Chapter 31

106 11 2
                                    

Semenjak Raja menganugerahkan istana Mingyue dengan pelbagai jenis hidangan, tiada siapa yang berani memandang rendah kepada mereka lagi.

Lin Feilu telah dilayan dengan sesungguhnya sebagai seorang Puteri Raja.

Namun Lin Feilu tetap bersikap tenang dan dia tidak terburu buru untuk bertemu dengan ayahnya. Pertemuan pertama mereka berdua adalah pertemuan yang telah dirancang olehnya tanpa pengetahuan sesiapa dan untuk sementara waktu ini, dia tidak mahu melakukannya lagi.

Pada waktu ini, Lin Feilu menyibukkan dirinya dengan mengajar Lin Zhanyuan membaca dan menulis.

Suatu hari nanti, abangnya itu pasti akan bertemu dengan ayah mereka. Jika rasa marah Raja tidak boleh dihilangkan sekurang kurangnya apabila mengetahui Lin Zhanyuan boleh membaca dan menulis, beliau tidak akan berasa benci terhadapya lagi.

Lin Zhanyuan akan membesar seperti kanak kanak yang lain. Sebolehnya, Lin Feilu mahukan abangnya itu pandai berdikari dan tidak terlalu berharap kepada ibu mereka.

Selama ini, Xiao Lan tidak pernah mengajar Lin Zhanyuan untuk membaca atau pun menulis jadi ketika Lin Feilu berinisiatif untuk mengajarnya maka Lin Zhanyuan tidak terlalu suka untuk menerima pembelajaran tersebut.

Pemikiran Lin Zhanyuan terbatas kepada pemikiran kanak kanak yang berumur dua dan tiga tahun maka tumpuannya hanya kepada bermain sahaja. Selama dua hari berturut turut Lin Feilu mengajarnya membuatkan dia hampir hilang kesabaran. Dia merasa kagum dengan guru guru tadika yang mampu mengajar dan mengawal kanak kanak dalam jumlah yang ramai di zaman moden.

Ketika Lin Zhanyuan menolak untuk belajar maka Lin Feilu memberi ugutan terhadapnya dengan tidak lagi mahu menghiraukannya.

Kemudian dia berjanji jika abangnya itu berjaya membaca dan menulis namanya sendiri maka Lin Feilu akan membawanya untuk pergi bermain ski. Ini dinamakan sebagai tindakan godaan terhadapnya.

Atas ugutan dan godaan yang diberikan oleh Lin Feilu akhirnya Lin Zhanyuan berjaya membaca dan menulis namanya sendiri. Di awal pagi lagi, dia telah berlari sambil membawa sehelai kertas untuk ditunjukkan kepada adiknya bahawa dia telah berjaya melakukannya, kedatangan Lin Zhanyuan tersebut bertujuan bagi menuntut janji kepada Lin Feilu supaya membawanya pergi bermain ski.

Setelah itu, Lin Feilu bersama dengan Lin Zhanyuan keluar dari istana Mingyue dengan membawa sebuah basin yang besar.

Tempat tujuan mereka adalah astaka pertemuan pertamanya bersama dengan Lin Nianzhi. Kawasan itu dipenuhi dengan salji yang tebal sangat sesuai untuk melakukan aktiviti ski, Lin Feilu terlebih dahulu mencubanya dan yakin bahawa kegiatan mereka itu tidak berbahaya.

Walaupun salji telah berhenti turun semenjak hari pertama di tahun baru tetapi salji yang terdapat di astaka ini langsung tidak mencair seperti di tempat tempat yag lain.

Setelah melihat Lin Feilu duduk didalam basin tersebut dan meluncur laju, Lin Zhanyuan juga tidak sabar untuk mencubanya. Dia bertepuk tangan sambil bersorak dengan gembira.

Mereka berdua bertukar ganti melakukan aktivit tersebut sambil bergelak tawa. Suara gelak tawa mereka didengari oleh Song Jinglan dan Tiandong yang kebetulan melalui kawasan itu.

"Tuanku, bukankah itu adalah suara Puteri Kelima?" soal Tiandong.

"Mari kita pergi lihat apa yang sedang dilakukan olehnya".

Ketika mereka berdua tiba di astaka itu, Lin Feilu sedang duduk didalam basin sambil meluncur laju disaksikan oleh abangnya Putera Keenam. Tiandong amat teruja melihat apa yang sedang dimainkan oleh mereka berdua.

Namun semasa sampai di penghujungnya, basin yang dinaiki oleh Lin Feilu terbalik ke bawah membuatkan dua beradik itu ketawa dengan kuat. Song Jinglan dan Tiandong terkejut melihat reaksi mereka yang sangat santai.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin