Chapter 11

116 10 0
                                    

Lin Zhanyuan sangat menyukai arnab pemberian Lin Feilu itu. Dia mempunyai pemikiran rendah seperti kanak kanak yang berumur dibawah dua tahun. Oleh sebab itu, dia tidak pernah berkawan dengan orang lain selain adiknya sendiri, dia merasa sangat gembira kerana kini mempunyai teman yang boleh melompat sepanjang masa bersama sama dengannya.

Disebabkan arnab tersebut dijaga rapi oleh Lin Zhanyuan dan sering diberi makan maka dalam sekejap sahaja ia menjadi gemuk. Semasa Lin Ting datang melawat arnabnya dia merasa gembira kerana walaupun arnab tersebut sudah tidak berada di sampingnya lagi tetapi dia tahu ia hidup dengan bahagia di istana Mingyue.

Musim luruh berlalu pergi dan digantikan dengan musim sejuk. Selalunya istana mereka hanya mendapat bekalan arang yang sedikit tapi kini situasi itu mula berubah. Bahagian hal ehwal dalaman istana juga membekalkan mereka dengan pelbagai lagi jenis barangan yang boleh digunakan untuk mengharungi cuaca yang dingin.

Apa yang diterima oleh mereka adalah kurniaan daripda ibu Lin Jingyuan kerana beliau merasa gembira kerana anaknya bukan sahaja berjaya menghafal malah memahami setiap isi buku yang diberikan oleh Lin Feilu sebelum ini. Malah ketika Lin Di datang untuk memeriksa hasil pembelajaran Putera Keempat itu, Raja tersebut tidak berhenti memuji Gundik Xian yang berjaya membentuk anaknya menjadi seorang yang terpelajar.

Gundik Xian memberikan pelbagai jenis hadiah ke istana Mingyue antaranya bahan makanan, buah buahan, tonik kesihatan dan pelbagai jenis lagi. Berikutan itu, wajah Xiao Lan yang selalunya kelihatan pucat tidak berseri kini semakin cantik.

Malah Lin Feilu juga tidak ketinggalan daripada mendapat faedahnya, kini mereka tidak kekurangan bahan makanan lagi, mengakibatkan dia dapat menikmati pelbagai jenis hidangan dan berhasil menaikkan berat badannya. Wajahnya kelihatan semakin comel dengan pipi montel yang seputih salju.

Walaupun kini musim sejuk sedang melanda namun aktiviti Lin Feilu yang suka berjalan di luar dengan harapan dapat bertemu dengan anak ayahnya yang lain masih berterusan.

Lin Nianzhi merasa sangat kesal, dia telah berjalan seharian namun masih tidak berhasil untuk melakukan apa yang ia rancang sebelum ini.
Pada mulanya, dia menghantar seseorang untuk mengintai setiap gerak geri Lin Feilu pada hari itu dan mendapati bahawa Puteri Kelima sedang pergi ke astaka Gaofeng lalu dia bersama anak anak buahnya segera menyusul kesana tetapi sebaik sahaja tiba di astaka Gaofeng, Lin Feilu telah beralih pula ke astaka Yujinting.

Dia merasakan pada hari tersebut seolah olah sedang bermain  permainan kucing mengejar tikus. Apa yang paling dikesalkan, adiknya ini langsung tidak merasa penat dan boleh pula pergi dari satu astaka ke astaka yang lain.

Lin Nianzhi yakin bahawa Lin Feilu tahu mereka sedang mengikutinya dan sengaja melakukan semua ini untuk mengelak bertemu dengannya. "Puteri Sulung, Puteri Kelima kini sedang berada di astaka Changxi dan sedang memberi makan ikan di sungai yang berada di sana".

Tanpa membuang masa Lin Nianzi
bersama dengan anak anak buahnya segera menuju ke astaka Changxi. Astaka Changxi merupakan satu satunya di istana yang mempunyai sungai berserta air terjun semula jadi.

Tempat itu sangat indah dan mempunyai udara yang cukup menyegarkan. Kawasan sungai tersebut mempunyai pelbagai jenis ikan, hal itulah membuatkan Lin Feilu tertarik untuk pergi kesana dan memberikan ikan ikan itu makan bubur yang dimasak oleh ibunya.

Perlahan lahan Lin Nianzhi mendekati Lin Feilu yang sedang khusyuk memberi ikan makan, "siapa yang berada disana? melihat saya Puteri Sulung berada disini tetapi tetap angkuh langsung tidak memberikan salam hormat?"

Lin Feilu perlahan lahan memalingkan tubuhnya untuk melihat orang yang sedang bercakap itu. Melalui penelitiannya, dia mengetahui bahawa kedatangan Puteri Sulung tersebut tidak mempunyai niat yang baik.

Puteri Sulung merupakan anak kepada Gundik Hui dan Gundik Hui pula adalah musuh terbesar ibu Lin Jingyuan.

Ketika ini, Lin Nianzhi merasa menyesal kerana telah datang ke tempat ini, cuacanya sangat sejuk sehingga mencengkam ke tulang. Namun dia sama sekali tidak menyangka bahawa Lin Feilu bukanya memberikan salam hormat tetapi berani menghampiri dirinya dengan perlahan lahan malah matanya langsung menatap wajah Lin Nianzhi tanpa berkedip.

"Adakah awak seorang puteri?"

"Ya", balas Lin Nianzhi  dengan angkuh.

"Awak sangat cantik".

Lin Nianzhi tergamam mendengar  pujian dari Puteri Kelima, dia sama sekali tidak menyangka bahawa Lin Feilu langsung tidak merasakan bahawa kedatangannya itu membawa niat yang tidak baik.

Lin Feilu terus menatap wajah Lin Nianzhi membuatkan Puteri Sulung tersebut tersipu malu. Pada ketika ini segala rasa marah dan kesalnya terhadap adik kelimanya ini segera menghilang. "Apa awak buat disini? sekarangkan musim sejuk, awak tidak takut jatuh sakit?"

"Ohh..saya datang untuk memberikan ikan ikan disini makanan kerana saya bimbang mereka akan mati jika tidak dapat mencari makanan akibat kedinginan".

Lin Nianzhi merasakan bahawa Puteri Kelima seorang kanak kanak yang pelik. Apa yang diketahui olehnya, adiknya ini mempunyai seorang abang yang bodoh, mungkin kebodohan itu telah berjangkit pula kepada Lin Feilu.

Menurut perancangan asalnya, dia mahu mencari kesalahan Puteri Kelima lalu menghukumnya dengan menghidangkan teh kemudian dia akan memerintahkan Lin Feilu untuk menjadi bahawannya buat beberapa waktu namun kini semua itu tidak akan dia lakukan lagi memandangkan cuaca yang amat sejuk.

Jika dia teruskan juga kemungkinan besar dia akan jatuh sakit terlebih dahulu sebelum tehnya sempat dihidangkan.

Oleh itu, Lin Nianzhi mengambil keputusan untuk kembali semula ke istananya namun belum sempat dia berlalu pergi, dia telah bersin dan Lin Feilu menatapnya dengan pandangan kerisauan yang bukan dibuat buat.

"Kakak ini untuk awak", ucap Lin Feilu sambil mengeluarkan sebuah pemanas tangan yang berada didalam mantelnya.

Pemanas tangan itu merupakan model lama yang sudah tidak diguna pakai oleh kerabat diraja namun pemberian itu dapat menghangatkan tangannya daripada menjadi beku. Dia merasa sangat selesa!

Sebelum berpisah Lin Feilu tersenyum manis kepadanya sambil mengucapkan selamat tinggal.

Dan tanpa disedari olehnya, Lin Nianzhi juga turut tersenyum kerana merasa senang dengan pertemuan mereka itu. Puteri Kelima bukan sahaja merupakan seorang kanak kanak yang pelik tetapi sangat comel dan menyenangkan hati.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now