Chapter 22

94 7 0
                                    

Senyuman yang diberikan oleh Lin Feilu kepadanya adalah senyuman yang manis namun bagi Jingbing itu adalah senyuman yang akan menghantar dirinya menuju kematian.

Bagaimana mungkin?

Puteri Kelima hanyalah seorang kanak kanak, namun dia berjaya mematahkan jebakkannya malah mengembalikan helah tersebut kepada dirinya. Lin Feilu adalah roh jahat yang sebenar benarnya!

Semuanya bermula semenjak anaknya Lin Xi menolak jatuh Puteri Kelima ke dalam tasik.

Jingbing tahu bahawa Lin Xi sebenarnya telah menolak Puteri Kelima jatuh ke dalam tasik sehingga menyebabkannya demam selama beberapa hari namun dia sengaja menafikannya memandangkan anaknya turut jatuh sakit selepas itu.

Tapi semenjak daripada hari itu segala galanya telah berubah. Lin Xi dan istana Zhaoyang dikatakan telah diganggu oleh roh jahat menyebabkan dia dipinggirkan dan hampir dilupakan oleh Raja. Apa yang direncanakan olehnya pada hari ini, adalah sebagai bentuk balas dendam kepada istana Mingyue kerana dianggap sebagai punca kejatuhan dirinya.

Jingbing merasakan semangatnya telah terbang menghilang sehingga anaknya Lin Xi yang menghampirinya sambil menangis langsung tidak dihiraukan olehnya.

Seorang pembantu istana Zhaoyang yang berada disitu segera disoal siasat untuk mengetahui cerita sebenar apa yang telah berlaku.

"Apa sebenarnya yang telah terjadi?" soal Permaisuri dengan tegas menyebabkan pembantu tersebut menggetar ketakutan.

"Sebentar tadi, saya menemankan Jingbing untuk pergi berganti pakaian di taman Tianxing namun semasa kami melewati kawasan ini, seseorang telah memanggil Jingbing dan Jingbing mengarahkan saya untuk menunggunya disini tapi tiba tiba saya tidak sedarkan diri sehingga tidak mengetahui apa yang telah berlaku", jawab pembantu tersebut sambil menundukkan kepalanya.

"Maksud kamu, Jingbing berjalan kesini bersendirian dan bukannya dipaksa oleh sesiapa. Adakah kamu melihat wajah orang yang telah memanggilnya itu?" soal Ruan Guifei pula.

"Saya tidak melihat wajahnya tapi mungkin akan mengenali suaranya jika mendengar semula suara itu".

Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh pembantu tersebut, jelas sekali berbeza dengan penerangan Jingbing yang lebih kepada untuk menyelamatkan dirinya daripada menjelaskan apa yang sebenarnya telah berlaku.

Permaisuri merasa sangat marah kerana hal memalukan telah berlaku semasa dia mengadakan jamuan akhir tahun yang telah diatur dengan teliti olehnya.

Mendengar sahaja jawapan pembantu tersebut membuatkan Jingbing menjadi hilang kawalan, dia berteriak sambil menyatakan bahawa semua orang yang berada disitu sengaja memfitnahnya melakukan perkara yang tidak dilakukannya.

Sebenarnya semasa melalui kawasan ini dia melihat pengawal yang seharusnya berada di hutan buluh sedang berdiri disini lalu dia menghampirinya kerana ingin bertanya mengapa tidak berada di tempat yang sepatutnya. Namun tiba tiba sahaja pengawal itu menutup mulutnya membuatkan Jingbing jatuh pengsan tidak sedarkan diri. Dan dia tidak mengetahui apa yang berlaku kepada pembantu itu setelah dia menyuruhnya untuk tidak mengikutinya berjumpa dengan pengawal tersebut namun dia beranggapan mereka semua adalah rakan subahat.

Tapi untuk membersihkan dirinya daripada kesalahan ini, dia tidak mempunyai jalan kerana mustahil baginya menjelaskan kepada Permaisuri bahawa pengawal yang ditangkap sedang bersamanya pada waktu ini adalah orang suruhannya yang ditugaskan untuk menjebak Lan Guiren namun entah menngapa akhirnya dia pula yang menjadi mangsa?

Pembantu itu menangis dengan sepenuh hati kerana takut kesalahan yang dilakukan oleh Jingbing akan memberi kesan kepadanya sehingga  membuatkan dirinya akan terhukum bersama dengan Jingbing kelak lantas menjadikan kawasan itu sangat bising dengan suara orang yang saling bertingkah diantara satu sama lain.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now