Chapter 42

82 8 0
                                    


Setelah memerhatikan Yuyin selama beberapa hari, Lin Feilu mendapati bahawa Yuyin amat mengambil berat akan kehidupan seharian Lan Guiren.

Qingyan dan Yunyao tidak memberikan peluang kepada para pembantu baru untuk melayan Lan Guiren. Ketika pembantu lain pergi menguruskan kerja di  kawasan yang  berlainan, Yuyin pula tetap berdiri diluar bilik Xiao Lan seperti seorang pembantu yang setia.

Mungkin memantau setiap perbuatan serta pergerakan Lan Guiren adalah tugas yang telah diberikan oleh Mei Fei kepadanya.

Jika Yuyin memperhatikan Xiao Lan setiap hari, maka Lin Feilu pula akan memerhatikannya.

Lin Jingyuan yang tidak bertemu dengan Puteri Kelima selama beberapa hari merasa rindu kepadanya. Oleh itu, dia segera bergegas pergi berjumpa dengan adiknya itu sambil mengarahkan Kang An untuk memberikannya pelbagai hadiah yang menarik agar dapat menghibur hati Xiaowu.

Memandangkan istana Changming baru sahaja menerima beberapa jenis bunga eksotik yang tidak pernah ditemukan di Dalin maka Lin Jingyuan mengajak Puteri Kelima untuk ke istananya bagi melihat bunga bunga tersebut.

Xiao Lan yang mendengar ajakan Putera Keempat kepada anaknya itu, segera menyuruh Lin Feilu untuk pergi kesana supaya dapat menghilangkan rasa bosannya.

Dengan senang hati, Lin Jingyuan membawa Lin Feilu pergi ke istana Changming.

Menurut pespektif pemikiran Lin Feilu, orang zaman silam mempunyai pemahaman yang agak menarik. Jika terdapat sesuatu yang baru dan belum pernah dilihat oleh orang lain contohnya seperti bunga yang akan ditunjukkan oleh abang keempatnya ini maka bunga bunga tersebut akan dibawa ke istana untuk di persembahkan kepada Raja.

Terdapat empat jenis bunga unik yang diperkenalkan ke istana pada kali ini namum tumpuan Lin Feilu tertuju kepada sebuah bunga yang berwarna putih.

"Bukankah ini adalah bunga hogweed?",  bisik Lin Feilu didalam hatinya.

Semasa masih berada di zaman moden, setiap kali musim panas dia akan bercuti di kampung halaman neneknya. Disana bunga hogweed sangat mudah untuk ditemukan tapi ia merupakan sebuah bunga larangan untuknya kerana jika disentuh bunga itu akan merosakkan kulit.

Pada mulanya, Lin Feilu tidak percaya dengan penerangan neneknya itu lalu dengan sengaja memerah bunga tersebut menggunakan air agar dapat mengeluarkan jus bunga namun malang baginya kerana tidak mendengar kata mereka yang lebih berpengalaman. Setelah itu, tangannya mula membengkak dan melepuh sehingga meninggalkan parut yang hodoh. Parut tersebut hanya hilang setelah ia menerima rawatan leser setelah dewasa.

Bunga ini merupakan bunga beracun kerana mengandungi kandungan kimia furanocoumarin , jika terkena pada kulit ia akan mengakibatkan luka malah kesannya akan menjadi semakin teruk sekiranya ia terdedah kepada sinaran matahari.

Walau bagiamanapun menurut kajian Lin Feilu melalui internet semasa berada di zaman moden, kesan bunga ini akan bergantung dengan antibodi seseorang itu. Jika ketahanan tubuhnya kuat maka kesannya hanyalah sekadar benjolan merah dan akan hilang dalam masa beberapa hari tapi kes yang paling teruk ialah kulit yang terkena dengan jus bunga ini akan berubah warna menjadi biru kecoklatan serta akan menjadi sangat sensitif terhadap sinaran matahari.

Sekiranya jus bunga ini terkena didalam mata maka ia boleh membuatkan seseorang itu menjadi buta.

Ini adalah bunga yang sangat menakutkan!

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now