Chapter 39

83 8 0
                                    


Ketika Puteri Kelima mengucapkan kata katanya itu, dia menyampaikannya dalam nada yang polos dan masih tersenyum memandang kearah Lin Jiwen.

Lin Jingyuan merasa puas hati kerana merasakan bahawa Xiaowu amat menyayanginya memandangkan dia tidak pernah meningkah ucapannya.

"Saya sememangnya abang kesayangan Xiaowu!"

Xi Xingjiang juga merasa puas hati kerana selama ini Xiaodouding hanya bersikap kasar terhadapnya namun hari ini dia mendapat kawan yang sama nasib dengannya malah mungkin menerima layanan yang lebih buruk dari dirinya.

Lin Jiwen semakin merasa malu dengan situasi tersebut apatah lagi melihat reaksi yang diberikan oleh adik keempatnya dan juga Xi Xingjiang. Keegoannya sebagai seorang putera Dalin telah pun tercabar.

Perasaan geram dan marahnya hanya boleh dilempiaskan kepada Song Jinglan yang diam membisu sahaja. "Dia hanyalah seorang putera tawanan dari sebuah kerajaan yang lemah. Suatu hari nanti, Dalin pasti akan dapat menawan Song dengan mudah dan pada waktu itu tempat Song Jinglan hanya layak untuk berada di penjara sahaja!"

"Abang kedua, kamu harus menjaga setiap apa yang awak tuturkan", balas Lin Jingyuan tidak setuju.

Malah Xi Xingjiang juga turut menegur Lin Jiwen untuk menjaga pengucapannya agar tidak terlajak bahasa seperti yang baru sahaja berlaku.

Walaupun pada ketika ini, kerajaan Song merupakan sebuah negara yang lemah namun ia mempunyai sejarah yang lebih lama daripada Dalin. Malang bagi mereka kerana mempunyai seorang Raja yang alpa dengan pemerintahan sehingga menyebabkan apa yang berlaku pada hari ini

Dalam pemerintahan Lin Di, beliau amat menghormati ajaran Confusianisme dan mengharapkan namanya akan tercatit didalam sejarah sebagai seorang Raja yang saksama. Meskipun kerajaan Song amat kaya dengan hasil buminya namun Lin Di tidak pernah menunjukkan niat untuk menyerang apatah lagi menawan mereka.

Kata kata yang baru sahaja diucapkan oleh Lin Jiwen amat bercanggah dengan apa yang diamalkan oleh Lin Di dalam pemerintahannya.

Lin Jingyuan menyarankan agar Lin Jiwen untuk beredar dari situ dan membiarkan Xiaowu duduk bersama sama dengan Song Jinglan kerana walaupun dia seorang murid yang pemalas tapi sebagai seorang putera Raja dia tahu apa yang patut diucapkan dan apa yang perlu untuk dipendamkan sahaja.

Jika hal ini sampai ke pengetahun ayah mereka, pasti Lin Jiwen akan mendapat masalah yang besar.

Lantas Lin Jiwen mengikuti saranan yang diberikan oleh Lin Jingyuan lalu segera beredar dari situ tanpa sepatah kata.

Mujur sahaja pertengkaran kecil yang berlaku disitu tidak disedari oleh pelajar yang lain. Setelah itu, Lin Jingyuan dan juga Xi Xingjiang turut beredar meninggalkan Lin Feilu bersama sama dengan Song Jinglan.

Lin Feilu memandang hairan kearah Song Jinglan yang langsung tidak terkesan dengan kata kasar yang diucapkan oleh abang keduanya itu tadi. Mungkin ia sudah terbiasa menerima pandangan sinis orang lain terhadapnya membuatkan dia sudah menjadi lali dengan semuanya.

"Song Jinglan, saya harap awak tidak menyimpan didalam hati dengan apa yang diucapkan oleh abang kedua saya itu".

"Mengapa Puteri Kelima membela saya tadi?"

"Bukankah Taifu mengatakan bahawa jika seseorang itu ingin berjaya menjadi pemimpin dia harus menggapai hati orang lain terlebih dahulu dan apa yang dilakukan oleh abang kedua saya.."

"Apa yang kamu ucapkan itu berada dimuka surat ketujuh dalam buku ini sedangkan Taifu baru mengajar kita di muka surat yang kedua".

Sambil memegang dagunya seperti orang yang sedang berfikir Lin Feilu menyatakan,"hei..jangan salahkan saya kerana menjadi seorang yang bijak!"

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now