Chapter 18

94 9 0
                                    

Buat pertama kali dalam hidupnya, Lin Nianzhi merasa malu mendengar pujian seseorang namun dalam masa yang sama ia merasa bangga dan suka.

Perasaan marahnya hilang dalam sekelip mata sebaik saahaja mendengar kata kata tersebut. Seorang gadis cantik sepertinya harus mempunyai stail yang tersendiri. Walau apa pun permintaan dan apa pun perbuatannya, Xi Xingjiang tidak harus mempersoalkannya kerana dia merupakan seorang gadis yang paling jelita dikalangan anak anak Raja.

"Xiaowu, mari kita jalan dan tinnggalkan tempat ini. Lebih baik kita tidak bergaul dengan orang seperti Xi Xingjiang!".

Sambil memegang tangan Lin Nianzhi, Lin Feilu menjeling tajam kearah Xi Xingjiang.

Membuatkan anak saudara kepada Xi Guifei itu merasa pelik dengan tindakan dua beradik ini yang dirasakannya sebagai tidak masuk akal. Dia berjanji akan menarik rambut Puteri Kelima jika mereka berdua berjumpa lagi sebagai tanda balas dendam darinya.

******

"Alamak, saya lupa untuk memberitahu kepada pembantu saya bahawa saya mengikut kakak. Tentu sekarang ini, dia sedang risau mencari saya".

Lin Nianzhi mengarahkan salah seorang daripada pembantunya untuk memberitahu kepada Qingyan mengenai hal itu dan menyuruh adiknya supaya tidak merasa risau kerana ia hanyalah masalah yang kecil sahaja.

"Kakak, sekarang cuaca masih lagi sejuk. Ambil penghangat ini supaya ia boleh memanaskan tangan awak", ucap Lin Feilu sambil menghulurkan sebuah pemanas tangan yang lebih uzur serta ketinggalan zaman daripada penghangat tangan yang pernah diberikan kepadanya tempoh hari.

Melihat satu lagi penghangat tangan yang usang berada di tangan Puteri Kelima membuatkan Lin Nianzhi merasa kasihan kepada adiknya itu. Kerana penghangat tangan yang ingin diberikan kepadanya ini merupakan penghangat tangan model lama yang sudah tidak digunakan walaupun oleh pembantu istana.

Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana telah mengambil penghangat tangan Lin Feilu yang sebelumnya, sehingga menyebabkan adiknya harus menggunakan barang yang telah ketinggalan zaman.

"Tak perlu, awak gunakan sahaja penghangat tangan ini supaya awak tidak jatuh demam seperti tempoh hari", ucap Lin Nianzhi menolak pemberian Lin Feilu dengan nada yang agak canggung.

"Terima kasih, kakak merupakan kakak yang paling terbaik di dunia", ucap Lin Feilu sambil tersenyum lebar.

Sekali lagi, Lin Nianzhi merasa bangga kerana mendengar pujian daripada Lin Feilu.

Ini merupakan kali pertama Lin Feilu berkunjung ke istana Yaohua milik Hui Fei ibu kepada Puteri Sulung. Istana ini sangat besar dan kelihatan mewah, yang paling menarik ia dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga orkid yang sedang berkembang mekar menyebabkan kawasan disekitarnya menjadi wangi akibat daripada haruman bunga bunga itu.

Melihat Lin Feilu yang asyik memandang kearah taman bunga orkid, Lin Nianzhi bertanya kepadanya, "awak sukakan bunga orkid, nanti saya berikan kepada awak dua pasu".

"Mana ibu saya?" soal Lin Nianzhi kepada pembantu yang berada di situ kerana tidak melihat kehadiran Hui Fei sedari tadi lagi.

"Puteri Sulung, Hui Fei sedang berkunjung ke istana Mei Fei".

Serta merta, Lin Feilu teringat akan empat gundik utama yang menyandang gelaran 'Fei' dibelakang nama mereka iaitu Shu Fei, ibu kepada Putera Kedua Lin Jiwen, Xian Fei, ibu kepada Putera Keempat, Hui Fei, ibu kepada Lin Nianzhi dan terakhir sekali ialah Mei Fei namun dia tidak memiliki zuriat.

Dapat dipastikan bahawa Mei Fei mempunyai pengaruh yang kuat, kerana walaupun tidak mempunyai anak, dia mampu menyandang gelaran yang tinggi di istana ini.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now