Chapter 95

65 7 0
                                    


"Awak gigit bibir saya!"

"Maafkan saya".

"Song Jinglan, saya tidak membenarkan awak mencium saya lagi sehingga kita bernikah secara rasmi".

"Itu hanyalah latihan sahaja, tolong
jangan berkecil hati".

"Huh?"

Akhirnya boleh dikatakan hampir setiap hari, Song Jinglan akan menjalani latihan yang dinyatakannya itu.

Pada awal musim panas, rombongan mereka tiba di bandar Lincheng. Rakyat jelata kerajaan Song, berhimpun di sepanjang perjalanan semata mata mahu melihat wajah Puteri Yong'an dari Dalin namun hajat mereka semua tidak kesampaian kerana Song Jinglan menutup kesemua tingkap dan pintu kereta kuda dengan rapat.

Lin Feilu ditempatkan di sebuah istana yang telah lama disiapkan oleh Song Jinglan.

Aturan Dalin menyatakan bahawa kereta kuda tidak dibenarkan untuk digunakan didalam istana tapi kini walaupun sudah berada didalam istana, Lin Feilu masih lagi menaiki kereta kuda tersebut. Dia tidak mengetahui sama ada aturan kerajaan Song berbeza dengan Dalin ataupun Song Jinglan sengaja memanjakan dirinya.

Sebaik sahaja tiba di istana baru miliknya, Lin Feilu disambut oleh empat orang pembantu istana yang telah disediakan khas untuknya.

Mereka menyambutnya dengan penuh hormat dan tertib.

Memandangkan dia belum lagi bernikah secara sah maka mereka semua masih menggunakan gelaran lamanya iaitu Yang Mulia Puteri Yong'an.

"Song Jinglan, jika awak terus berada disisi saya maka saya risau kesemua pembantu yang kamu sediakan ini akan terus ketakutan sepanjang masa".

"Jangan bergurau, mari kita turun", ajak Song Jinglan kepada Lin Feilu.

Tepat seperti jangkaannya, sebaik sahaja mengetahui kewujudan Song Jinglan disisinya. Kesemua pembantu ketakutan dan tidak berani mengangkat wajah mereka membuatkan Lin Feilu menjeling geram kearah pemuda itu.

"Mari kita berjalan didalam, saya mahu mengetahui apakah kamu sukakannya atau pun tidak?"

Istana itu dinamakan sempena namanya iaitu 'Istana Yong'an' membuatkan Lin Feilu tersenyum senang.

Tetapi setelah berada dihalaman istana tersebut, Lin Feilu mendapati susun atur luarnya sama seperti istana Mingyue, tempat dia membesar bersama ibu dan abangnya di Dalin.

Daripada rumput kecil, jenis pokok, taman bunga dan taman haiwan, kesemuanya sama persis, langsung tidak berbeza. Seolah olah kini, dia sedang berada di istana Dalin dan bukannya di kerajaan Song.

Mungkin yang membezakannya hanyalah tempat ini kelihatan masih baru maka ia terlihat lebih cantik daripada istana Mingyue.

"Apakah kamu menyukainya?"

"Bila awak bina istana ini?"

"Tahun pertama ketika saya menaiki takhta".

"Ketika itu, awak sememangnya sudah merancang untuk berkhawin dengan saya?"

"Ya, dari dahulu lagi saya memang mahu berkhawin dengan kamu".

Pengakuan Song Jinglan membuatkan Lin Feilu tersipu malu.

Namun setelah berada didalam dewan utama istana tersebut ia jelas berbeza dengan istana Mingyue milik ibunya. Istana ini sangat besar dan anggun sesuai dengan gelar Permaisuri yang akan disandangnya kelak. Malah ia juga mempunyai seni bina istana Song yang megah.

Setelah beberapa lama, Lin Feilu menyuruh Song Jinglan untuk kembali semula ke istananya bagi menguruskan masalah negara yang telah tertangguh selepas kepergiannya.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now