Chapter 27

78 9 0
                                    


Taixue akan ditutup semula ketika menjelang Tahun Baru Cina. Apa yang  menarik perhatian Lin Feilu ialah sebelum percutian bermula, Taixue akan mengadakan ujian sama seperti yang diadakan oleh sekolah di zaman moden.

Ujian tersebut dinamakan sebagai penilaian akhir tahun yang akan diberikan oleh Taifu. Tahun ini mereka dinilai melalui karangan puisi, setiap murid akan berpasangan diantara satu sama lain dan mencipta puisi berdasarkan apa yang dimahukan oleh pasangan masing masing. Mereka perlu membuat sembilan puisi bagi setiap orang mengikut masa yang telah ditetapkan.

Setelah dinilai oleh Taifu, tiga karangan puisi terbaik akan dipersembahkan kepada Raja untuk menerima hadiah.

Menurut Lin Feilu, ujian yang dijalani oleh mereka lebih sukar daripada ujian yang dilalui olehnya dizaman moden kerana untuk menghasilkan sebuah puisi bukanlah perkara yang mudah.

Lin Jingyuan adalah orang yang paling merasa kesal dengan ujian yang bakal diadakan itu. "Kenapa ujian tahun ini adalah membuat puisi dan bukannya hafalan atau pun menghasilkan kaligrafi seperti tahun tahun sebelumnya? Jika Taifu mengadakan ujian hafalan maka saya pasti akan mendapat nilai yang terbaik!"

Pada hari ujian, Lin Jingyuan merancang untuk berpura pura sakit supaya tidak menghadirinya namun dia terpaksa pergi ke Taixue walaupun dengan berat hati disebabkan desakan Lin Feilu yang datang menjemputnya pada awal pagi.

Ujian yang berlangsung tidak diadakan di dalam dewan pembelajaran sebaliknya diadakan dihalaman luar Taixue membuatkan suasan peperiksaan kelihatan sangat elegen dengan keadaan cuaca yang menyegarkan.

Oleh kerana mereka tidak menjalani ujian didalam dewan pembelajaran maka Lin Feilu cuba mengikut rapat Lin Jingyuan untuk berada disisinya kerana dia ingin menyaksikan sendiri bagaimana proses peperiksaan itu berlaku.

Malangnya, langkah Lin Feilu dihentikan oleh seorang penjaga yang bernama Fu kerana walaupun peperiksaan diadakan dikawasan halaman luar namun tidak seorang pun pembantu atau peneman dibenarkan untuk berada dekat dengan murid.

Tapi disebabkan adanya Lin Qing dan Lin Ting yang memberitahu kepada Taifu akan status sebenar Lin Feilu maka dia dibenarkan untuk berada dekat dengan mereka tetapi diperingatkan untuk tidak membuat bising dan melihat sahaja proses peperiksaan itu berlangsung.

Setiap murid akan berpasangan dan mereka akan duduk di meja yang panjang. Di meja tersebut pula telah dilengkapi dengan dakwat, berus serta kertas bagi memudahkan proses peperiksaan supaya tidak perlu membawanya sendiri.

"Adik Putera Mahkota, sebaiknya kita berdua akan berpasangan", ucap Lin Ting dengan lembut.

Lin Qing mengangguk tanda bersetuju dengan saranan abang sulungnya itu.

Lin Feilu melihat Lin Jingyuan akan berpasangan dengan Xi Xingjiang, mereka berdua saling bertatapan diantara satu sama lain. Kedua duanya mempunyai tahap pembelajaran yang lebih kurang sama sahaja.

Disebabkan Puteri Ketiga Lin Xi sudah tidak menghadiri kelas di Taixue lagi maka jumlah murid berada dalam bilangan ganjil. Salah seorang dari mereka akan tidak mempunyai pasangan dan orang itu adalah Song Jinglan yang duduk di barisan paling belakang serta berseorangan tanpa teman.

Malah sebenarnya jika Lin Xi masih berada di istana sekalipun, dia juga akan tidak duduk disebelah Song Jinglan kerana akan menjatuhkan statusnya sebagai seorang puteri kerajaan berdampingan dengan putera tawanan.

Song Jinglan sudah terbiasa duduk berseorangan tanpa ditemani oleh sesiapa dan langsung tidak mempunyai teman serta sering menjadi mangsa buli. Dia diasingkan oleh pelajar pelajar yang lain!

Lin Feilu merasa simpati dengan nasib yang menimpa Song Jinglan itu lalu dia berjalan perlahan kearah Taifu dan menyatakan bahawa putera tawanan tersebut tidak mempunyai pasangan.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now