Chapter 101

53 7 0
                                    


Setelah Wu Jimo meninggal dunia, teknik pedangnya juga turut hilang walaupun ia telah meninggakkan sebuah buku sebagai panduan. Meskipun anak lelaki keluarga Lu telah mempelajarinya secara sembunyi namun dia hanya dapat menguasai peringkat pertama sahaja kerana dia tidak mendapat bimbingan dari seorang yang lebih pakar.

Lin Feilu tahu Song Jinglan adalah orang yang tepat untuk membimbingnya mendalami buku pedang tersebut.

"Baiklah, saya akan mengajar kamu selepas mendalaminya terlebih dahulu".

Selepas hari itu, Song Jinglan menambahkan pelatihan pedang dalam kehidupan sehariannya yang sememangnya sangat sibuk.

Bagi tidak mengecewakan isterinya, dia akan mempelajari buku tersebut sambil menguruskan hal kerajaan.

Perkara ini membuatkan Lin Feilu merasa hairan kerana hampir setiap hari ia mendapati Song Jinglan akan mengajarinya teknik yang baru.

Disebabkan itu, Lin Feilu belajar secara serius kerana tidak mahu kalah dengan suaminya itu.

Pada waktu ini, Song Jinglan sudah menguasai peringkat ketujuh belas manakala dia pula masih ketinggalan dibelakang kerana baru berusaha untuk memahirkan diri dengan peringkat ketujuh.

Situasi tersebut menyebabkan jurang penguasaan mereka sangat jauh berbeza. Sehingga menimbulkan rasa tidak senang dihati Lin Feilu.

"Song Jinglan, berhenti belajar peringkat yang baru. Tunggu sehingga saya berjaya menyaingi kamu, barulah awak boleh beralih ke peringkat seterusnya!"

"Kenapa pula?"

"Gerakan awak sudah kehadapan manakala saya masih ketinggalan dibelakang. Jika keadaan ini berlanjutan maka saya tidak boleh mengalahkan awak untuk selama lamanya!"

"Jadi apa yang harus saya lakukan?"

"Jangan belajar lagi, tunggu sehingga saya sampai ke peringkat ketujuh belas".

"Baiklah", ucap Song Jinglan sambil tersenyum.

"Suatu hari nanti, saya pasti dapat mengalahkan awak".

"Jika kita berlawan, saya tidak akan menggunakan teknik pedang Jimo".
Song Jinglan berkata dengan lembut.

"Huh?"

"Saya berjanji".

"Tapi saya juga tidak mahu awak menggunakan teknik pedang pakcik Ji semasa berlawan dengan saya".

"Baiklah".

Selepas itu, mereka berdua pun saling berlawan sambil berpedang diantara satu sama lain.

Kerana tidak mahu menimbulkan sebarang konflik, maka Song Jinglan terpaksa mengalah dan memberikan kemenangan kepada isterinya.

"Nampaknya Permaisuri telah berjaya mengalahkan saya".

Mendengar ucapan Song Jinglan membuatkan Lin Feilu tersenyum bangga.

Bagi para pembantu yang bertugas di istana mereka, situasi Permaisuri mengalahkan Raja dalam perlawanan pedang merupakan pemandangan yang biasa.

Semenjak kedatangan Permaisuri, suasana istana yang dulunya suram dan menakutkan kini berubah wajah menjadi lebih bernyawa serta ceria.

Setahun kemudian, apabila Ji Liang berkunjung ke istana dia terkejut kerana mendapati anak didiknya telah kalah berlawan pedang dengan Permaisuri.

Dia mula merasa bingung dengan kemerosotan prestasi Song Jinglan.

Walaupun Ji Liang memiliki plat nama khas yang dapat memudahkannya untuk keluar masuk istana tanpa halangan tapi dia lebih memilih menyelinap masuk tanpa disedari oleh sesiapa.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now