Chapter 50

91 7 0
                                    


Lin Di yang tidak berkunjung ke istana para gundiknya pada malam itu, telah dikejutkan oleh Peng Man. Pada mulanya baginda merasa agak kesal namun segera berubah apabila mendapat tahu perkara yang sebenar.

Didalam perjalanan menuju ke istana Mingyue, Lin Di mengarahkan Peng Man untuk memanggil Hui Fei dan mengirim beberapa orang bagi memeriksa istana Yinshuang.

Didalam hatinya, Lin Di mengetahui apa yamg telah berlaku. Semasa tiba di istana Mingyue, Lin Di melihat Mei Yan sudah tenang dan kini memakai mantel pemberian Xiao Lan sambil menikmati teh yang dihidangkan.

Walaupun begitu, penampilan Mei Yan ketika ini sangat mengerikan dipandangan mata Lin Di kerana mempunyai wajah berparut ungu dengan rambut yang menggerbang. Jauh berbeza dengan penampilan Xiao Lan yang anggun.

Lin Di sangat berpuas hati dengan kebaikan hati Xiao Lan, meskipun dia mengetahui bahawa Mei Yan adalah orang yang bertanggungjawab membuat kehidupan mereka anak beranak menderita selama ini, tapi dia tetap melayannya dengan baik.

Melihat kedatangan Raja, Mei Yan segera berlutut, "tuanku, saya tahu saya telah melakukan sebuah kesalahan yang sangat besar dan layak untuk mati tapi pada malam ini saya tidak mahu mati tanpa alasan yang jelas!"

"Ayah, Mei Yan mengatakan terdapat seseorang yang mahu membunuhnya pada malam ini, betulkah?" soal Lin Feilu sambil memeluk Lin Di.

"Mei Yan, kita akan membahas perkara ini setelah kedatangan Hui Fei", putus Lin Di.

Mei Yan hanya menangis sambil menundukkan kepalanya menahan kesedihan. Dia tidak berani menatap wajah baginda kerana bimbang setelah melihat wajah hodohnya, Raja akan semakin membenci dirinya.

Tidak berapa lama kemudian, Hui Fei yang dijemput oleh Peng Man akhirnya tiba.

Pada malam ini, Hui Fei tidak dapat melelapkan matanya kerana rasa cemas namun setelah menerima pesanan Raja yang datang secara mengejut, Hui Fei tahu bahawa rencananya untuk membunuh Mei Yan telah pun gagal!

Tapi Hui Fei tidak menyangka bahawa dia akan dipanggil menemui Raja di istana Mingyue milik Lan Guiren.

Setelah tiba disana, Hui Fei melihat Mei Yan yang sedang berlutut dan menangis serta memandang wajah tegang Raja membuatkan Hui Fei merasa gugup walaupun dia cuba untuk berlagak tenang.

Dengan segera, Hui Fei memberikan salamnya dan menampilkan wajah bingung kerana telah dipanggil ke istana Mingyue pada waktu malam.

"Apakah kamu tidak terkejut kerana melihat kehadiran Mei Yan disini?"

"Ya, saya agak terkejut".

"Mei Yan, cuba kamu ceritakan semula apa yang telah terjadi kepada awak, pada malam ini".

Kemudian tanpa bertangguh, Mei Yan segera menceritakan semula apa yang telah berlaku padanya. Dia juga memandang dengan penuh rasa benci kepada mantan sahabat karibnya itu.

"Yang paling penting, Hui Fei ingin membunuh saya!!"

"Tidak!! Mei Yan, selama ini kamu telah melakukan banyak kejahatan sehingga membuatkan ramai orang ingin membalas dendam kepada awak. Mengapa awak memfitnah saya? sedangkan saya melayan awak dengan sangat baik selama ini? Saya mohon tuanku mengadili perkara ini dengan saksama".

Wajah Lin Di masam mencuka, dia tidak menyangka terdapat ular berbisa yang selama ini sedang enak duduk diposisi yang tinggi menggunakan air mata penderitaan orang lain.

"Jelaskan, kenapa Hui Fei ingin membunuh kamu?"

Wajah Hui Fei bertukar pucat sebaik sahaja mendengar soalan yang diajukan Raja kepada Mei Yan, namun sebagai seorang gundik yang berpengalaman, dia tetap bersikap tenang seolah olah dia langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perkara tersebut.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now