat?"

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now