Chapter 76

63 6 0
                                    


Guan Xingran terpesona dengan kecantikan yang dimiliki oleh Lin Feilu.

Semasa melangkah masuk kedalam restoran kelmarin. Dia melihat gadis ini, terbang dari tingkat atas kebawah untuk mengambil meja yang kosong. Senyuman manis langsung tidak lekang dari wajahnya. Sebenarnya sebagai Tuan Muda villa Yujian, mencari tempat duduk kosong hanyalah sebuah perkara yang mudah tapi dia sengaja pergi ke meja mereka agar dapat berkenalan dengan gadis pujaan hatinya itu.

"Rong'er sangat cantik, mustahil tiada lelaki yang akan terpikat kepada awak? kecuali mereka adalah orang yang tidak dapat melihat!"

Lin Feilu tersipu malu, lalu dia memalingkan wajahnya kearah Lin Ting dan mengeyit mata menandakan bahawa ketika ini dia sengaja mempermainkan pasangan itu.

Melihat telatah adiknya, Lin Ting hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.

Bagi mengalahkan gadis syok sendiri seperti Queyin, ianya satu perkara yang mudah. Yang penting seseorang itu, harus bermuka lebih tebal daripadanya.

"Sebernarnya Xiaowu tidak menyukai mereka tapi mengapa sengaja berbuat demikian?"

"Semalam Queyin menggelar saya sebagai gadis yang tidak tahu malu!"

Serta merta wajah Lin Ting berubah menjadi serius, "sangat tidak masuk akal. Guan Xingran yang gilakan awak tapi mengapa Queyin menyalahkan kamu pula?"

"Abang tidak perlu merasa kesal, kerana sekarang Queyin langsung tidak dapat tidur dengan lena!"

"Xiaowu jangan terlalu lama membuang masa dengan mereka".

"Ya, saya tahu".

Pada keesokkan harinya, rombongan mereka tiba di bandar Yinzhou yang hanya berjarak dua hari dengan bandar Jinling.

Melalui penceritaan Guan Xingran, Lin Feilu banyak mendapat maklumat tentang dunia jianghu yang diimpikan olehnya sebelum ini.

Dunia jianghu yang terdapat didalam kerajaan Dalin tidak sama dengan apa yang ditulis didalam novel Jin Yong. Disini terdapat aliran putih dan gelap serta aliran agama yang terbagi kepada sembilan aliran kecil yang lain. Selain itu, ada beberapa keluarga besar dan pertubuhan yang mendirikan vila serta sekolah seni bela diri masing masing. Malah mereka juga memiliki senarai nama para pahlawan mengikut kehebatan.

Guan Xingran menyebutkan beberapa nama pahlawan yang terkenal dan salah satunya memiliki nama keluarga Ji.

"Beberapa tahun yang lalu, pendekar Ji tersenarai sebagai pahlawan pedang nombor satu namun malangnya ia telah menghilang tanpa dapat dikesan oleh sesiapa. Malah ada beberapa orang telah berkunjung ke gunung Cangsong iaitu tempat pertapaannya tapi mereka tidak bertemu dengan beliau. Ada khabar angin, yang menyatakan bahawa pendekar Ji telah mengalami kecederaan yang parah dan akhirnya terbunuh! siapakah yang bertuah untuk mempelajari seni pedang beliau"

Lin Feilu tidak menyangka bahawa selama ini dia telah bertemu dengan pendekar pedang nombor satu. Adakah Song Jinglan adalah orang yang bertuah kerana dapat mempelajari seni pedang miliknya.

Mungkin jika berpeluang untuk bertemu dengannya lagi maka Lin Feilu akan meminta Song Jinglan untuk menunjuk ajar kepadanya.

Disebabkan sepanjang perjalanan Guan Xingran meluangkan masa bercerita dengan Lin Feilu maka Queyin menjadi marah terhadap tunangannya itu. Sebaik sahaja sampai di penginapan, dia terus masuk kedalam biliknya tanpa berpamitan terlebih dahulu.

"Nampaknya dia marah lagi!" ucap Guan Xingran mengeluh.

"Maafkan saya Tuan Muda Guan, ini semua salah Rong'er".

"Awak tidak perlu salahkan diri sebab ia tiada kena mengena dengan awak langsung".

Kemudian Lin Feilu juga mengundurkan diri untuk beristirehat. Malam itu, dia tidur dengan secukupnya supaya dapat terjaga awal, agar dapat pergi dahulu ke bandar Jinling meninggalkan Guan Xingran dan Queyin.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now