Chapter 102

53 7 0
                                    


Sebagai seorang pendekar pedang nombor satu di dunia, ini adalah kali pertama Ji Liang merasa serba salah dan buntu kerana seseorang.

Dia lebih rela bertarung diantara hidup dan mati daripada mengalami perasaan begini.

Selepas daripada hari itu, Lin Feilu benar benar tidak pernah muncul lagi di kediamannya.

Perkara itu membuatkan Ji Liang dapat menarik nafas lega tapi dalam masa yang sama, perasaannya menjadi tidak tenang!

Ji Liang mengambil keputusan pergi ke istana Lin'an bagi bertemu dengan Song Jinglan untuk berbincang mengenai perkembangan dunia seni bela diri.

Pada waktu ini, Lin Feilu sedang berada disana. "Songyu kata, kamu kurang berselera untuk makan sejak beberapa hari yang lalu. Nanti saya arahkan pihak dapur untuk menyediakan sup kegemaran kamu", ucap Song Jinglan.

"Tidak perlu, saya tidak mahu makan".

"Apa yang berlaku? siapa yang menyebabkan Permaisuri saya, merasa kesal?"

Ji Liang yang baru masuk terdengar perbualan mereka membuatkan dia merasa kurang selesa untuk meneruskan langkahnya.

Lin Feilu yang melihat kedatangan Ji Liang segera tersenyum kepadanya namun senyumannya sudah tidak seceria seperti sebelum ini.

"Saya tidak berselera untuk makan kerana cuaca sangat panas membuatkan saya merasa tidak selesa. Memandangkan pakcik Ji sudah berada disini maka saya akan mengundurkan diri terlebih dahulu".

Mendengar penerangan Lin Feilu, perasaan bersalah semakin menebal di hati Ji Liang. Jadi sebelum Lin Feilu pergi, dia terlebih dahulu mengundurkan dirinya dari situ dan berlalu dengan gerakan yang sangat cepat.

"Apakah kamu sengaja berkata demikian untuk diperdengarkan kepada pakcik Ji?"

"Huh?"

"Saya mendengar laporan bahawa setiap hari kamu akan menghantarkan makanan kepadanya".

"Ya, pakcik Ji hanya akan datang berkunjung sekali dalam dua tahun maka kita harus melayannya dengan baik".

"Tapi mengapa kamu tidak melayan saya sebaik itu?"

"Takkan dengan pakcik Ji, awak makan kuih tapi terasa cuka".

Song Jinglan tersenyum dengan ucapan isterinya itu lalu dia memeluk Lin Feilu dengan sangat erat, "kalau begitu, bagaimana caranya Permaisuri memujuk perasaan saya yang telah dipenuhi dengan cuka ini?"

Tidak lama kemudian, Lin Feilu mula menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada pemuda itu untuk menghilangkan rasa cuka tersebut.

"Saya sebenarnya mahukan pakcik Ji membimbing saya untuk bermain pedang".

"Jadi Permaisuri berniat untuk menjadi adik seperguruan saya?"

"Huh?"

Akhirnya Song Jinglan ketawa melihat kepolosan isterinya itu.

...

Semenjak kedatangan pakcik Ji maka rutin harian Song Jinglan mengajar Lin Feilu bermain pedang telah tertunda. Sebenarnya ini adalah peluang yang baik untuk Lin Feilu belajar dengan lebih gigih secara berseorangan agar dapat mengejar peringkat Song Jinglan.

Tapi dia tidak berlatih di Istana Yong'an. Sebaliknya Lin Feilu pergi ke hutan buluh yang terdapat di istana.

Kawasan hutan buluh sangat sejuk walaupun kini mereka berada di musim panas. Malah teknik pedang Lin Feilu juga semakin meningkat hari demi hari sehingga dia boleh menggantikan pedang menggunakan batang buluh.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now