Chapter 9

105 11 0
                                    

Mendapat perlindungan daripada Gundik Xian telah meningkatkan taraf kehidupan Lin Feilu. Bekalan bahan mentah, gulungan kain untuk membuat baju baju serta pelbagai makanan dapat dia nikmati dengan mudah malah sida dan para pembantu istana sudah tidak berani memandang rendah terhadap mereka lagi.

Xiao Lan yang merasa segan dengan kemurahan hati Gundik Xian membalas kebaikan itu dengan menjahitkannya sehelai baju. Jahitan yang kemas berserta sulaman yang cantik membuatkan Gundik Xian merasa puas hati kerana dia merasakan kerja tangan Lan Guiren lebih menarik daripada tukang jahit dan tukang sulam istana.

Kemesraan yang terjalin diantara istana Mingyue dan istana Changming membuatkan gundik gundik yang lain merasa khuatir sekiranya melalui pertolongan Gundik Xian, Xiao Lan mampu menarik balik perhatian Raja terhadapnya kerana dia bukan sahaja seorang wanita yang cantik tetapi  juga bijak. Jika bukan kerana kelahiran Putera Keenam yang bodoh tentu pada hari ini dia akan menjadi antara wanita kesayangan baginda.

Sebenarnya Xiao Lan lebih selesa hidup sebagai isteri yang disisihkan kerana anak anaknya akan membesar jauh daripada pergelutan kuasa yang sering berlaku namun malangnya ia terpaksa melakukan ini semua kerana  tidak sanggup melihat anaknya menjadi mangsa buli sehingga untuk makan dan mendapatkan pakaian yang baru sangat sukar dilakukan.

Menurut Lin Feilu, ibunya harus bergaul dengan orang lain dan keluar dari zon selesanya iaitu berada di istana Mingyue kerana dia berjanji untuk mendekati ayahnya pada suatu hari nanti.

Gundik Hui adalah orang yang paling membenci Gundik Xian. Mereka mula berseteru semenjak berada diistana Timur lagi sewaktu Raja masih menjadi Putera Mahkota. Ketika dia melahirkan Lin Nianzhi sebagai puteri sulung, Raja amat menyayanginya namun semua itu berakhir setelah Gundik Xian melahirkan Putera Keempat. Walaupun dia tidak disisihkan tetapi hari demi hari dia semakin dilupakan.

Lin Nianzhi seoarang puteri yang bijak dan ceria namun sedikit angkuh mungkin kerana dia dibesarkan dengan cara sebegitu. Melihat ibunya yang tidak menyukai Gundik Xian serta Lin Jingyuan dan yang terbaru ialah adiknya yang Kelima, ditambah lagi Lin Xi yang sering memberitahunya akan kesombongan Lin Feilu. Dia bertekad untuk memberi pelajaran kepadannya jika mereka bertemu kelak.

Lin Xi takut kepada Lin Jingyuan tetapi dia tidak takut sama sekali memandangkan ibu mereka mempunyai taraf yang sama.

Semenjak dari dahulu lagi, kerajaan Dalin sangat menghormati orang yang lebih berusia. Ketika bertemu dengan Lin Jingyuan dan Lin Feilu nanti mereka berdua harus memberikan salam hormat kepadanya. Dia sangat memahami sikap Lin Jingyuan yang degil dan kepala batu, pasti dia tidak akan mahu melakukannya. Melalui alasan itu, Lin Nianzhi akan menghukum Putera Keempat bersama sama Puteri Kelima.

Ayahnya pasti tidak akan membantah tindakannya nanti memandangkan dia melakukan perkara yang betul. Oleh itu, dia berjaya menghapuskan dua musuh dalam satu langkah sekaligus.

Ketika ini, Lin Feilu yang tidak mengetahui bahawa kini dia berada didalam senarai hitam Lin Nianzhi sedang menemani Lin Jingyuan membaca buku pemberiannya tempoh hari.

Dia tahu perkara ini bukanlah tugas yang mudah namun dia tidak berani menolak perintah dari Gundik Xian. Membuatkan Lin Jingyuan untuk menyukai buku merupakan satu tugas yang sangat mustahil untuk dilakukan. Oleh itu, Lin Feilu terpaksa menggunakan pendekatan yang lain!

Dia akan bertanya kepada Lin Jingyuan akan kandungan buku tersebut dan akan memujinya selepas menerima jawapan daripada abang Keempatnya itu.

Bagi menjawab segala pertanyaan Lin Feilu, Lin Jingyuan terpaksa rajin membaca buku tersebut kerana takut jika disoal oleh Xiaowu, dia tidak dapat memberikan jawapan yang betul.

"Wow abang Jingyuan seorang yang sangat bijak, dia mengetahui segala galanya".

Mendengar pujian yang diberikan oleh Lin Feilu, Lin Jingyuan merasa sangat bangga namun kadang kala apa yang ditanyakan kepadanya dia tidak mengetahui jawapannya membuatkan dia terpaksa memberikan pelbagai alasan yang munasabah. Oleh itu, dia bertekad untuk membaca sambil memahami sekaligus menghafal buku 'The Analect of Confucius' itu malah dia bertekad untuk tidak pergi menemui Lin Feilu sebelum dia mencapai tekad tersebut.

Setelah itu, Lin Jingyuan tidak lagi datang menemui lin Feilu membuatkan dia mempunyai masa lapang untuk bermain bersama dengan Lin Zhanyuan.

Setelah penat bermain bersama abangnya itu, Lin Zhanyuan meminta kepada Lin Feilu untuk membawanya ke Taman Qingpei kerana disana terdapat pokok kurma dan dia ingin mengutip buahnya untuk dicampur bersama air dan dijadikan sebagai teh. "Baiklah abang tunggu disini, biar saya sahaja yang pergi mengutipnya".

Oleh kerana musim luruh akan berakhir tidak lama lagi dan musim sejuk akan tiba cuaca mulai dingin. Lin Feilu pergi ke Taman Qingpei mengenakan mantel panjang berwarna ungu.

Taman Qingpei ialah sebuah taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buah buahan namun jarang dikunjungi oleh orang ramai memandangkan pada waktu ini cuaca sangat sejuk. Semakin menghampiri kawasan itu, Lin Feilu mendengar bunyi kanak kanak sedang menangis.

Lin Feilu yang mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi segera mencari dari manakah punca suara tersebut berasal. Disebalik salah satu pokok yang berada disitu, Lin Feilu melihat seorang kanak kanak lelaki sedang menangis sambil memeluk sesuatu. Dari pemakaiannya dia pasti kanak kanak itu bukanlah pembantu atau sida di istana melainkan dia merupakan salah seorang dari anak ayahnya.

Semasa mendekatinya Lin Feilu terpijak ranting yang kering sehingga mengejutkan kanak kanak tersebut.

"Siapa?"

"Kenapa awak menangis?" soal Lin Feilu sambil mendekatinya. Kini dia melihat dengan jelas bahawa kanak  kanak itu menangis sambil memeluk seekor arnab.

"Ia bukan urusan awak!"

Walaupun kanak kanak itu bersikap tidak ramah terhadapnya tapi Lin Feilu tidak mengendahkannya, "arnab ini awak punya? ia sangat comel".

Sebaik sahaja mendengar kata kata Lin Feilu, air matanya kembali mengalir lagi dan semakin menguatkan pelukannya.

"Kenapa dengan awak?", ucap Lin Feilu lembut.

Seketika kemudian mereka berdua mendengar suara beberapa orang pembantu menghampiri kawasan tersebut. Lin Feilu segera menarik tangan kanak kanak lelaki itu untuk bersembunyi di sebalik ranting pokok yang bertimbun.

"Siapa awak?", soal Lin Feilu.

"Awak tidak mengenali saya?", tanya kanak kanak lelaki itu pula.

"Saya harus mengenali awak kah"?

"Lupakkanlah".

"Kenapa awak menangis? arnab ni sedang sakit kah?"

Dengan perlahan ia menjawab, "ibu
menyuruh saya untuk membunuh arnab ini dengan tangan saya sendiri".

"Apa? ibu awak menyuruh kamu membunuh arnab yang comel ini?"

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now