Chapter 96

59 6 1
                                    

Lin Feilu melepaskan pelukan Song Jinglan kerana merasa segan dengan mereka yang berada disitu.

"Bagaimana awak tahu yang saya akan datang kesini?"

"Cuba teka".

Lin Feilu malas bermain teka teki maka dia duduk disofa yang terletak berhampiran. Kemudian pandangannya terpana apabila melihat seseorang yang sangat dikenali olehnya, "Tiandong?"

"Puteri Kelima!" ucap Tiandong dengan gembira.

"Tiandong kamu sudah tinggi, saya hampir tidak mengenali awak".

"Sudah bertahun tahun kita tidak bertemu, Puteri Kelima juga sudah meninggi dengan banyak!"

"Tiandong, adakah kamu sudah..." sambil mata Lin Feilu merenung kearah bawah.

"Puteri Kelima, jangan ucap perkara yang tidak betul. Saya hanyalah pengawal peribadi Yang Mulia sahaja!"

"Jangan permainkannya".

"Tugas awak sudah habis?"

"Belum selesai lagi sebab terlalu banyak tapi saya risau awak akan kelaparan. Oleh itu, saya akan mengarahkan seseorang untuk menyediakan makanan malam buat kita".

"Saya belum lapar, saya akan tunggu sehingga awak selesai. Cantik tak, stail rambut saya ini?"

"Ya".

"Tingchun yang membuatnya untuk saya".

"Berikan mereka berdua hadiah", arah Song Jinglan kepada Sida Hong.

Tingchun dan Shixia segera berlutut dan berterima kasih dengan penganugerahan hadiah tersebut.

"Semasa awak duduk disini, awak kelihatan berkarisma, tampan dan bergaya".

"Kalau kamu suka disini, mari tinggal disini bersama sama dengan saya".

Tingchun dan Shixia saling berpandangan diantara satu sama lain semasa mendengar perbualan Raja dengan Tuan Puteri.

Istana Lin'an dua kali lebih besar daripada istana Yong'an kerana istana tersebut merupakan pusat pemerintahan. Disebabkan bosan menunggu, Lin Feilu memutuskan untuk berehat di atas katil yang terdapat dikawasan yang agak terselindung.

Disebelah katil tersebut terdapat sebuah meja yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan ringan, buah buahan dan teh penyegar.

Disitu Lin Feilu mendapati terdapat dua jenis kuih kegemarannya yang sering kali dia berikan kepada Song Jinglan, sewaktu pemuda itu masih tinggal di Cuizhuju.

Tidak lama kemudian, Song Jinglan turut serta menemaninya. "Jika awak makan terlalu banyak nanti perut kamu akan menggemuk. Sekiranya awak sukakannya, nanti esok awak boleh makan lagi".

"Baiklah".

Selepas itu, Song Jinglan mengarahkan pembantu yang berada disitu untuk membersihkan meja tersebut lalu dia memberikan Lin Feilu beberapa buah novel dan gadjet permainan bagi menghilangkan rasa bosannya kerana terlalu lama menunggu.

Lin Feilu tertarik dengan novel yang disediakan oleh Song Jinglan, ia berkisahkan tentang gaya hidup keseharian masyarakat kerajaan Song yang makmur dibawah pemerintahan pemuda itu.

Setelah merasa letih kerana sudah beberapa kali menukar posisi. Lin Feilu menjadikan kaki Song Jinglan sebagai bantal kepalanya. Mereka yang berada disitu tergamam melihat tindakannya dan merasa risau akan keselamatan Puteri Yong'an. Hanya Tiandong sahaja yang tenang melihat situasi tersebut.

Menjelang malam, sida Hong melaporkan terdapat dua orang menteri meminta keizinan untuk bertemu dengan Song Jinglan.

"Kalau begitu, saya akan beredar terlebih dahulu".

"Awak tidak perlu beredar".

"Tapi..".

"Ia hanyalah masalah kecil sahaja".

Disebabkan Song Jinglan melarangnya untuk pergi, maka Lin Feilu meneruskan pembacaan novelnya yang tertangguh sebentar tadi.

Semasa masuk menghadap, kedua dua menteri tersebut terkejut apabila melihat kehadiran Lin Feilu disitu. Perkara ini membuatkan Lin Feilu merasa agak canggung dengan situasi tersebut.

"Beta memanggil kamu berdua kesini adalah untuk mengamanahkan kamu berdua bagi menguruskan pernikahan beta dengan bakal Permaisuri beta".

Song Jinglan mengarahkan Tiandong untuk mengambil dekri diraja yang sedari awal telah disediakan olehnya sebelum ini.

Kedua dua menteri itu terkejut dengan perkhabaran tersebut. Isu pernikahan Raja merupakan masalah yang berat bagi mereka kerana sebelum ini Raja telah menolak untuk melangsungkan perkhawinan dan tidak menunjukkan sebarang minat terhadap para gundik yang berada didalam harem miliknya.

Malangnya, tiada seorang pun dari kalangan para menteri yang berani menyuarakan kebimbangan tersebut untuk diadukan kepada baginda kerana sangat mengetahui personalitinya yang dingin dan kejam.

Namun kegembiraan mereka berdua pudar setelah mengetahui bakal Permaiuri mereka adalah Puteri Yong'an dari kerajaan Dalin.

Song Jinglan langsung tidak peduli dengan perubahan ekspresi wajah mereka dan mengarahkan mereka berdua untuk memilih tarikh yang sesuai dan mengatur majlis tersebut dengan teliti tanpa berlaku sebarang kecacatan.

Kedua dua menteri tersebut cuba untuk mencuri pandang wajah Puteri Yong'an yang berasal dari Dalin itu.

Difikiran kedua duanya, Raja mereka telah jatuh kedalam jerat yang diatur oleh kerajaan Dalin untuk menghancurkan kerajaan Song secara perlahan lahan kerana Dalin tidak mampu menang jika mereka berperang.

Puteri Yong'an adalah seorang wanita yang penuh dengan tipu muslihat.

"Yang Mulia, pemilihan Permaisuri merupakan masa depan bagi kerajaan Tolong fikirkan semula perkara ini?" ucap salah seorang daripada mereka.

Kedua dua mereka sedang berlutut dan bermohon kepada Song Jinglan agar dia menarik kembali dekri tersebut.

Song Jinglan memandang mereka berdua dengan tajam.

"Adakah beta meminta pendapat kamu berdua tentang perkara ini?"

Walaupun Song Jinglan berkata sambil tersenyum tetapi kedua duanya sedang berkeringat ketakutan kerana semakin perlahan Raja berucap maka bahaya semakin mendekat.

"Baiklah, beta serahkan perkara ini kepada kamu berdua", putus Song Jinglan sambil ketawa kecil.

Kedua duanya lantas mengambil dekri diraja tersebut dan segera beredar tanpa membuang masa lagi.

Mereka yang berada di istana Lin'an pada waktu itu turut terkejut dengan berita tersebut. Kerana tidak menyangka Puteri Yong'an yang baru sampai akan dilantik terus menjadi Permaisuri kerajaan.

Ternyata ucapan Puteri Yong'an yang menyatakan bahawa Raja menyayanginya adalah benar belaka.

Selepas ini, mereka berdua akan menjadi pembantu peribadi kepada Permaisuri membuatkan kedua duanya tersenyum senang sepanjang masa.

Mereka hanya makan malam setelah Song Jinglan menghabsikan kerjanya. Dan makanan yang dihidangkan itu adalah makanan yang digemari oleh Lin Feilu. Malah sepanjang menikmati hidangan tersebut, Song Jinglan turut melayan Lin Feilu sambil tersenyum senang.

Semasa kembali ke istana Yong'an, Lin Feilu masih membaca novel yang disediakan oleh Song Jinglan sebelum ini.

Lin Feilu tidur dengan nyenyak dimalam pertamanya berada di kerajaan Song. Ini mungkin disebabkan, dia merasa tidak asing dengan suasana persekitaran yang telah disediakan oleh Song Jinglan buatnya. Seolah olah ia masih berada di istana Mingyue.

Kementerian adat istiadat dan kementerian pendidikan ditugaskan untuk mempersiapkan majlis perkhawinan sekaligus majlis menaiki takhta Permaisuri. Hanya dalam masa yang singkat sahaja perkara ini telah tersebar ke seluruh bandar Lincheng.

Maharani yang mendengar perkhabaran tersebut terkejut sehingga memecahkan pinggan kaca yang berada dihadapannya.

Kemudian Maharani memerintahkan pembantunya untuk memanggil Puteri Yong'an datang menghadapnya.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now