Chapter 33

94 10 0
                                    


Xi Xingjiang merasa menyampah terhadap tindakan Lin Jingyuan itu. Namun berusaha menahannya kerana sebelum ini dia telah berjanji kepada Xi Guifei untuk tidak menimbulkan sebarang konflik dengan mana mana Putera, jika tidak ibu saudaranya itu tidak akan membawanya lagi sekiranya pihak istana menjalankan perjalanan luar.

"Siapa yang mahu berkhawin dengan budak pendek ni?" ucap Xi Xingjiang lagi.

Lin Qing segera menghentikan pertengkaran mulut yang berlaku diantara Xi Xingjiang dengan Putera Keempat. Setelah itu, dia mengambil Lin Feilu dari kuda yang ditunggang oleh Xi Xingjiang dan memindahkan Xiaowu ke kuda yang di tunggang olehnya.

Lin Qing menunggang kuda dengan perlahan dan lembut, tidak seperti Xi Xingjiang membuatkan Lin Feilu merasa sangat selesa serta dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang berada di persekitaran mereka.

"Xingjiang seorang yang suka bermain, abang harap Xiaowu tidak akan mengambil hati dengan tindakannya tadi".

"Abang Lin Qing, selain kolam air panas, apa lagi perkara yang menyeronokkan yang akan kita temui nanti?"

"Tempat yang akan kita tuju terletak di kawasan pergunungan, ia mempunyai pemandangan yang sangat indah. Awak akan tahu setelah kita sampai di sana".

Semasa sedang rancak berbual, sebuah kereta kuda menghampiri mereka dan seorang wanita yang cantik menjenguk keluar lalu menyapa mereka berdua.

"Tuanku Putera Mahkota", ucap wanita itu.

Wanita cantik tersebut ditemani oleh dua orang pembantu yang turut duduk didalam kereta kuda tersebut.

"Mei Fei". jawab Lin Qing.

Dia adalah Mei Fei, salah seorang daripada empat gundik utama. Hanya dia satu satunya wanita yang menyandang gelaran 'Fei' tanpa memiliki cahaya mata.

Mei Fei kelihatan masih muda, mempunyai kulit dan mata yang cantik. Kecantikan yang dimiliki olehnya setanding dengan Xiao Lan. Pantas menjadi wanita kesayangan ayah mereka.

"Saya menjenguk keluar kerana mendengar keriuhan", ucap Mei Fei.

"Adik Keempat sedang bermain di luar, Mei Fei tidak perlu merasa khuatir".

"Adakah ini adalah Puteri Kelima?"

"Xiaowu memberi salam kepada Mei Fei".

"Puteri Kelima seorang yang sangat comel walau baru pertama kali bertemu tapi saya amat menyukainya. Apa kata Puteri Kelima duduk didalam kereta kuda bersama dengan saya, lagi pula ruangan didalam kereta kuda ini sangat besar dan selesa".

Lin Feilu merasa pelik kerana ini adalah pertemuan pertama diantara dirinya dengan Mei Fei namun Mei Fei bersikap ramah terhadapnya sedangkan apa yang diketahui oleh Lin Feilu, Mei Fei merupakan sahabat baik kepada Hui Fei yang selalu prejudis terhadapnya.

Ketika ini, Mei Fei sedang tersenyum mesra, pandangan matanya penuh dengan keikhlasan. Walau bagaimanapun Lin Feilu tetap merasa ragu dengan kebaikan yang ditunjukkan olehnya itu.

"Terima kasih diatas tawaran yang diberikan tapi Xiaowu tidak berani mengganggu Mei Fei".

"Puteri Kelima tidak perlu merasa risau kerana saya amat menyukai kamu, mungkin kita ditakdirkan untuk bersama sama".

Lin Qing melihat pandangan mata Xiaowu yang tidak rela untuk menerima tawaran tersebut, "terima kasih kerana telah memberikan tawaran buat adik kelima tapi sebelumnya kami telah terlebih dahulu berjanji untuk menghabiskan masa bersama sama didalam perjalanan ini".

Akhirnya Mei Fei terpaksa mengalah setelah mendengar bahawa Lin Qing menolak tawarannya bagi pihak Puteri Kelima.

Lin Feilu berkata dengan perlahan ke arah Lin Qing setelah mereka menjauh dari kereta kuda milik Mei Fei, "saya rasa sangat takut ketika berhadapan dengannya".

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now