Chapter 7

127 8 0
                                    


Dari kehidupan yang lalu lagi, Lin Feilu sudah terbiasa bertemu dengan lelaki tampan dan wanita cantik. Namun dia mengakui ini merupakan kali pertama dia melihat seseorang yang mempunyai wajah memukau.

Kanak kanak lelaki itu mungkin baru berusia sebelas atau pun dua belas tahun tetapi sudah memiliki auranya yang tersendiri. Tentu apabila dewasa kelak, ia akan menjadi rebutan para wanita untuk dijadikan calon suami idaman.

"Sekarang keadaan kesihatan saya tidak seberapa baik takut jika saya menemani Puteri Ketiga, awak pula yang akan jatuh sakit", ucap Song Jinglan perlahan langsung tidak kisah dengan sikap agresif yang ditunjukkan oleh Lin Xi sebentar tadi.

Bukan sahaja tampan tapi dia juga bijak bermain dengan kata kata. "Maksudnya awak risau dengan keadaan saya?", Lin Xi yang bersikap sangat keras tadi mula berlembut kerana menganggap Song Jinglan peduli terhadapnya.

Sedangkan sebenarnya Song Jinglan menolak untuk memenuhi arahannya namun dia menggunakan pendekatan perhatian sehingga Lin Xi yang kurang bijak itu tidak dapat mengetahuinya.

"Sudahlah, nampaknya semenjak beberapa waktu ini, saya selalu bernasib malang", senyuman Lin Xi menghilang setelah melihat kemunculan Lin Feilu disitu.

"Beginikah perangai seorang Puteri Raja? bersikap angkuh kepada yang lebih muda. Malah kamu berani menyombongkan diri dihadapan saya!" ucap Lin Jingyuan marah setelah melihat Lin Xi yang seolah olah tidak senang dengan kedatangan mereka berdua.

Lin Xi tidak menyangka Putera Keempat akan membela Lin Feilu sekaligus memarahinnya dihadapan Song Jinglan. Dia yang tidak pernah menerima layanan buruk seperti itu merasa malu kemudian segera pergi dari situ sambil menangis.

"Xiaowu jangan takut terhadap adik Ketiga, jika dia berani membuli kamu lagi, saya akan memarahinnya", ucap Lin Jingyuan yang melihat Lin Feilu kelihatan takut ketika berhadapan dengan Lin Xi.

Melihat Puteri Ketiga sudah tidak berada disitu lagi, Song Jinglan segera beredar bersama dengan pembantunya menuju ke Cuizhuju.

"Abang Jinglan, siapakah orang itu?', soal Lin Feilu ingin tahu.

"Dia adalah Putera Tawanan yang dihantar oleh Kerajaan Song sejak lima tahun yang lalu bernama Song Jinglan".

"Apa yang dimaksudkan dengan Putera Tawanan?"

Buat pertama kali Putera Keempat merasa dirinya bijak lalu dengan bangga cuba menjelaskan pertanyaan Lin Feilu.

Melalui penerangan Lin Jingyuan, kerajaan mereka ini terletak di kawasan utara manakala kerajaan Song pula di selatan dan bersebelahan dengan sebuah lagi kerajaan yang bernama kerajaan Yong yang dinominasi oleh kaum nomad.

Pada mulanya Kerajaan Song merupakan kerajaan yang paling maju dan terkuat diantara tiga kerajaan yang ada. Kedudukan kerajaan mereka terletak dikawasan yang sangat strategik dari segi pertanian, ekonomi dan juga pertahanan.

Namun oleh kerana itu, ia membuatkan Raja mereka menjadi alpa dan kurang memberi perhatian dengan perkembangan kerajaan lain terutama kerajaan Dalin. Malah Raja Song yang memerintah pada masa kini, lebih berminat untuk mengumpul wanita wanita cantik memenuhi harem istananya.

Beberapa tahun yang lalu, kerajaan Song dan Yong cuba menjalin kerjasama melalui perkhawinan untuk menentang kerajaan mereka namun tindakan tersebut diketahui oleh Lin Di iaitu Raja Dalin menyebabkannya marah dan mengugut akan menyerang Kerajaan Song.

Raja Song yang terkenal dengan sifat penakut akhirnya membatalkan niatnya untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Yong lalu menghantar salah seorang daripada puteranya untuk dijadikan sebagai Putera Tawanan kerajaan Dalin.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now