Chapter 43

79 6 2
                                    

Selepas kejadian itu, semua orang diistana menyedari bahawa mereka tidak boleh memandang rendah kedudukan Puteri Kelima dihati Raja.

Sehingga kini Mei Fei yang telah diturunkan gelarnya menjadi Mei Yan masih menolak untuk mengakui kematian pembantu tersebut mempunyai kaitan dengannya.

Mereka berspekulasi kemungkinan besar, pembantu yang mati itu adalah pengintip yang dihantar oleh Mei Yan untuk bertugas di istana Mingyue dan akhirnya telah menyinggung wanita tersebut.

Boleh dikatakan setiap hari akan ada kematian pembantu terjadi diistana, sama ada mati dianiaya atau pun mati secara natural namun tidak pernah terjadi kematian seorang pembantu dibela oleh tuannya seperti yang dilakukan oleh Puteri Kelima.

Malah Raja juga turut ikut campur tangan didalam masalah ini sehingga menyebabkan Mei Yan harus menerima padahnya. Mungkin disebabkan wajahnya yang telah berubah menjadi hodoh membuatkan Raja dengan kejam melakukan semua itu.

Doktor telah mengesahkan bahawa parut di wajah Mei Yan tidak akan menghilang untuk selama lamanya.

Walaupun Raja pernah menyukai Mei Yan yang jelita namun baginda tidak kekurangan wanita cantik di istana.

Semenjak diturunkan gelarnya, kesemua gundik yang pernah rapat dengannya dahulu mula menjauhkan diri.

Selama tiga hari berturut turut, Mei Yan hanya terbaring lemah diatas katil tanpa makan dan minum, dia menangis bersendirian mengenangkan nasib dirinya yang malang.

Mei Yan tahu, bahawa kini di berada didalam masalah yang sangat besar! Kerana sebagai wanita yang berada di dalam harem, kecantikan adalah senjata yang paling ampuh untuk bertahan hidup namun kini dia telah kehilangan senjata berharganya itu.

Dia telah menjadi seorang wanita yang hodoh, didalam pertarungan ini dia telah dikalahkan oleh Xiao Lan.

Setiap hari, dia hanya menangis, menyesal kerana telah memandang rendah terhadap kebolehan musuhnya. Hanya Xixiang sahaja pembantu yang setia berada disampingnya.

Apa yang telah dilalui oleh Xiao Lan selama ini akhirnya dirasai oleh Mei Yan.

Xixiang melaporkan kedatangan Hui Fei. Setelah kejadian tersebut Hui Fei adalah orang pertama yang datang melawatnya.

Namun Hui Fei datang secara bersembunyi tanpa pengetahuan orang lain dan memakai jubah besar untuk menutupi wajahnya dari dilihat, malah dia juga datang pada waktu malam.

Hui Fei terkejut melihat wajah Mei Yan yang telah berubah seolah olah menjadi wanita yang tidak dikenalinya lagi hanya suara Mei Yan yang masih sama seperti dahulu tapi sedikit serak mungkin disebabkan terlalu banyak menangis.

"Mei Yan, kamu harus menjaga tubuh kamu dengan baik, jangan menangis lagi".

"Saya sudah menjadi sepert ini, bagaimana saya dapat menjaga tubuh saya dengan baik?"

"Walaupun kamu telah jatuh tapi keluarga awak masih mempunyai jasa yang besar terhadap kerajaan. Demi mereka, awak harus menjadi lebih kuat!"

"Jika bukan kerana ayah saya, pasti tuanku telah menghukum saya dengan berat dan bukannya hanya sekadar menurunkan gelar sahaja".

"Bukankah selama ini, saya selalu berpesan agar kamu tidak bertindak terburu buru tapi mengapa awak.."

Sambil menangis Mei Yan berkata, "apakah kamu lupa bagaimana Raja amat menyayangi Xiao Lan si wanita jahanam itu. Kerana dia, baginda melupakan kita, semenjak dari percutian diraja tuanku sudah tidak pernah bertemu dengan saya lagi dan kasih sayangnya terhadap anak syaitan itu semakin mendalam. Jika saya tidak melakukan sesuatu pasti Xiao Lan akan disayangi kembali oleh baginda!"

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now