Chapter 51

82 7 0
                                    

Walaupun Hui Bin telah diarahkan untuk berpindah ke istana yang baru tapi Lin Nianzhi tidak dibenarkan untuk mengikuti ibunya. Kini dia adalah pemilik baru istana Yaohua.

Jika mengikut tradisi Dalin, setiap putera dan puteri yang belum dewasa akan tinggal bersama sama dengan ibu kandung mereka. Namun demi kasih sayangnya, Lin Di tidak mahu anaknya itu menderita di istana yang baru.

Semenjak mengetahui perkara itu, Lin Nianzhi telah jatuh sakit dan hanya berbaring diatas katil sahaja.

Setelah pulih dari rasa terkejut, Lin Nianzhi bersama dengan pembantunya Baoyou mengambil keputusan untuk melawat ibunya di istana baru. Hui Bin telah dikenakan hukuman tahanan kediaman selama enam bulan, dia langsung tidak dibenarkan untuk bertemu dengan orang lain tanpa kebenaran Raja.

Namun Hui Bin tidak sudi untuk bertemu dengan anaknya itu.

"Tapi saya hanya ingin mengetahui khabar ibu?"

"Hui Bin berada dalam keadaan yang baik sahaja malah Hui Bin juga berpesan agar Puteri Sulung menjaga diri di masa hadapan".

Walau tidak rela dengan keputusan ibunya itu tapi Lin Nianzhi terpaksa akur. Kemudian dia berlalu pergi sambil menyeka air matanya yang jatuh.

"Saya sudah berpesan kepada ibu untuk tidak bergaul dengan Mei Yan yang licik itu, tapi kenapa ibu tetap bersikap degil akhirnya mereka berdua saling menikam diantara satu sama lain", luah Lin Nianzhi kepada pembantunya.

"Puteri Sulung, saya melihat Puteri Kelima sedang berdiri disana", ucap Baoyou.

Ketika ini, Lin Feilu sedang bersembunyi dibelakang sebatang pokok sambil mengintai keadaan persekitaran. Ditangannya dia menggengam sebuah uncang yang berwarna pink.

Melihat adik kelimanya, perasaan Lin Nianzhi berbelah bagi. Disebabkan kejadian ini, pada awalnya Lin Nianzhi bencikan mereka yang berada di istana Mingyue namun setelah menenangkan fikiran, dia mula mengubah kembali persepsi tersebut.

Puteri Kelima hanyalah seorang kanak kanak yang berjiwa polos, dalam perkara ini dia langsung tidak melakukan sebarang kesalahan. Malah kerana perbuatan ibunya, mereka anak beranak menjadi mangsa dengan hidup menderita selama beberapa tahun.

Apa yang berlaku terhadap ibunya pada hari ini adalah hasil pengkhiantan Mei Yan dan bukannya pembalasan dari Lan Zhaoyi. Puteri Kelima tidak mempunyai sebarang dosa kepada dirinya sebaliknya dia yang seharusnya memohon maaf kepada mereka anak beranak.

Jadi seharusnya, Puteri Kelima tidak perlu merasa malu atau takut untuk bertemu dengannya. Semua perasaan itu seharusnya dirasakan oleh dirinya sebagai anak kepada orang yang telah mencelakai kehidupan mereka selama ini.

Perlahan lahan, Lin Nianzhi menghampiri Puteri Kelima. Sebaik sahaja melihat kedatangan Puteru Sulung, Lin Feilu segera memberikan salamnya.

"Apa yang kamu lakukan disini?"

"Saya mendengar khabar bahawa kakak telah jatuh sakit selama beberapa hari. Oleh itu, saya mahu memberikan awak sebuah uncang kesihatan yang diskripsikan oleh doktor Meng", balas Lin Feilu perlahan sambil menundukkan kepalanya kebawah kerana tidak berani untuk bertemu pandang dengan kakaknya itu.

Lin Nianzhi mengambil uncang pemberian tersebut, dia dapat menghidu aroma pelbagai jenis bunga dari ramuan ubat uncang tersebut.

"Saya pernah mengirimkan ramuan uncang yang sama kepada kakak, cuma kali ini doktor Meng telah menambah dos ubatnya".

Menurut ingatan Lin Nianzhi, dia tidak pernah menerima uncang ramuan ubat seperti ini. Mungkin ibunya telah membuang uncang tersebut sebelum dapat sampai ke tangannya.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now