Chapter 12

109 11 0
                                    

Setelah berpisah dengan Lin Nianzhi, Lin Feilu tersenyum puas kerana mengetahui bahawa dia telah menggunakan pendekatan yang betul untuk mendekati Puteri Sulung itu. Bermusuhan dengannya hanya akan membawa masalah buat diri Lin Feilu di masa hadapan maka dia menggunakan teknik pujian dan tanpa disangka Puteri Sulung amat menyukainya.

Lagi pula sikap para puteri dan putera Raja istana sebenarnya bergantung dengan cara mereka dibesarkan oleh ibu masing masing. Kerana selama ini, mereka hanya terkurung di istana dan tidak bergaul dengan dunia luar. Di umur awal sebegini, sebaiknya mereka tidak didedahkan dengan perkara perkara kejam yang tidak selayaknya dilakukan.

Usia Puteri Sulung adalah sebelas tahun, jika berada di dunia moden kini dia sedang belajar di sekolah rendah. Dengan kata lain, dia hanyalah seorang kanak kanak yang seharusnya masih berhati polos dan tidak sewajarnya memikirkan perkara yang dilakukan oleh orang dewasa.

Setelah kembali semula ke istana Mingyue, pada petang itu Lin Feilu jatuh sakit mungkin disebakan terlalu lama terdedah dengan udara yang dingin.

Dengan segera ibunya mengarahkan Yunyao memanggil doktor istana untuk merawatnya. Pada kali ini, tiada seorang pun doktor yang berani untuk tidak menghiraukan permintaan istana mereka. Doktor yang merawat Lin Feilu menyatakan bahawa dia hanya demam biasa sahaja dan akan sihat semula setelah berehat beberapa hari.

Semasa Yunyao pergi ke farmasi istana untuk mendapatkan bahan ubat, dia bertembung dengan Suiyi pembantu terdekat Xian Fei dan mereka berdua berbual seketika. Yunyao menyatakan bahawa Puteri Kelima tidak dapat datang untuk bertemu dengan Putera Keempat memandangkan kini ia sedang demam.

Sebaik sahaja kembali semula ke istana Changming, Suiyi menceritakan hal itu kepada Xian Fei, "siapa yang merawat Puteri Kelima?'

"Menurut Yunyao doktor yang merawat Puteri Kelima merupakan seorang doktor muda yang baru sahaja menjadi doktor di istana".

"Mereka membenarkan seorang doktor muda yang tidak berpengalaman untuk merawat Puteri Kelima. Kamu pergi ke Taiyuan (hospital istana) dan arahkan doktor Chen untuk merawat Puteri Kelima".

Doktor Chen merupakan doktor kepercayaan Xian Fei dan dia mempunyai pengetahuan dalam dunia perubatan yang tidak boleh diragui lagi oleh sesiapa pun.

Xiao Lan terkejut sebaik menerima kunjungan doktor Chen yang mahu merawat anaknya. Walaupun penerangannya sama dengan doktor sebelum ini yang menyatakan bahawa Lin Feilu hanya mengalami demam biasa dan sembuh setelah berehat beberapa hari namun dia mempunyai preskripsi ubat yang berbeza.

Malah menurut Lin Feilu, apa yang sedang dilaluinya kini hanyalah demam biasa yang sering dilalui oleh semua orang jika musim sejuk telah tiba. Ketika berada di dunia moden, pengambilan paracetamol dan tidur secukupnya adalah ubat yang terbaik.

Sekali lagi Xiao Lan terkejut kerana kali ini dia menerima kunjungan daripada Putera Sulung Lin Ting iaitu anak kepada Ruan Guifei. Seingatnya dia langsung tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mereka, bagaimana pula Lin Ting boleh datang menjenguk anaknya.

"Adakah benar, Puteri Kelima sedang sakit?" soal Lin Ting kepada Qingying.

"Ya, sekarang Puteri Kelima demam dan kini dia sedang tidur dibiliknya".

"Apakah sakitnya sangat serius, sudah adakah doktor yang datang merawatnya?"

"Sebelum ini, seorang doktor muda telah datang untuk mengubatnya namun sebentar tadi atas arahan dari Xian Fei, doktor Chen pula merawatnya sekali lagi".

"Bolehkah saya masuk untuk bertemu dengannya?"

Walaupun Lin Ting meminta keizinan untuk masuk melawat Lin Feilu namun Qingyan tidak berani untuk melarangnya dan membiarkann sahaja Putera Sulung itu masuk melawat Puteri Kelima.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now