Chapter 82

63 8 0
                                    

Kehidupan di gunung Wutai lebih tenang dan santai dibandingkan sewaktu mereka berada di gunung Qin.

Disini hanya terdengar bacaan mantera dari para sami yang berdoa kepada patung buddha sepanjang masa.

Setiap hari, Lin Feilu akan mengikuti Maharani untuk mendengar ceramah ketua sami tokong tersebut. Sebagai seorang yang berasal dari dunia moden, Lin Feilu agak skeptikal dengan penyembahan patung buddha. Namun dia tetap mengikut nendanya dan merasa nyaman mendengar suara merdu ketua sami itu yang boleh membuatkannya mengantuk lalu tertidur.

Walaupun kini keadaan mental Lin Ting sudah pulih tapi kadang kala dia tetap akan rasa bersalah kepada mereka yang telah terkorban. Oleh itu, dengan berada disini, dia mengambil kesempatan berlutut hampir setiap waktu dihadapan patung buddha sambil berdoa agar jiwa mereka yang telah meninggal kerana menjadi korban akan dapat terlahir semula tanpa menghadapi sebarang rintangan.

Disebabkan itu, rasa bersalah Lin Ting mula berkurangan dari semasa ke semasa.

"Saya melihat Yang Mulia Raja Qi mempunyai talian takdir untuk terus bersama dengan buddha", ucap salah seorang sami kepada Lin Ting.

Menurut pengamatan Lin Feilu, sami tersebut menggunakan pendekatan yang lembut untuk mengajak abangnya menyertai tokong itu sekaligus menjadi seorang sami seperti dirinya. Dia sama sekali tidak menyangka, seorang sami berani mengajak kerabat diraja dengan menggunakan perkataan yang berkias untuk mengabdikan diri kepada buddha.

Lin Feilu mula merasa cemas kerana risau Lin Ting akan terikut dengan ajakan tersebut memandangkan ia memiliki rasa bersalah kepada mereka yang telah terkorban. Namun setelah mengamati perbualan diantara Lin Ting dan sami tersebut, dia yakin abangnya masih teguh mengingati janjinya untuk kembali bertemu dengan Yan Xin semula.

Pada waktu petangnya pula, Lin Feilu akan menghabiskan waktu untuk menangkap monyet bagi memenuhi janjinya bersama dengan Lin Zhanyuan sebelum ini.

Setelah beberapa hari menemui kegagalan, akhirnya Lin Feilu memutuskan untuk mengajak Lin Ting menyertai dirinya mencari monyet supaya dapat diberikan kepada Lin Zhanyuan kelak.

Mujur dizaman silam seperti ini, monyet bukanlah seekor haiwan yang dilindungi. Oleh itu, Lin Feilu boleh  sesuka hati menangkapnya. Disebabkan kehadiran Lin Ting, seekor anak monyet secara sukarela datang kepelukan abangnya itu tanpa perlu dijerat dengan bersusah payah.

"Abang Lin Ting, kamu boleh digelar sebagai puteri Disney".

"Puteri apa?"

"Tiada apa apa, saya hanya bergurau sahaja. Apa kata kita namakan monyet ini sebagai Kongkong".

"Xiaowu sudah terlalu lama berada disini sehingga telah pengaruh dengan para sami. Jika sami Shi An mengetahuinya, dia pasti gembira".

"Huh?" kenapa nama Kongkang boleh menyebabkan sami tertinggi tokong ini akan merasa gembira?

Dia menyebut nama tersebut kerana mengingati watak dalam cerita Sun Wukong yang terdapat di dunia moden.

Lin Feilu memutuskan untuk memelihara monyet itu terlebih dahulu sebelum dibawa kembali ke istana dan diserahkan kepada Lin Zhanyuan.

Akhirnya, musim sejuk menjelang tiba, "berada disini, bukan sahaja suasananya akan menjadi sangat sejuk tapi ia mempunyai pemandangan yang juga sangat indah", ujar Maharani.

Setiap kali tibanya musim sejuk, Lin Feilu dan Lin Zhanyuan akan meluangkan masa bersama sama dengan bermain ski dan pelbagai jenis permainan musim sejuk lainnya. Tahun ini, dia tidak dapat menemani abangnya itu, tentu ketika ini Lin Zhanyuan pasti sedang menangis kesedihan.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now