Chapter 75

74 8 2
                                    


Lima minit kemudian, pemilik kapal itu telah berjaya ditangkap oleh Xiao Hei dengan mudah.

"Lemparkan dia kedalam sungai, untuk menjadi makanan ikan!" arah Lin Feilu.

"Jika awak lempar saya kedalam sungai maka tiada siapa yang akan mengemudi kapal ini. Kamu semua mungkin akan terus berada disungai dan tidak boleh pergi ke daratan!" ujar pemilik kapal itu ketakutan.

"Baiklah, Xiao Hei awak perhatikan dia, jangan sampai terlepas. Bila sudah berada didaratan nanti, kita akan serahkan dia kepada pihak yang berwajib", tambah Lin Feilu lagi.

Lin Feilu merasa agak terkilan kerana dunia pengembaraan impiannya tidak seindah seperti yang terdapat didalam novel.

Satu jam kemudian, mereka akhirnya sampai ke An Chundu dan kapal mereka berlabuh di pelabuhan yang telah ditetapkan.

Pada mulanya, Lin Feilu hanya mengarahkan Xiao Bai sahaja untuk menghantar pemilik kapal ke pihak berwajib. Namun dia bertukar fikiran setelah melihat ekspresi wajah lega yang ditunjukkan oleh pemilik kapal itu. Maka Lin Feilu telah memutuskan untuk ikut serta menghantarnya.

Mereka berempat lantas menuju ke pejabat pemerintahan setempat sambil membawa bersama Chunniang iaitu pemilik kapal tersebut dengan tangan yang telah terikat.

"Mengapa kamu semua datang kesini?" soal pengawal yang bertugas di pintu hadapan pejabat pemerintahan dengan ekspresi yang tidak ramah.

"Tuan, wanita ini adalah seorang perompak yang telah kami tangkap" ujar Lin Feilu sambil tersenyum.

"Serahkan sahaja wanita itu dan kamu semua boleh balik!"

"Wanita perompak ini, harus disoal siasat dengan teliti. Mungkin dia telah membunuh ramai orang yang tidak berdosa!"

"Pergi, pergi.. jangan banyak cakap. Awak berani menentang keputusan kami?"

"Mungkin selama ini, pihak kamu telah melindungi Chunniang, menyebabkan dia boleh melakukan kejahatan dengan sesuka hati. Adakah kamu semua pegawai kerajaan atau pun separuh daripada kumpulan perompak?"

"Berani sungguh awak memfitnah kami? apakah kamu sudah bosan hidup?" lalu pengawal tersebut ingin menarik pedangnya tapi dengan tangkas ditumpaskan oleh Xiao Hei yang berdiri disebelah Lin Feilu.

Kemudian tanpa membuang masa, Lin Feilu segera memalu gendang yang berada di luar pejabat itu sebagai tanda ingin melaporkan sebuah kejahatan yang tidak terbela.

"Apa yang kamu lakukan? kamu semua memandang rendah dengan pejabat kami?"

"Saya tidak sangka sama sekali, bahawa pihak kerajaan akan berkerjasama dengan perompak untuk mengaut keuntungan!" ucap Lin Ting pula dengan suara yang perlahan tapi boleh didengari oleh mereka semua yang berada disitu.

Adegan seperti ini sememangnya sering dipamerkan didalam drama televisyen.

Tidak lama kemudian, pintu utama pejabat itu pun akhirnya terbuka dan beberapa orang kelihatan masuk kedalam balai. Kiri dan kanan balai sudah dipenuhi dengan barisan pegawai rendah yang memegang tongkat di tangan masing masing. Kesemua mereka memandang kumpulan Lin Feilu dengan wajah yang garang!

Seorang lelaki yang lengkap berseragam rasmi kerajaan, duduk dimeja hadapan lalu memukul palu yang berada di tangannya, "siapakah yang telah memukul gendang diluar, nyatakan ketidakpuasan hati kamu. Cepat berlutut!"

"Berlutut? adakah awak layak?" pintas Xiao Bai tidak puas hati.

"Pengawal, berikan mereka sebatan tongkat sebanyak dua puluh kali", balas pegawai itu dengan marah.

"Apakah ini cara seorang pegawai yang telah diamanahkan untuk menyelesaikan masalah? tahanan yang dibawa tidak disiasat dengan terperinci manakala pengadu pula yang menerima hukuman?"

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now