Chapter 15

104 10 0
                                    


Dalam perjalanan menghantar Lin Feilu kembali semula ke istana Mingyue, Lin Jingyuan bertanya kepada Lin Ting, "abang sulung, mengapa awak memberikan arnab kesayangan awak kepada adik keenam?"

Lin Ting melirik ke arah Lin Feilu dan merasa bersyukur kerana dia tidak membocorkan rahsianya kepada Putera Keempat, "Ya, saya melihat adik keenam sangat menyukai arnab disebabkan itulah saya berikan seekor arnab kepadanya".

"Abang Sulung bukan sahaja seorang yang baik hati tetapi juga pemurah. Selama ini, saya menyukai kuda hitam peliharaan awak, bolehkah jika awak memberikannya kepada saya", ucap Lin Jingyuan tanpa rasa malu.

Lin Feilu sama sekali tidak menyangka bahawa abang keempatnya boleh membuat permintaan seperti itu tanpa rasa bersalah. "Abang Jingyuan, awak tidak boleh mengambil kesempatan keatas kebaikan orang lain".

"Baiklah, apa yang dikatakan Xiaowu itu benar, saya tidak boleh mengambil kesempatan diatas kebaikan abang Sulung. Oleh itu, sekarang saya sudah tidak berminat dengan kuda hitam itu lagi".

Semasa tiba di istana Mingyue, kedatangan Lin Feilu hanya disambut oleh Qingyan sahaja membuatkan dia merasa hairan. "Mana ibu saya?"

"Lan Guiren membuat kuih dan sekarang dia pergi menghantar kuih  tersebut untuk diberikan kepada Xian Fei. Puteri Kelima, kenapa dengan rambut dan pakaian awak yang comot ini?"

Nampaknya, Xiao Lan benar benar mahu berubah setelah perbualan mereka tempoh hari.

"Jangan risau, saya hanya terjatuh sahaja".

Memandangkan Lin Feilu sengaja mahu merahsiakan perkara yang berlaku tadi jadi Lin Ting langsung tidak membuka mulut. Dia mengarahkan Qingyan untuk memanggil doktor bagi memeriksa keadaan Lin Feilu dan tanpa membuang masa Qingyan segera mematuhi arahan tersebut.

Semasa menunggu kedatangan doktor, Lin Zhanyuan telah datang dan menyambut kedatangan Lin Ting dengan senang hati. "Abang arnab..abang arnab telah datang.."

"Adik Keenam..", ucap Lin Ting tersenyum sambil memegang kepala Lin Zhanyuan.

"Bagaimana pula dengan saya? bukankah awak lebih dahulu mengenali saya daripada abang sulung?" ucap Lin Jingyuan dengan nada yang tidak puas hati.

Mendengar nada Lin Jingyuan yang keras membuatkan Lin Zhanyuan merasa takut lalu dia berlari bersembunyi di belakang Lin Ting.

Sambil tersenyum, Lin Feilu menjelaskan, "abang, ingat tak dengan buah persimmons yang awak sukai. Itu adalah buah pemberian abang keempat".

Mendengar penjelasan Lin Feilu, Lin Zhanyuan tersenyum dengan gembira sambil memanggil Lin Jingyuan sebagai abang persimmons.

Tidak lama kemudian, doktor yang dipanggil oleh Qingyan pun tiba. Doktor tersebut merasa gugup setelah mengetahui kehadiran Putera Sulung dan Putera Keempat di istana Mingyue. Dia bimbang sekiranya kedua dua putera itu tidak mempercayai kemampuannya untuk merawat Puteri Kelima.

Mujur Lin Feilu hanya mengalami luka ringan yang dapat dirawat dengan mudah tanpa memerlukan diagnosis yang susah. Setelah memastikan adik kelima mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak membimbangkan akhirnya mereka berdua pun kembali ke istana masing masing.

Hanya dalam waktu yang singkat sahaja, khabar mengenai Puteri Ketiga yang dihukum oleh Putera Sulung pun segera tersebar dengan meluas.

Semasa Lin Ting kembali semula ke istana Yunxi, Ruan Guifei sedang menunggunya. Dengan segera dia memberikan salam hormat kepada ibunya itu.

"Ibu dengar, hari ini kamu menghukum Lin Xi semasa berada di Taixue".

"Ya, maafkan saya jika telah bertindak tanpa pengetahuan ibu".

Sambil ketawa dengan senang hati, Ruan Guifei berkata, "tindakan yang bagus, kamu tidak perlu meminta maaf kerana tidak melakukan sebarang kesalahan".

"Lin Ting, kamu adalah anak sulung Raja. Orang di istana seharusnya bukan sahaja menghormati kamu tetapi perlu takut untuk menunjukkan kemegahan kamu sebagai seorang pemimpin".

Selama ini, anaknya seorang yang berhati lembut. Pelbagai cara telah dia lakukan untuk mengubahnya namun tidak berhasil.

Lin Ting menganggukan kepalanya tanda bersetuju dengan kata kata ibunya namun sebenarnya dia menghukum Lin Xi adalah disebabkan Puteri Ketiga telah bertindak kasar terhadap Xiaowu dan bukannya dia melakukan kerana ingin menunjukkan kekuasaannya sebagai anak sulung Raja.

******

Sewaktu bersama dengan Xian Fei, Xiao Lan mendengar apa yang telah berlaku di Taixue menyebabkan dia merasa tidak senang hati kerana risau akan keadaan Lin Feilu. Oleh itu, dia meminta izin kepada ibu Lin Jingyuan untuk segera kembali semula ke istananya.

"Apa yang telah berlaku?" soal Xiao Lan sebaik sahaja melihat anaknya.

Tanpa membuang masa Lin Feilu segera menceritakan apa yang telah berlaku kepada ibunya kecuali perihal yang berkaitan sewaktu dia mempersendakan Lin Xi sehingga menyebabkan Puteri Ketiga itu menjadi marah.

Kali ini ibunya sudah tidak menyuruhnya untuk bersabar lagi, Lin Feilu yakin bahawa kini Xiao Lan benar benar telah berubah.

Bagi Lin Xi pula, apa yang paling membuatkannya merasa kesal adalah pengkhianatan Song Jinglan dan cara abang sulungnya melindungi Lin Feilu sehingga sanggup mempermalukannya di tempat umum.

Dia tidak menyangka Puteri Kelima sudah pandai bermain helah sehingga  semua orang sanggup patuh dan bersimpati kepadanya. Menurut Lin Xi lagi, mereka telah menjadi buta sehingga tidak dapat melihat sifat sebenar Lin Feilu.

Dia bukannya pulang semula ke istananya seperti yang diarahkan oleh Lin Ting tetapi mengubah haluannya pergi ke istana Yaohua untuk bertemu dengan Lin Nianzhi.

Disebabkan Lin Nianzhi kurang sihat sejak dua hari yang lalu, hari ini dia mengambil cuti dan tidak pergi ke Taixue. Wajahnya cemberut sebaik sahaja melihat kedatangan Lin Xi yang menangis dengan kuat.

Sebaik sahaja bertemu dengan Lin Nianzhi, Lin Xi menceritakan apa yang berlaku di Taixue pada hari ini. Namun dia tidak menyangka, kakak sulungnya itu tidak 'mengata' Lin Feilu seperti yang diharapkan sebaliknya Lin Nianzhi tetap bersikap tenang sambil berkata, "Puteri Kelima pergi ke Taixue?"

"Dia hanya berada di taman dan tidak masuk ke dalam dewan pembelajaran".

"Jadi, awak yang memulakan pertengkaran tersebut?"

"Tidak, dia yang menghina saya terlebih dahulu".

"Jadi awak memanggilnya sebagai anak sialan?"

"Bukankah sememangnya kita berdua memanggilnya dengan panggilan yang begitu", ucap Lin Xi yang mula ragu dengan tingkah Lin Nianzhi.

"Jadi menurut kamu, Puteri Kelima menyatakan bahawa dia berada di Taixue kerana awak yang lembab ini boleh belajar disana maka tentu sekali dia juga boleh berada disitu?"

"Ya. Saya berani bersumpah bahawa saya tidak menipu, lagi pula selama ini saya tidak pernah membohongi kakak".

"Tapi sebenarnya dia bukan menghina kamu sebaliknya dia menyatakan perkara yang sebenar!"

Lin Xi tidak menyangka sama sekali bahawa Lin Nianzhi akan berkata sedemikian dan juga menganggapnya sebagai seorang yang bodoh.

"Lebih baik, kamu balik semula ke istana awak, bukankah abang Sulung menghukum awak supaya tidak keluar selama lima belas hari? jangan terlalu kerap berkunjung kesini, nanti saya pula yang dituduh memberi pengaruh buruk buat kamu lagipun sekarang musim sejuk nanti awak akan jatuh demam".

Lin Xi merasa sedih dan malu setelah mendengar kata kata Lin Nianzhi itu, dengan segera dia kembali semula ke istananya sambil menangis dengan kuat.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now