Chapter 78

72 8 0
                                    


Kumpulan Lin Feilu harus kembali semula ke penginapan untuk mengambil barangan mereka yang masih berada disana.

Yan Xin pula merupakan seorang  gadis yang tidak cerewet dan mengikut sahaja apa yang telah disarankan oleh Lin Feilu.

"Kak Yanxin, apa yang berlaku di bandar Jinling, mengapa semua orang mahu pergi kesana?"

"Orang orang dari dunia jianghu berpakat untuk pergi kesana kerana ingin mendapatkan buku pedang Jimo yang selama ini disimpan oleh keluarga Lu. Anak lelaki keluarga Lu secara diam diam telah belajar seni pedang itu tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu!"

"Jika buku pedang tersebut telah disimpan oleh keluarga Lu maka secara rasmi bukankah ia telah menjadi milik keluarga mereka?"

"Tidak. Semasa mengalami kecederaan yang parah, pendekar Jimo telah melarikan diri ke Jinling lalu diselamatkan oleh keluarga Lu. Sebelum dia meninggal dunia, Pendekar Jimo telah mengamanahkan mereka untuk menyimpan buku pedang tersebut dan menyerahkan kepada sesiapa yang dapat menghapuskan kumpulan Tiga Belas Desa Chixiao".

Lin Feilu mula memahami jalan cerita disebalik apa yang berlaku.

Dahulu Wu Jimo merupakan seorang pendekar pedang yang cukup terkenal di dunia jianghu. Sebagai seorang pahlawan sejati dia telah bermusuhan dengan kumpulan Tiga Belas Desa Chixiao yang suka melakukan perompakan kepada orang awam. Malangnya kumpulan Tiga Belas Desa Chixiao telah membunuh isteri dan anak pendekar Jimo ketika dia tiada.

Disebabkan itu, Wu Jimo secara  bersendirian telah pergi ke salah satu desa diantara tiga belas desa milik kumpulan Tiga Belas lalu memusnahkannya.

Kumpulan Tiga Belas Desa Chixiao dan Wu Jimo saling melakukan penyerangan diantara satu sama lain. Kumpulan penjahat itu, berkumpul beramai ramai dan menyerang Wu Jimo yang berseorangan, mengakibatkannya mengalami kecederaan yang parah.

Sebelum meninggal dunia, Wu Jimo telah berpesan bahawa sesiapa yang dapat menghapuskan kumpulan Tiga Belas Desa Chixiao, maka orang itu akan menjadi pewaris buku pedang miliknya.

Dalam beberapa tahun terakhir ini, ramai orang telah cuba untuk menghapuskan kumpulan penjahat itu, tapi tidak berjaya. Walaubagaimanapun, hasil penyerangan secara bertahun tahun telah dapat melemahkan kumpulan tersebut.

Tidak disangka, anak lelaki keluarga Lu iaitu Lu Shaoyuan telah mempelajari ilmu pedang itu secara sembunyi. Bererti, dia telah mengingkari amanah Wu Jimo.

Jadi orang orang dari dunia jianghu akan berkumpul di Jinling untuk meminta penjelasan daripada keluarga Lu berhubung akan masalah ini. Tidak mustahil juga, terdapat segelintir daripada mereka yang ingin mengambil kesempatan untuk memiliki buku pedang tersebut.

Meskipun dunia jianghu di kerajaan Dalin berbeza dengan yang terdapat didalam novel, Lin Feilu tetap merasa teruja untuk menerokainya.

"Kak Yanlin, jika sampai disana nanti, apa yang akan awak lakukan?"

"Ramai pendekar akan berkumpul di Jinling. Jadi ini adalah waktu yang tepat untuk mencari lawan bagi mengukur perkembangan seni pedang saya!"

"Huh?"

Sebaik sahaja sampai ke penginapan, Xiao Bai telah menyediakan kereta kuda untuk digunakan dalam perjalanan ke Jinling nanti.

Guan Xingran yang gelisah sepanjang pagi semenjak Lin Feilu memutuskan untuk pergi ke kediaman Putera Pingyu tidak jadi berangkat terlebih dahulu ke Jinlin kerana dia ingin mengetahui nasib mereka setelah berada disana.

Pemuda itu terkejut melihat kedatangan Queyin namun yang lebih mengejutkan ialah perubahan sikap Queyin terhadapnya. Gadis itu, tidak lagi tersenyum manis dan bersikap ramah terhadapnya.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now