Chapter 10

117 10 0
                                    

Lin Feilu tertegun ketika mendengar penjelasan kanak kanak lelaki tersebut. Dia merasa kasihan dengannya namun cuba belagak tenang.

Arnab itu berwarna putih bersih  dengan bulu yang sangat gebu. "Kenapa ibu awak mahu membunuh arnab comel ni?"

"Adakah dia alergik terhadap bulunya?'

Kanak kanak itu pun menggelengkan kepalanya sebaik mendengar soalan Lin Feilu. "Sebenarnya arnab ini adalah hadiah hari jadi pemberian ibu saya dan saya telah memeliharanya selama tiga tahun".

Lin Feilu tidak menyangka akan ada ibu seperti itu yang wujud didalam dunia ini. "Ibu cakap hanya orang yang lemah sahaja mempunyai sifat belas kasihan, orang yang kuat harus bersikap teguh kerana rasa sayang adalah merupakan kesilapan yang paling besar untuk orang yang ingin berjaya".

Nampaknya ibu kanak kanak ini merupakan salah seorang yang akan memperjuangkan takhta suatu hari nanti. Namun tanpa disangka dia telah mendidik anaknya dengan cara yang salah.

Melalui Lin Jingyuan, Lin Feilu mengetahui bahawa mereka mempunyai tiga orang abang lagi. Putera Sulung bernama Lin Ting dan merupakan anak kepada Ruan Guifei manakala Putera Kedua pula bernama Lin Jiwen anak Gundik Shu dan Putera Ketiga pula merupakan anak Permaisuri sekaligus Putera Mahkota yang bernama Lin Qing.

Ketiga tiga mereka mempunyai umur yang sama iaitu diantara sebelas dan dua belas tahun, tapi dia tidak dapat mengagak kanak kanak yang berada dihadapannya pada ketika ini adalah abangnya yang keberapa.

Berdasarkan kesimpulan yang dibuat olehnya, Lin Feilu yakin bahawa dia adalah Putera Ketiga anak daripada Permaisuri.

Ibunya terpaksa melakukan ini semua untuk menjamin takhta mereka di masa hadapan tidak akan dirampas oleh sesiapun. Tentu Permaisuri beranggapan bahawa anaknya berhati lembut, tidak pantas untuk menjadi seorang Raja yang berwibawa maka dia terpaksa melenturnya semula.

"Janganlah menangis, saya akan fikirkan cara yang baik untuk menyelesaikan masalah ini".

Kanak kanak itu memandang Lin Feilu dengan harapan yang sangat tinggi.

"Awak berikan saya arnab ini dan saya akan menjaganya di tempat saya. Kalau awak rindukannya, kamu boleh datang menjenguknya bila bila masa sahaja".

" Tapi ibu mahu saya membawa bangkai arnab ini setelah saya membunuhnya. Jika dia bertanya nanti, apa yang harus saya lakukan?"

Lin Feilu tergamam sekali lagi kerana tidak menyangka Permaisuri akan bertindak sekejam ini terhadap anaknya sendiri.

"Jika ibu awak bertanya nanti, katakan kepadanya bahawa kamu tidak sanggup membunuh arnab yang telah awak pelihara selama tiga tahun jadi awak lepaskannya untuk bertahan hidup sendiri. Seekor arnab yang dibesarkan dengan penuh perhatian pasti tidak dapat bertahan hidup sekiranya berada diluar. Malah saya rasa jika awak membawa bangkai arnab untuk dibawa balik pasti akan menimbulkan kecurigaan kerana seorang ibu sangat memahami anaknnya sendiri!"

Mendengar penjelasan Lin Feilu, kanak kanak lelaki itu lantas tersenyum lebar.

Lin Feilu sangat menyukainya kerana dia bukan sahaja seorang budak yang tampan tetapi sangat lembut dan baik hati malangnya harus lahir dari rahim wanita yang berhati dingin.

"Sudah, jangan bersedih lagi. Masalah awak sudah berjaya kita selesaikan. Di masa hadapan tentu kamu akan menghadapi cabaran yang lebih besar daripada ini. Jangan lupa untuk datang bertemu saya nanti kerana kita akan menyelesaikannya bersama sama".

Sambil tersenyum Lin Feilu menyerahkan buah jujube yang dikutip olehnya sebelum ini kepada kanak kanak itu. "Sekarang saya mengajak awak makan buah ini bersama sama dengan saya!"

Sambil tersenyum kanak kanak itu tanpa segan mengambil buah tersebut  dari tangan Lin Feilu, "bermula dari hari ini saya terpaksa menyusahkan awak untuk memelihara arnab saya".

Sambil memukul dadanya, Lin Feilu berkata dengan yakin bahawa dia akan menjaga arnab itu dengan baik.

"Awak berasal dari istana mana?"

"Saya tinggal di istana Mingyue".

"Istana Mingyue? awak adalah Puteri Kelima?", soalnya dengan nada yang terkejut.

"Ya, tepat sekali".

"Kenapa apa yang dikatakan oleh orang lain berbeza dengan diri awak yang sebenarnya?"

"Apa??"

"Kalau awak tidak faham apa yang saya katakan tidak mengapa. Tolong jagakan arnab saya dan saya akan menjenguk awak dan arnab ini nanti di istana Mingyue", ucapnya sebelum berlalu pergi dari situ meninggalkan Lin Feilu.

Tidak lama kemudian, Lin Feilu pun turut pergi dari situ dan pulang semula ke istana Mingyue dengan senang hati.

"Abang, lihat apa yang saya bawa balik?"

Lin Zhanyuan menatap arnab itu dengan pandangan ingin tahu dan cuba memegangnya dengan perlahan kerana takut makhluk comel itu akan menggigitnya.

"Abang jangan takut, ini adalah arnab. Bulunya berwarna putih dan sangat gebu, ia tidak berbahaya kerana hanya memakan lobak dan sayur sayuran sahaja".

Sebaik sahaja memegang arnab tersebut dan memastikannya tidak berbahaya, tumpuan Lin Zhanyuan hanya terarah kepada arnab itu sahaja malah dia langsung lupa akan pesanannya sebelum ini.

"Ibu, adakah ibu pernah bertemu dengan Permaisuri?"

"Ibu pernah bertemu dengannya beberapa tahun yang lalu. Dia seorang wanita yang lembut dan cantik", jawab Xiao Lan yang sibuk menyiapkan kandang untuk meletakkan arnab itu.

"Walaupun cantik tentu Permaisuri seorang wanita yang garang kerana  berjaya membuat para gundik tunduk  hormat kepadanya".

Xiao Lan segera menutup mulut Lin Feilu setelah mendengar ucapannya. "Kamu tidak boleh berkata dengan sesuka hati kerana ia merupakan satu kesalahan yang besar apatah lagi Permaisuri sangat terkenal dengan kerajinannya berdoa kepada buddha. Selama ini, dia melayan para gundik dengan baik dan saksama, lagi pula dia dibantu oleh dua orang gundik untuk menguruskan masalah yang berlaku didalam harem istana".

Lin Feilu mengangukkan kepalanya tanda memahami penjelasan ibunya itu. Jika Permaisuri bersikap seperti yang dinyatakan oleh ibunya maka tentu dia tidak akan memaksa anaknya untuk membunuh haiwan yang telah dipelihara semenjak tiga tahun lalu.

Tapi jika bukan Permaisuri, siapa lagi yang menginginkan takhta kerajaan?

Permaisuri berasal dari keluarga besar dan sangat berpengaruh. Ayahnya bernama Du Lao merupakan seorang Taifu iaitu guru sekaligus bergelar ketua pendidik di istana. Dia mempunyai sekurang kurangnya tiga ribu orang murid termasuk Lin Di iaitu ayah kepada Lin Feilu.

Kedudukan Permaisuri sangat stabil, mempunyai seorang anak lelaki yang terkenal dengan kebijaksanaannya, mustahil ayah mereka mahu melucutkannya dari gelaran Putera Mahkota.

Setelah memikirkan beberapa waktu, Lin Feilu memutuskan bahawa kanak kanak yang ditemuinya tadi adalah Putera Sulung iaitu anak kepada Ruan Guifei. Sebelum ini Xu Cairen bergantung kepada gundik tersebut untuk bertingkah angkuh dan sombong di istana.

Di istana sekarang ini, terdapat dua orang yang menyandang gelaran gundik tertinggi iaitu Ruan Guifei dan juga Xi Guifei. Ruan Guifei adalah anak kepada Perdana Menteri manakala Xi Guifei pula merupakan adik kepada jeneral Zhenbei yang sangat terkenal dengan ketegasannya kerana mungkin disebabkan ia berasal dari keluarga ketenteraan.

Apa yang membezakan diantara kedua mereka Ruan Guifei memiliki anak iaitu Putera Sulung sedangkan Xi Guifei langsung tidak memiliki sebarang zuriat. 

Putera Sulung merupakan anak daripada seorang gundik manakala Putera Ketiga pula anak Permaisuri sekaligus bergelar sebagai Putera Mahkota.

Ruan Guifei terkenal dengan keangkuhannya dan sikapnya yang berterus terang. Disebabkan itu, Raja menyukainya kerana dia merupakan seorang yang mudah dibaca dan tidak suka bermain helah namun menurut Lin Feilu apa yang ditunjukkan oleh Ruan Guifei hanyalah topeng dan dia adalah seorang wanita yang sangat licik!

Istana merupakan tempat yang megah namun tidak disangka terlalu banyak pelakon hebat yang menghuninya!

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now