Chapter 56

79 7 1
                                    


Merasa bersalah Xi Xingjiang mengejar Lin Feilu untuk meminta maaf kerana tidak menolongnya.

Lin Feilu tidak mempedulikan rayuan Xi Xingjiang lantas segera berlalu dari situ sambil menarik tangan Lin Zhanyuan.

"Xiaodouding, janganlah marah, Saya hanya bergurau sahaja tadi. Kalau kamu tidak percaya, cuba awak naik semula keatas pokok, pasti saya akan turunkan kamu walau tanpa disuruh!"

"Huh? dasar budak gila!"

Oleh kerana Xi Xingjiang ingin menarik lengan baju Lin Feilu, Lin Zhanyuan segera memarahinya.

Walaupun kesabarannya semakin menipis disebabkan kedegilan Puteri Kelima dan sikap protektif Putera Keenam namun menyedari kesalahannya, Xi Xingjiang menghantar dua beradik itu kembali ke aula Teratai meskipun kehadirannya tidak disenangi oleh mereka.

Persiapan Xia Shou sedang rancak dilakukan. Setiap tahun pemenang akan dihadiahkan dengan busur emas oleh Raja. Disebabkan itu, para putera kerajaan dan golongan bangsawan akan berlatih memanah semenjak mereka kecil lagi untuk dipamerkan ketika cuti musim panas berlangsung.

Ini adalah kali pertama Lin Feilu menyertai aktiviti berburu seperti ini membuatkan dia merasa ingin tahu. Namun tidak terlalu teruja memandangkan membunuh haiwan merupakan satu tindakan yang kejam.

Selama beberapa waktu, Lin Feilu telah berlatih menunggang kuda dengan baik membuatkan Lin Di bersetuju membenarkan dia menyertai Xia Shou pada kali ini.

"Adik, saya mahukan seekor arnab kecil yang berwarna kelabu" pesan Lin Zhanyuan kepadanya.

"Jangan risau, saya pasti akan membawa pulang seekor arnab  berwarna kelabu untuk abang nanti".

Pada hari Xia Shou, Lin Feilu bangun lebih awal daripada hari biasa dan Xiao Lan menyiapkannya untuk menyarung baju berburu berwarna putih biru. Kecomelan gadis enam tahun semakin terserlah diwajahnya.

"Nampaknya Xiaowu sudah semakin membesar dan tidak lama lagi akan menjadi anak gadis yang cantik", puji Lin Di sebaik sahaja melihat kelibat Lin Feilu.

Ketika peserta Xia Shou berkumpul, Lin Feilu merupakan peserta yang paling kecil dan pendek, dia menunggang seekor kuda pony berwarna putih kepunyaannya.

Sebaik melihat Lin Feilu, Xi Xingjiang segera menghampirinya, "Xiaodouding, haiwan apa yang kamu suka? nanti saya akan burukan untuk awak".

"Saya suka harimau, kamu boleh tangkap satu untuk saya", balas Lin Feilu geram.

"Tentu sekali!"

"Huh?" Menurut Lin Feilu, Xi Xingjiang seorang yang berfikiran tidak matang.

Lin Jiwen yang mendengar perbualan mereka segera menghampiri, "menurut pengawal yang bertugas, beberapa hari ini mereka mendengar suara ngauman harimau. Jika kita bertemu dengan haiwan itu nanti kamu jangan merebutnya dari saya", ucapnya yakin kearah Xi Xingjiang.

Xi Xingjing membalas ucapan Lin Jiwen yang agak angkuh itu dengan senyuman sinis.

Akhirnya rombongan mereka masuk kedalam hutan secara berperingkat, Lin Di yang melihat bayangan harimau kumbang segera mengejar bersama dengan pembantunya namun harimau kumbang tersebut merupakan haiwan yang pantas, dalam sekelip mata ia menghilang dari pandangan.

Lin Feilu hanya berjalan santai sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Namun kadang kala, kuda tunggangannya akan berlari mengejar kuda yang lain kerana tidak mahu ketinggalan membuatkan punggung Lin Feilu menjadi lenguh.

Disebabkan itu, dia mula merasa agak menyesal kerana menyertai acara ini. Difikirannya, jika dia tinggal di aula Teratai, tentu ketika ini dia sedang menikmati buah tembikai yang lazat.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now