Chapter 93

57 8 0
                                    


Rombongan mereka terus bergerak kehadapan.

"Song Jinglan lepaskan saya", ucap Lin Feilu kepada pemuda itu kerana Song Jinglan masih memeluknya dengan erat.

"Tapi saya mahu terus memeluk awak kerana sudah terlalu lama kita tidak bertemu".

"Baiklah saya beri awak masa setengah jam lagi".

"Terima kasih", ucap Song Jinglan sambil tersenyum.

Lin Feilu juga turut tersenyum senang apabila melihat telatah Song Jinglan kerana kasih sayang dan perihatian pemuda itu tidak pernah berubah untuknya.

"Kamu menyelinap masuk menyertai rombongan ini, bagaimana dengan urusan politik kerajaan awak. Sekiranya para menteri mengetahui, mereka akan merasa tidak puas hati!"

"Tiada siapa yang berani meningkah keputusan saya!"

"Nanti para menteri akan berfikir bahawa Raja mereka sanggup mengabaikan urusan negara hanya kerana seorang wanita..maka mereka akan menganggap saya sebagai seorang wanita pendosa!

"Tiada siapa yang akan berani!"

"Song Jinglan masa kamu sudah habis, lepaskan saya sekarang juga".

"Tidak bolehkah awak berikan saya masa tambahan?"

"Tidak boleh!"

"Baiklah, saya akan datang lagi esok".

"Huh?"

Song Jinglan sememangnya telah berubah, dia menjadi seorang yang bermuka tebal.

Lin Feilu yang geram dengan perangai Song Jinglan, mengambil semula buku catatan perjalanan dan membacanya semula.

"Song Jinglan, saya bosan duduk didalam kereta kuda. Saya mahu menunggang kuda!"

Lin Feilu sengaja mengemukakan permintaan tersebut kerana dia ingin mengetahui sejauh manakah Song Jinglan memanjakan dirinya.

...

Sepuluh minit kemudian, Lin Feilu dan Song Jinglan sedang berada diatas seekor kuda yang berwarna hitam

Tidak semua yang mengikuti rombongan ini mengetahui bahawa Song Jinglan ada bersama sama mereka. Jadi ketika melihat Puteri Yong'an dan seorang lelaki meninggalkan kereta kuda miliknya. Mereka semua bukan sahaja terkejut tetapi turut ketakutan.

Mereka hanya merasa tenang setelah mengetahui pemuda tersebut adalah Raja mereka. Walaupun mengetahui Raja mereka mempunyai seni bela diri yang hebat tapi Chen Yao tetap mengarahkan empat orang pengawal untuk menjaga keselamatan pasangan diraja itu.

"Walaupun kereta kuda yang awak sediakan sangat besar tapi berada didalamnya membuatkan saya merasa terkurung!"

"Kalau begitu, sepanjang perjalanan kita ni, saya akan membawa kamu keluar menunggang kuda setiap hari" .

"Apabila kita tiba di suatu kawasan, bolehkah kita mengambil masa selama sehari untuk saya mengeksplorasi tempat tersebut kerana sebelum ini saya mendengar bahawa bandar bandar kerajaan Song mempunyai keistimewaannya yang tersendiri".

"Baiklah, saya setuju".

Sebelum ini, sewaktu Chen Yao mengatakan bahawa mereka akan berada di dalam perjalanan selama dua puluh hari, Lin Feilu merasa jangka waktu tersebut terlalu lama tetapi kini ia merasakan waktu itu sangat singkat apabila memikirkan mereka berdua akan menghabiskan waktu bersama sama.

Adakah ini yang dinamakan sebagai bulan madu sebelum pernikahan?

"Song Jinglan, awak tidak terburu buru untuk kembali ke istana?"

"Awak tidak perlu fikirkan tentang perkara tersebut. Kita boleh menghabiskan masa bersama sama dengan tenang dan bahagia".

"Huh?"

Rombongan mereka akhirnya melewati kawasan tandus dan singgah di sebuah pekan kecil yang agak sunyi namun makmur dibawah pemerintahan Song Jinglan.

Mereka memutuskan untuk singgah bermalam disana. Chen Yao menyediakan sebuah rumah kecil yang mempunyai dua buah bilik untuk Song Jinglan dan Lin Feilu.

Walaupun kedua dua pasangan pengantin sangat rapat tapi mereka berdua masih menjaga batas kerana Lin Feilu belum lagi bergelar isteri yang sah kepada Song Jinglan.

"Song Jinglan, saya mahukan bilik yang besar!"

"Baiklah".

Jawapan beralah Song Jinglan membuatkan anak anak buahnya terkejut namun mereka cuba sedaya upaya untuk memyembunyikan rasa terkejut tersebut.

Reaksi mereka seperti itu kerana mereka adalah pasukan yang bersama sama Song Jinglan mendapatkan takhta kerajaan dari awal mulanya iaitu ketika Song Jinglan membunuh ayahnya, adik beradiknya serta menghapuskan mereka yang tidak sehaluan dengannya.

Ini adalah pertama kalinya, mereka melihat Song Jinglan tersenyum dan begitu sabar melayani karenah seseorang.

Semasa Song Jinglan mengumumkan bahawa dia akan membuat lamaran pernikahan ke Dalin, niatnya telah dikritik oleh para menteri kabinetnya sendiri.

Tapi bagi pasukan Tentera Terlarang, mereka menyangka Raja sengaja mengemukakan lamaran supaya dengan mudah dapat menghapuskan Dalin yang telah memberi catatan sejarah yang buruk kepadanya.

Rupa rupanya sangkaan mereka semua telah jauh meleset.

Mereka juga menyangka Raja Song tidak menyukai wanita kerana baginda tidak pernah mengunjungi haremnya sendiri tapi sekali lagi sangkaan mereka meleset disebabkan baginda amat menyukai Puteri Yong'an yang ceria.

Setiap tahun, Maharani akan memilih seorang anak gadis untuk dijadikan gundik Song Jinglan di istana. Namun pada waktu kini, tiada siapa yang berminat untuk menyandang gelar tersebut kerana saban tahun seorang demi seorang gundik yang berkhawin tadi akhirnya meninggal dunia tanpa alasan yang pasti

Beredar khabar angin yang menyatakan bahawa mereka semua mati di tangan Song Jinglan yang kejam. Perkara itu, membuatkan tiada siapa lagi berminat untuk menyertai harem istana.

Para gundik yang masih hidup sudah tidak berani untuk menunjukkan wajah mereka di hadapan Song Jinglan lagi.

Namun situasi tersebut sangat berbeza dengan keberadaan Puteri Yong'an yang manja dan berani mengajukan sesuatu kepada Song Jinglan sehingga membuat mereka semua merasa cemas dengan keselamatannya.

"Dikawasan sana terdapat sebuah tasik yang dikenali sebagai tasik bidadari, adakah awak berminat untuk pergi meninjaunya?"

"Mengapa tasik tersebut dikenali sebagai tasik bidadari? adakah sebab ia sering dikunjungi oleh bidadari dari langit?"

"Jika ingin tahu, mari kita selidiki sendiri untuk memastikannya".

"Tapi saya sangat letih dan tidak larat jika mahu berjalan lagi".

Tanpa membuang masa, Song Jinglan segera merangkul Lin Feilu dan membawanya terbang keluar menggunakan teknik qigong miliknya.

Tindakan Song Jinglan membuatkan Lin Feilu tersenyum bahagia kerana memikirkan indahnya alam percintaan!

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now