Chapter 59

74 6 0
                                    


Istana Mingyue yang dulunya sunyi kini menjadi meriah kerana menerima kunjungan dari para gundik yang lain untuk memberikan salam kepada Xiao Lan.

Xian Fei merupakan salah satu orang yang gembira dengan kenaikan gelar yang berlaku kepada Xiao Lan. Lagi pula, prestasi pembelajaran anaknya semakin meningkat hari demi hari dibawah pemerhatian Puteri Kelima.

Dimasa lalu, Hui Fei dan Mei Fei membentuk kumpulan mereka sendiri dan kini Xiao Lan dan Xian Fei juga melakukan perkara yang sama. Namun kumpulan mereka jauh lebih bersih dari kumpulan yang dibentuk oleh Hui Fei dahulu.

Kini musim sejuk kembali lagi dan Lin Feilu mendapati hubungan diantara Lin Qing dan Lin Ting semakin renggang diantara satu sama lain.

Sikap Lin Ting tetap terlihat lembut tapi dia menjadi semakin pendiam dan jarang tersenyum lagi.

Lin Feilu tahu asal usul persengketaan ini. Walaupun melalui penyiasatan pihak Permaisuri tidak menemukan sebarang bukti namun mereka tahu dalang kejadian serangan itu adalah keluarga Ruan!

Perkara tersebut menyebabkan Lin Qing membenci abangnya sendiri kerana berpendapat Lin Ting juga bersekongkol dengan mereka untuk membunuhnya.

Sebenarnya Lin Ting juga bijak seperti Lin Qing tapi dia merupakan seorang yang lembut dan tidak suka berebut. Walaubagaimanapun, malangnya dia lahir dari rahim Ruan Guifei menyebabkan dia tidak mempunyai pilihan untuk menuruti kemahuan mereka yang gilakan kuasa.

Keluarga Ruan akan terus berusaha untuk menjadikan Lin Ting sebagai Putera Mahkota bagi memastikan kuasa keluarga mereka tidak akan berkurangan dimasa hadapan.

Lin Feilu merasa cemas melihat perubahan itu kerana dia amat menyayangi kedua dua mereka. Namun dia tidak tahu, bagaimana caranya untuk menghentikan pertelingkahan tersebut yang nantinya akan berhujung dengan kematian diantara salah satu dari mereka.

Dihadapan semua orang, Lin Feilu mempamerkan wajah yang comel hanya ketika bersama Song Jinglan sahaja dia akan menunjukkan rasa sedihnya diatas apa yang telah berlaku.

Seperti tahun sebelumnya, Lin Feilu memberikan bekalan arang yang mencukupi untuk kegunaan Cuizhuju bagi mengharungi musim sejuk yang dingin.

Tahun ini, losyen tangan buatan Lin Feilu diperbuat dari bunga mawar membuatkan pemakainya akan mempunyai haruman bunga tersebut. Tiandong tidak mahu Song Jinglan memakai losyen tangan yang mengeluarkan wangian seperti seorang wanita tetapi Song Jinglan tidak mempedulikan tegahannya itu.

Sambil memerhatikan Lin Feilu yang sedang termenung, "Puteri Kelima, saya ada menyediakan teh susu seperti yang kamu katakan tempoh hari. Adakah kamu ingin mencubanya?"

"Huh?, untuk kamu mendapatkan bekalan susu bukanlah satu perkara yang mudah jadi awak harus menyimpannya untuk kegunaan sendiri",

Walaubagaimanapun, dia tetap mengambil gelas buluh pemberian Song Jinglan yang berisi teh susu itu.

"Sedap?"

"Sangat sedap apatah lagi ia mempunyai haruman buluh disebabkan awak menggunakan gelas ini tapi teh susu akan menjadi semakin lengkap jika dicampurkan dengan biji mutiara".

"Maksud kamu, kita akan menghancurkan mutiara sehingga menjadi serbuk lalu dimasukkan kedalam teh susu ini?" jawab Song Jinglan dengan serius.

"Bukan, bukan, ianya perkara yang lain. Rasa teh susu yang awak sediakan ini juga sangat sedap".

"Kenapa denga Puteri Kelima, sejak akhir akhir ini, kamu selalu termenung?"

Mendengar pertanyaan tersebut membuatkan Lin Feilu tergamam.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now