Chapter 32

104 10 0
                                    


"Uncang itu telah diambil oleh ayah. Jika awak mahukannya, awak boleh minta daripada ayah". Setelah mendengar jawapan Lin Qing, Lin Jingyuan terkedu seketika dan dengan bangga berkata, "mujur saya tidak diberikan uncang sekurang kurangnya hadiah daripada Xiaowu seperti buku beserta penandanya dan juga losyen tangan tidak diambil oleh sesiapa!"

Mendengar kata kata Lin Jingyuan membuatkan Lin Qing merasa kesal lalu dia segera kembali semula ke istananya dengan wajah yang masam mencuka.

Memandangkan Lin Qing berada dalam keadaan mood yang kurang baik maka para pembantu dan sida istananya tidak berani berbuat bising ketika waktu istirehat tengah hari.

Petang itu, Lin Feilu pergi ke istana Timur untuk bertemu dengan Lin Qing. Kedatangannya disambut baik oleh pembantu yang bertugas disana.

Ini adalah merupakan kali pertama Lin Feilu berkunjung ke istana tersebut, istananya besar namun tidak terlalu mewah seperti yang dimiliki oleh para gundik walau bagaimanapun berada disana menyedarkan seseorang itu bahawa istana ini adalah milik bakal Raja yang akan memerintah Dalin suatu hari nanti.

Di usia yang muda, Lin Qing sudah menggalas tugas yang berat sedangkan sebenarnya dia hanyalah seorang kanak kanak.

Setelah menunggu beberapa waktu, akhirnya Lin Feilu dapat bertemu dengan Lin Qing yang baru sahaja terbangun dari tidur petangnya.

Sebagai tuan rumah, abangnya itu menghidangkan Lin Feilu dengan beberapa jenis kuih dan teh panas. "Xiaowu, harus makan dengan banyak supaya boleh cepat membesar".

Mengingatkan kata kata Xi Xingjiang tempoh hari yang menyatakan bahawa dirinya pendek maka Lin Feilu segera bertanya adakah abangnya itu memikirkan bahawa dia adalah seorang yang pendek.

"Xiaowu memang pendek tapi sangat comel".

"Sekarang saya masih kanak kanak bila sudah besar nanti pasti saya akan menjadi tinggi".

Disebabkan ayah mereka mengambil uncang pemberian Lin Feilu tanpa rasa bersalah membuatkan Lin Qing tidak bersemangat sepanjang pagi namun selepas kedatangan Xiaowu membuatkan Lin Qing merasa gembira semula.

"Hari sangat sejuk, mengapa Xiaowu datang kesini berseorangan?"

"Abang Jingyuan memberitahu kepada saya bahawa uncang pemberian saya tempoh hari telah diambil oleh ayah membuatkan abang merasa sedih".

"Adik Keempat seorang yang suka bercerita. Memandangkan ayah mahukan uncang tersebut sebagai seorang anak dan juga rakyatnya abang harus memberikan apa yang dimahukan oleh ayah tanpa sebarang bantahan", ucap Lin Qing dengan nada yang agak sedih.

Dari pandangan matanya, Lin Feilu tahu bahawa Lin Qing tidak rela untuk memberikan uncang tersebut kepada ayah mereka.

"Adakah Xiaowu datang kesini kerana ingin memberikan saya uncang yang baru?"

"Jika saya berikan satu lagu uncang yang baru bagaimana jika ada lagi orang yang mahukan uncang tersebut. Apa yang saya berikan kepada abang Putera Mahkota kali ini adalah sesuatu yang tidak boleh diambil oleh orang lain!"

Sebenarnya Lin Feilu mahu membawa Lin Qing untuk pergi bermain ski!

Walaupun salji yang berada di astaka itu sudah mula mencair tidak seperti hari sebelumnya tapi masih lagi sesuai untuk menjalankan aktiviti ski. Mungkin dalam masa dua hari lagi, kesemua salji tersebut akan menghilang.

Ketika Lin Feilu naik keatas cerun, Lin Qing semakin keliru dengan tindakan adiknya itu. "Adik Kelima, apa yang awak lakukan?"

"Cepatlah naik!"

"Tapi".

"Apa yang ingin saya berikan kepada abang Putera Mahkota berada di atas sini, cepatlah naik nanti awak akan tahu".

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now