Chapter 19

98 8 0
                                    

Setelah berdiri dihadapan Lin Feilu akhirnya Xi Xingjiang menyedari bahawa dia telah ditipu oleh Puteri Kelima itu.

Namun Xi Xingjiang tidak marah malah semakin menyukai puteri kecil yang comel itu. Dia maju kehadapan lalu menarik rambutnya membuatkan Lin Feilu merasa geram.

"Jangan sentuh rambut saya!"

"Siapa suruh awak sangat comel", balas Xi Xingjiang bersahaja.

"Saya tidak mahu awak menyentuh rambut saya".

Sambil menaikkan tangannya keatas tanda menyerah kalah, Xi Xingjiang berjanji tidak akan melakukannya lagi.

Oleh kerana Lin Feilu bertubuh kecil maka Xi Xingjiang terpaksa tunduk ketika memandangnya namun Xi Xingjiang tertarik dengan uncang kecil yang terselit dipingggang Lin Feilu kerana ia mengeluarkan haruman yang sangat wangi.

"Uncang apa tu? kenapa ia sangat wangi?"

"Ini adalah bunga plum, yang saya kutip tadi".

"Tapi mengapa awak mengutipnya dengan banyak?"

"Saya tidak mahu beritahu awak!"

"Kalau awak tidak mahu beritahu saya, saya tidak akan berikannya kepada awak semula", ucap Xi Xingjiang sambil ketawa dengan senang hati kerana berjaya mencuri uncang tersebut dari Lin Feilu.

Walaupun cuba untuk merampasnya kembali namun usahanya itu tidak berhasil malah Xi Xingjiang semakin rancak mentertawakannya.

Memandangkan Lin Feilu tidak berjaya mengambil semula uncang miliknya, dia hanya mampu menjeling tajam kearah Xi Xingjiang sambil berkata, "awak kata kita berdua kini adalah sahabat tapi mengapa awak membuli saya. Setahu saya seorang yang berteman tidak akan membuli rakannya dengan suka hati".

"Hah..sekarang baru ingat kita berdua adalah sahabat tapi mengapa awak membiarkan Puteri Sulung membuli saya tadi?"

"Awak dah lupa dengan apa yang saya katakan tadi, bahawa sebagai seorang puteri yang cantik dia harus mempunyai stail yang tersendiri".

Xi Xingjiang tahu bertengkar tentang perkara itu dengan Puteri Kelima, pasti tidak akan membuahkan sebarang hasil. Oleh itu, dia menyerahkan semula uncang tersebut kepada Lin Feilu dengan mengikat semula ke pinggangnya.

"Xiaodouding, siapa nama awak yang sebenarnya?

"Penipu!! awak tahu saya adalah Puteri Kelima tentu awak juga mengetahui nama saya yang sebenarnya".

"Saya tidak bertanya kepada orang lain kerana saya mahu awak memberitahu nama awak kepada saya sendiri".

Dengan canggung Lin Feilu memperkenalkan dirinya sebagai Xiaowu.

Sambil tersenyum puas hati, Xi Xingjiang memegang kepala Lin Feilu dan memujinya bahawa Lin Feilu mempunyai nama yang comel sesuai dengan dirinya.

"Nampaknya, saya terpaksa pergi dahulu kerana hari telah lewat. Sebagai tanda perkenalan diantara kita, saya hadiahkan slingshot ni buat awak tapi awak juga harus hadiahkan sesuatu buat saya pula, barulah adil".

Setelah berfikir sejenak, Lin Feilu berkata bahawa dia akan memberikan Xi Xingjiang losyen tangan yang akan diperbuat daripada bunga plum yang terdapat didalam uncangnya selepas ia selesai membuatnya nanti.

"Losyen tangan?"

"Awak akan tahu selepas saya memberikannya kepada awak nanti. Awak kata nak balik, cepatlah pergi".

Xi Xingjiang merasa lucu dengan tingkah laku Lin Feilu lalu pergi dari situ sambil ketawa.

Qingyan yang menyaksikan interaksi diantara Puteri Kelima dengan Xi Xingjiang merasa kagum dengan puterinya itu kerana baginya tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Lin Feilu.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Donde viven las historias. Descúbrelo ahora