Chapter 66

68 7 0
                                    


Sejak dua tahun kebelakangan ini, Lin Feilu selalu meminta keizinan daripada Lin Di untuk keluar dari istana, membuatkan ayahnya merasa bosan. Oleh itu, Lin Di telah memberikannya plat diraja iaitu pas kebenaran untuk keluar masuk istana pada bila bila masa sahaja.

Ketika melalui pintu gerbang istana, Lin Feilu risau jika Xi Xingjiang masih berada disana. Namun dia dapat menarik nafas lega kerana Xi Xingjiang tidak membuang waktu untuk terus menunggunya.

Hasil bantuan Song Yu, ini merupakan kali pertama Lin Feilu keluar dari istana tanpa ditemani oleh pengawal disebabkan dia tidak mahu mereka mengetahui bahawa Song Jinglan telah menyelinap keluar dengan sesuka hati.

Berikutan pesta yang sedang berlangsung, keadaan ibu kota sesak dipenuhi oleh orang ramai. Kawasan persekitarannya juga terlihat sangat meriah dengan kepelbagaian cahaya dari lampu tanglung yang terpasang.

Semasa sampai di tempat yang dijanjikan, Song Jinglan telah sedia menunggunya disana, berpakaian serba putih dengan memakai topeng diwajahnya.

Walaupun wajah Song Jinglan tertutup namun beberapa anak gadis yang berhampiran akan melirik kearahnya, membuatkan timbul perasaan kurang senang dihati Lin Feilu terhadap mereka.

Lalu Song Jinglan memakaikan topeng kepada Lin Feilu untuk digunakan semasa date mereka itu. Ianya bertujuan agar kedua duanya tidak dikenali oleh orang ramai.

"Kemana kita akan pergi,", soal Lin Feilu.

"Kemana sahaja yang Xiaowu inginkan", Lin Feilu agak terkejut kerana ini adalah kali pertama Song Jinglan memanggilnya seperti itu, panggilan tanpa gelar tapi dia merasa senang ketika mendengarnya.

Selain berjualan pelbagai jenis makanan, dipesta ini juga terdapat gerai yang menjual teka teki. Penjual akan memberikan soalan berupa pantun dan sesiapa yang dapat menjawabnya dengan tepat akan diberikan lampu tanglung manakala jawapan yang salah harus membayar.

Lin Feilu tahu Song Jinglan merupakan seorang yang bijak jadi dia menyuruhnya untuk menjawab pantun tersebut dan dengan mudah mampu diselesaikan olehnya.

Pada mulanya, penjual teka teki berasa teruja kerana dapat bertemu dengan orang yang bijak tapi setelah menjawab beberapa soalan dengan betul. Dia memohon kepada mereka untuk berhenti kerana takut lampu tanglung akan habis sedangkan dia tidak mendapat sebarang keuntungan.

Setelah itu, mereka berdua beralih ke tempat lain. Memandangkan keadaan persekitaran dipenuhi dengan orang ramai maka Lin Feilu meminta kebenaran Song Jinglan untuk memegang tangannya agar mereka  tidak terpisah diantara satu sama lain.

Tentu sahaja Song Jinglan tidak keberatan bagi memenuhi permintaan itu.

"Song Jinglan untuk malam ini, saya akan memanggil kamu Xiao Song".

"Xiaowu boleh memanggil saya dengan apa sahaja!"

Anak sungai yang berada dikawasan tersebut sudah dipenuhi dengan lentera yang dihanyutkan oleh orang ramai, Lin Feilu juga turut tidak mahu ketinggalan untuk menghanyutkan lantera yang telah diperbuat olehnya sebelum ini.

Setiap lantera yang dihanyutkan akan disertakan dengan tulisan hajat yang diinginkan oleh pemiliknya. Setelah melepaskan lenteranya itu, Lin Feilu turut berdoa dengan khusyuk sambil diperhatikan oleh Song Jinglan.

"Apa yang Xiaowu hajatkan?"

"Saya meminta hajat, sama seperti hajat yang selalu diinginkan oleh anak gadis pada pesta Qiqiao seperti ini".

Mendengarnya membuatkan Song Jinglan tersenyum kecil.

"Upacara pelepasan tanglung akan segera dimulai", ucap beberapa orang yang berada dekat dengan mereka. Tidak lama kemudian, kelihatan orang ramai mula berkumpul lalu cuba mendapatkan posisi yang strategik untuk melihat kemuncak pesta Qiqiao.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Onde as histórias ganham vida. Descobre agora