Chapter 25

86 6 0
                                    


Sepanjang perjalanan balik ke istana Mingyue, Xiao Lan hanya terdiam sahaja.

Semenjak dari awal dia memutuskan untuk rapat dengan Xian Fei, Xiao Lan telah mengetahui bahawa perkara seperti ini tetap akan berlaku, tidak kira lambat atau cepat. Walaupun tidak rela namun dia harus melakukannya juga demi anak anaknya.

"Ibu, apakah ibu tidak mahu menemui ayah?"

"Bukannya mahu atau pun tidak, ayah kamu adalah pemerintah yang agung. Jadi apa pun yang berlaku semua mesti berlandaskan kemahuannya", balas Xiao Lan dengan lembut.

"Sebelum memasuki istana, ibu pernah menyatakan kepada saya bahawa ibu sudah mempunyai orang yang disukai, adakah disebabkan itu membuatkan ibu berat hati untuk menemui ayah?"

Xiao Lan tidak menyangka anaknya akan mengingati perkara yang pernah diceritakan kepadanya dahulu. "Pada mulanya memang ibu merasa sedih tapi sekarang ibu telah pun melupakannya. Lagi pula, dia juga sudah berkhawin dan mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan sama seperti ibu".

"Apa yang ibu takutkan ialah perebutan kuasa yang berlaku di dalam harem istana maka kehidupan yang kita lalui tidak akan tenang seperti sekarang".

Perkara yang paling Xiao Lan takutkan ialah dia tidak dapat melindungi anaknya suatu hari nanti.

"Ibu tidak perlu merasa takut kerana saya akan sentiasa ada bersama ibu".

Xioa Lan merasa bersyukur kerana dikurniakan anak sebijak Lin Feilu. Anak lelaki pertamanya telah diberikan racun semasa dalam kandungan menyebabkan dia lahir secara pra matang serta mengakibatkan Lin Zhanyuan membesar menjadi anak yang 'bodoh', mujur tuhan bersimpati kepadanya dengan menganugerahkan dia seorang anak perempuan yang pintar.

Beberapa hari kemudian, salji yang turun dengan lebatnya akhirnya berhenti menghasilkan hamparan salji yang tebal di taman Yinhong menghasilkan pemandangan yang indah di taman bunga plum merah itu.

Lin Di bukanlah seorang pemerintah yang boros dan suka membazir. Hasrat terbesarnya adalah untuk menjadi Raja yang akan dikenang oleh rakyatnya sebagai Raja yang yang adil dan saksama dalam catatan sejarah.

Beliau menghabiskan masa luang untuk menikmati keindahan bunga plum merah sambil ditemani oleh seorang sida rapatnya yang bernama Peng Man.

Peng Man merupakan ketua sida di istana dan mempunyai tiga orang anak murid dan salah seorang dari mereka telah membocorkan keberadaan Raja kepada Xian Fei.

Jadi semasa Raja mengambil keputusan untuk menikmati keindahan bunga plum merah disana, Xian Fei dan Xiao Lan terlebih dahulu sudah ada disitu.

"Tuanku, nampaknya ada orang telah terlebih dahulu berada di dalam taman ini", ucap Peng Man kepada Lin Di.

"Tak mengapa, dari suaranya beta rasa ia adalah suara Xian Fei. Lagi pula, beta boleh bertanya akan perkembangan pembelajaran Jingyuan".

Hamparan salji yang memutih ditaburi dengan bunga plum merah yang berjatuhan menghasilkan panorama yang indah. Semakin Lin Di menghampiri Xian Fei, ia menyedari bahawa gundiknya itu tidak berseorangan melainkan ditemani oleh seorang wanita yang ia tidak kenali.

Lin Di pasti wanita yang menemani Xian Fei juga merupakan salah seorang dari gundiknya namun dalam masa dua tahun kebelakangan ini dia jarang menemui gundik yang baru dan hanya bertemu dengan gundik yang sudah ia biasa menyebabkannya tidak mengenali Xiao Lan.

Xian Fei dan wanita itu serta merta memberikan salam hormat kepadanya sebaik sahaja menyedari kehadiran Lin Di disitu.

Disebakan rasa ingin tahu yang membuak membuatkan Lin Di menyuruh Xiao Lan untuk mengangkat mukanya kerana dia mahu melihat wajah Xiao Lan dengan lebih jelas.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt