Chapter 108

52 5 0
                                    


Pada malam tahun baru, sekte Seribu Pedang mengadakan jamuan akhir tahun secara besar besaran yang dikelolakan oleh Lin Feilu.

Kebanyakan anak murid daripada sekte ini merupakan anak yatim piatu yang sudah tidak mempunyai keluarga lagi. Selalunya, sekte Seribu Pedang akan menyambut tahun baru hanya ala kadar sahaja tanpa mengadakan sebarang jamuan yang meriah.

Sehari sebelum tahun baru, Lin Feilu membawa Song Jinglan dan Lin Zhanyuan pergi ke pekan Qinshan untuk membeli barangan persiapan menyambut tahun baru.

Disebabkan itu juga, sehari sebelum tahun baru para murid sekte Seribu Pedang tidak menjalani sebarang latihan melainkan mempersiapkan sekte mereka untuk menyambut tahun baru dengan menggantungkan untaian tanglung yang panjang dan memasang ucapan bertuah diseluruh kawasan.

Malah Lin Feilu turut mengarahkan para tukang masak sekte Seribu Pedang untuk menyediakan pelbagai hidangan yang menyelerakan agar menambahkan kemeriahan jamuan yang akan diadakan.

Sedari dahulu lagi, Lin Feilu teringin untuk menikmati khinzir panggang peliharaan Lin Zhanyuan.

Seolah olah memahami maksud hati Lin Feilu, khinzir tersebut akan bersembunyi jika mengetahui Lin Feilu berada dekat dengannya.

"Apakah kita tidak boleh memakannya?"

"Xiaowu tidak boleh memanggang si hitam besar, dia adalah haiwan peliharaan saya!"

"Kalau begitu, saya akan memanggang khinzir yang dibeli di pasar kerana saya sangat teringin makan perut khinzir panggang".

"Jangan makan khinzir, Xiaowu boleh makan bunga. Saya akan memetik seberapa banyak bunga yang adik inginkan".

Tidak lama kemudian, Lin Feilu menerima sejambak bunga liar dari Lin Zhanyuan.

Memandangkan dia sudah berjanji untuk tidak memanggang khinzir kepada Lin Zhanyuan maka jamuan mereka hanya menyajikan ayam, daging lembu, sayur sayuran dan juga buah buahan.

Malam itu mereka menyalakan unggun api yang besar sebagai tanda mengalu alukan kedatangan tahun baru.

Melalui kerjasama dengan Yanxin, mereka juga telah mengumpulkan beberapa orang murid untuk menampilakan pertunjukkan teknik pedang sekte mereka.

Ini adalah sambutan tahun baru yang paling meriah pernah dirasakan oleh anak anak murid sekte Seribu Pedang.

Atas desakan Lin Feilu, Lin Ting juga turut menampilkan persembahan tiupan seruling yang merdu. Jamuan terus dimeriahkan dengan pertunjukkan bunga api yang menghiasi langit malam pergunungan Qin.

"Apakah tangan saya hangat?" soal Lin Feilu sambil menatap wajah Song Jinglan. Ketika ini, keadaannya kelihatan agak tidak stabil setelah meneguk beberapa gelas wine.

"Ya sangat hangat. Berapa gelas telah awak minum?"

"Empat gelas", tapi tangannya hanya mengangkat tiga jari sahaja.

"Adakah kamu masih mahu minum lagi?"

"Huh? awak tidak tahu selama ini saya mempunyai gelaran walau menikmati seribu gelas wine tetap tidak akan mabuk. Song Jinglan, awak tidak percaya dengan kebolehan saya?"

"Saya mempercayai kamu".

"Tapi mengapa saya melihat raut wajah tidak percaya di muka awak terhadap kata kata saya!"

Kemudian Lin Feilu berlalu dari situ meninggalkan Song Jinglan.

"Xiaowu sudah mabuk" ucap Yanxin yang turut berada disitu.

Lin Feilu yang telah sedia mabuk sebelum ini bertambah mabuk selepas meminum wine sebanyak tiga gelas lagi. Dia kemudiannya jatuh kedalam pelukan suaminya.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now