Chapter 45

90 7 2
                                    

Rasa bersalah Lin Di semakin bertambah setelah mendengar permintaan Xiaowu yang memohon kepadanya supaya tidak membenci abangnya.

Lin Zhanyuan yang melihat adiknya  menangis segera menghampirinya lalu dia menyangka Lin Di telah memarahi Xiaowu, "kamu jangan cuba membuli adik saya!"

Lin Di menatap mata Putera Keenam yang jernih, diantara putera puteranya, Lin Zhanyuan sahaja yang memiliki mata yang memukau namun mata menawan itu kini sedang berubah menjadi warna merah kerana sedang menahan tangisnya dari keluar.

Lin Di tersenyum lalu merangkul  mereka berdua didalam pelukannya.

"Tuanku, maafkan saya kerana gagal mendidik mereka untuk menjadi anak yang baik", ucap Xiao Lan.

"Kamu sebenarnya mendidik mereka berdua dengan sangat baik".

Melihat ayahnya juga memeluk Lin Zhanyuan, Xiaowu memandang hairan lalu bertanya kepada Lin Di, "bukankah selama ini, ayah membenci abang saya?"

"Mungkin Xiaoliu agak berbeza daripada kanak kanak yang lain tapi ayah sama sekali tidak membencinya", jawab Lin Di sambil terbatuk kecil kerana cuba menutup rasa bersalahnya.

"Ayah, adalah ayah yang paling terbaik di dunia ini!"

Ketika ini, Lin Di merasa dia adalah ayah dan suami yang paling bahagia didunia, apatah lagi setelah melihat Xiao Lan tersenyum manis kearahnya.

"Saya telah mengabaikan awak dan mereka berdua selama ini".

"Saya tidak pernah menyalahkan tuanku tapi sebenarnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya menjalani hidup yang sederhana namun bahagia kerana adanya mereka berdua sebagai peneman".

Lin Di merasa lega kerana melihat wajah Xiao Lan yang langsung tidak menunjukkan sebarang rasa marah dan tidak puas hati terhadap pengabaiannya selama ini.

Suasana mereka berempat saat ini kelihatan sangat harmoni. Tiba tiba Lin Di teringat akan empat orang orang salji yang dibuat oleh Xiaowu semasa pertemuan pertama mereka dahulu.

Lin Di mempunyai anak yang ramai namun buat pertama kalinya dia merasakan suasana keluarga yang hangat. Kerana ketika berada di istana gundiknya yang lain, mereka sentiasa menjaga tata tertib dan juga pertuturan masing masing.

Disini, dia tidak menjadi orang yang paling sunyi kerana adanya mereka bertiga. Kelembutan Xiao Lan serta kepolosan Xiaoliu dan juga Xiaowu membuat dia merasa damai.

Hari ini, Lin Di bermain catur sekali lagi bersama Lin Feilu setelah tidak bermain dengannya semenjak kembali dari percutian tempoh hari.  Permainan puteri kecilnya ini telah meningkat dengan gayanya yang tersendiri.

"Seingat beta, kamu hebat bermain catur", ujar Lin Di kepada Xiao Lan.

"Saya hanya pandai bermain sedikit sahaja".

"Kalau begitu, mari kita bermain bersama sama".

Lalu Lin Feilu memberikan tempat duduknya kepada Xiao Lan untuk menggantikannya bermain catur.

Lan Guiren sememangnya seorang wanita yang berbakat, dia hebat bermain catur malah kemajuan permainan Xiaowu adalah hasil tunjuk ajar daripadanya, jika Lin Di tidak berhati hati tentu dia dapat dikalahkan dengan mudah.

Bermain catur barsama Xiao Lan jauh lebih seronok dan mencabar daripada bermain catur bersama dengan Mei Yan sebelum ini.

"Mari kita bermain satu pusingan lagi", ajak Lin Di.

"Apakah tuanku akan makan malam disini?"

"Sudah tentu".

"Kalau begitu, saya tidak boleh menemankan tuanku untuk bermain catur lagi kerana harus menyediakan makanan".

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now